Hai Follower !

Pages

Monday 14 December 2015

Kilang Arang Kuala Sepetang


Hai


Kilang Arang di Kuala Sepetang yang kami gi ni dah menjangkau usia 128 tahun beroperasi dan ianya memang berhampiran sangat dengan Pusat Eko Perlancongan Paya Bakau Matang tu .. tak sampai satu kilometer pun jaraknya. Jadi, macam yang aku dah kata dalam entry NI, kami ke sini dulu pada pagi hari kedua fieldtrip tu.. bayaran masuk kilang arang ni RM 5, memang berbaloi la .. sebab bukan senang nak tengok proses pembuatan kayu arang ... tau beli je kat kedai untuk bakor sate ngn BBQ kan ? ha .. sekarang kita tengok pulak cara buat dan apa kelebihan kayu arang kat Kuala Sepetang ni.



kat kilang arang ni pun En Razalee yang berikan penerangan. Banyak juga ilmu yang boleh dapat kalau dengar dengan betul apa yang beliau sampaikan ... memang la agak berasap dan panas dekat dalam kilang ni .. tapi tahan je la kejap, bukan selalu rasa. haha



ok ini dia kayu bakau yang dah siap di potong dalam saiz yang sama. 75% kayu bakau ni akan dibogelkan  ditanggalkan kulitnya, untuk mengelakkan overheating bila dibakar nanti :D jenis bakau yang digunakan adalah bakau minyak kerana ianya lebih ringan. 





  • tanur arang (igloo)
  •  mempunyai 4 lubang dan 1 pintu
  •  6.7 m x 7 m (lebar x tinggi)
  • diperbuat daripada bata merah, tanah liat air dan pasir putih 
  •  berbentuk seperti igloo untuk memudahkan wap cepat berpusing dan keluar dari lubang yang    disediakan
  •  kayu bakau akan disusun secara menegak dan di apit dengan bata kecil
  •  lubang kecil di bawah tu adalah dikenali sebagai lubang pembakaran untuk kawal suhu dalam     tanur. 
  • saiz lubang pembakaran :  
  • 2ft*2ft : Hari 1-10 = api besar (83 Celcius)
  • 1ft*1ft : Hari ke 11-20 = api kecil (267 Celcius)
  • lubang pembakaran ditutup : Hari ke 21-30 = (38 Celcius) 





Tonne tu adalah jumlah tan arang yang akan dihasilkan setelah habis proses selama sebulan tu :)


untuk pengetahuan, 75% arang yang terhasil di kilang ini akan dieksport ke negara Jepun dan hanya 25% sahaja yang diperuntukkan untuk kegunaan dalam negara kita. Menurut En Razalee, masih kurang kesedaran lagi mengenai manfaat arang dalam kehidupan sehari-hari kita, masyarakat gemar mengaitkan arang hanya untuk kegunaan untuk masakan tapi masih tak mengetahui bahawa arang ni juga boleh memberikan manfaat kepada kesihatan kita. 


Pada tahun 1831, Profesor Touery dari Akademi Perubatan Perancis melakukan demonstrasi bagi menunjukkan betapa arang begitu istimewa dalam bidang klinikal. Di depan rakan sejawat dan para pelajarnya, dia menunjukkan aksi bahaya dengan meminum racun strychine yang telah dicampurkan arang.

Hasilnya, Touery tidak mengalami komplikasi berat dan masih bernyawa. Jika difikirkan secara logik, mustahil seseorang itu boleh terus bernyawa lebih-lebih lagi setelah mengambil racun. Tapi, mengapa bahan berbahaya itu tidak mendatangkan mudarat dan bagaimana hal luar biasa itu boleh berlaku?

Menurut Touery, sifat arang yang tidak berbau dan tidak mempunyai rasa, sebetulnya mampu menyerap 60 peratus zat beracun di dalam tubuh. Jika diminum, benda hitam itu akan masuk ke bahagian pencernaan seperti perut, usus kecil dan usus besar. Keberkesanannya akan dapat dilihat beberapa jam selepas di ambil. Hal ini berlaku kerana arang memiliki pori yang banyak dan luas hinggakan keupayaan menyerap menjadi sangat tinggi.  

(Sumber diperoleh dari: DARK of MYSTERY)



Sementara di negara Jepun, arang digunakan sebagai komponen utama dalam acara minum teh, digunakan untuk meningkatkan penghasilan tanaman, dijadikan pembasmi bau yang tidak menyenangkan di dapur dan peti ais, pasu bunga, perhiasan meja dan dinding rumah. Di Taiwan, bahkan mereka menjadikan arang sebagai baju, selimut dan kain langsir. 


nampak ? banyakkk sangat kelebihan arang ni untuk kita sebenarnya, tapi sayang... rakyat negara kita sendiri tak sedar bahawa negara kita ni berupaya menghasilkan arang yang bermutu tinggi di pasaran antarabangsa. 


Berminat nak baca lagi tentang ARANG?  klik link kat bawah ni:

  1. Arang Terbaik Asia - Kosmo Online
  2. Di Sebalik Hitam Arang di Kuala Sepetang - Perak News


Kesimpulannya, sama-sama la kita jaga ekosistem di negara kita ni ... kalau bukan kita nak jaga, siapa lagi ? sedih bila tengok ramai yang mudah sangat campak sampah khususnya polystyrene dan plastik dekat longkang dan sungai .. tahukah awak-awak semua, sampah sampah tu akan di bawa sehingga ke laut dan akhirnya tersangkut di akar-akar bakau ? 



dan akhirnya apa jadi ? keluar la ketam-ketam dari dalam selut bakau tu.. tertarik kepada sampah plastik dan polystyrene yang dibuang tadi tu .. ketam-ketam tu sepit guna penyepit mereka ... gigit dan makan polystyrene tu sikit sikit @_@




bila ketam tu besor, manusia pun tangkap, jual, kita pun beli ... masak gulai lemak cili padi, nah kauu terangkat dia punya umpphhh ! tanpa sedar rupanya bahan kimia yang ada dalam badan ketam tadi tu dah masuk badan kita ! sudahnya, macam macam penyakit yang ada, yang dikesan... sebab apa ? yes, sebab pemakanan kita ... haiwan yang kita makan, makan sampah yang kita buang, sampah kita yang ada bahan kimia =='


ok iklan



oleh itu, saya sebagai pelajar Sains Sumber Asli ingin menyeru semua yang ada kat muka bumi ni untuk menjaga kebersihan alam sekitar kita ... buangla sampah di tempat yang sepatutnya... bukan main baling je sesuka hati .. ingat kesannya kepada generasi kita yang akan datang. bukan ingat kesan kepada sektor perlancongan je, kesihatan tu lagi penting ! kalau dah kotor, jadah nye nak sihat ! ni bukan marah ye... ni ayat penegasan.



psstt,teringat gi Pantai Sri Tujuh baru baru ni, bapak banyak gilaaa sampahh !! sakit mata aku tengok orang main campak pampers anak kat longgokan tu ... please la, takkan langsung tak ade kesedaran walau sikit pun ? :'( 


ok , sape nak bercuti atau nak balik kampung dia kat Miri, SARAWAK ? boleh tengok kat SINI untuk tiket murah . k adios 









Kuala Sepetang Eco Tourism

hai


kita sambung entry HOGA eh ? ok, setelah selesai membuat lawatan di HOGA, kami bergerak menuju ke homestay yang terletak di Kampung Menteri di Kuala Sepetang. Najib, selaku AJK penginapan dah deal dengan pakcik empunya homestay ni, dan dapat la 5 buah homestay untuk kami merehatkan diri untuk semalam di Kuala Sepetang ni, Alhamdulillah .. bagi aku, homestay tu sangat selesa, cuma jauh sikit la nak berjalan daripada bas nak ke homestay kami ... aku dengan kawan-kawan dapat homestay no 3, penuh liku -liku, dengan terpijak lopak air, dalam hujan petus ... hahaha




sampai sampai je, terus mak cik tuan punya homestay tu datang tanya kabo, rumah dia sebelah je pun.. hehe, dengan muka tak malu nya, kami mintak air batu dari makcik tu.. baik sungguh hati makcik ni, dua ketul besar air batu, ibu sirap, kuih apam kelapa dan mee goreng turut serta dihidangkan kepada kami :D Alhamdulillahhhhh, rezekii ... tak sia sia jalan jauh sikit :'), sementara tunggu air masak, kami tekedarah makan dulu apa yang dah terhidang sambil menonton tv Njoi :D . bila air dah masak, kami buat air teh O panas dengan sirap ais je .... brrpp ... Alhamdulillah ... haha



malam tu aku tak leh nak tido, diorang sume dah tido aku baru tido, dekat pukul 2 setengah pagi jugak la bru lelap mata ni, fuhh risau wehh sebab aktiviti esoknya ni under aku, last last tak leh tido kononnya tu, tertido jugakkk ...pagi esoknya diorang bising-bising cakap ada anjing bunyi pelik dekat dengan homestay kami tapi aku satu hape pun tak dengor ! haha



pagi esoknya, siap dah semua nak kumpul dekat simpang jalan besor dekat depan tu, pukul 7.30 pagi semua dah settle, siap dah mandi kemaskan diri semua, sekali nak pakai kasut, tetiba Lisa jerit, aku masa tu tengah usha usha kasut sebab kasut tu basah dek terpijak lopak semalamnya, Lisa campak kasut dia, keluar Cik Ti dari kasut si Lisa ni, berderau darah aku ! mencicit makhluk perosak tu larikan diri .. hishh



tanpa perlu dipanjangkan cerita, rupa-rupanya tak jauh pun kawasan homestay kami dengan Kuala Sepetang Eco Tourism ni, tak sampai 1 kilometer pun... hahaha, semangat kau siap naik bas. :p tapi apa salahnya kan, kemudahan dah ada :D. Encik Razali yang guide kami ni putuskan untuk kami melawat kilang arang dulu, kilang arang ni pun dekat sangat dengan simpang nak masuk ke Pusat Eko Perlancongan tu ... bayaran masuk ke kilang arang ni RM 5 untuk seorang :), lepas dah dapat penerangan dan taklimat tentang kilang arang ni, kami bergerak ke Pusat Eko pulak, bayaran masuk ke Pusat Eko ni pun RM 5, kalau pelajar sekolah ada potongan harga jadi RM 2 seorang :D


ok, untuk kilang arang tu, kita up satu entry lain lak eh ? sekarang kita layan dulu gambar di sekitar Pusat Eko Perlancongan Kuala Sepetang ni :) Sebelum layan gambar, klik SINI dulu :)




Board walk 1.5 km bersama model 


Paya Bakau


 
pose nak cover perut 

lepas berjalan sejauh 1.5 km, sebahagian dari kami menuju ke jeti untuk naik river cruise dan sebahagian lagi ke aktiviti semai bakau. River cruise ni dikenakan bayaran sebanyak RM 15 seorang (tapi kami dapat less :p), lecturer yang macam nak tanak naik pun naik jugak sudahnya .. satu bot lagi kauu ! lantak la dia, nak buat muka je manjang, nyampah pulak aku nengok. Astaghfirullahalazim... haha. Oh ye, semai bakau tak dikenakan apa apa bayaran. Since aku memang suka aktiviti yang naik-naik bot ni ... opkos aku tak lepaskan peluang untuk join walaupun kena bayarr :D

beratur ye anak anak, nanti terpeleset kalau gelojohh... 




     
penerangan di dalam bot diberikan oleh En Razalee




pemandangan yang amat damai dan permai .. cewah


sepanjang cruise ni kami dapat la tengok landasan keretapi lama yang dah tak digunakan lagi .. dulu nya digunakan sebagai satu jalan pengangkutan untuk mengangkut bijih timah dan jugak kayu arang ke Taiping. Dapat jugak tengok kawasan perkampungan yang majoritinya didiami oleh kaum Cina. Kebanyakannya bekerja sebagai nelayan ... nampak la mereka menuai hasil kerang ... gambor je tak ada, nak tengok lebih lebih gi la sendiri :P



bagi yang tak join river cruise, mereka buat aktiviti semai pokok bakau :D 











bergambar sikit dengan En Razalee. :)




Group Members 





Terima Kasih sebab menerima kunjungan kami :D




Thursday 26 November 2015

Gaharu Tea Valley Gopeng (HOGA)

Hai


ok berbalik kepada entry fieldtrip kat SINI  . Hari pertama tu 2 buah bas bertolak dari UMK jam 8 pagi dan pukul 11 pagi berhenti sekejap dekat Grik untuk makan tengahari. 11.30 pagi sambung perjalanan dan pukul 1.30 masuk dah highway perak menuju ke Ipoh tapi jalan sesak sedikit disebabkan kemalangan. Tapi sekejap je la .. dalam 15 minit macam tu.


sampai dekat Ipoh terus menuju ke Gopeng, cuak jugak la sebab takut tak sempat sampai since dah janji dengan pegawai kat HOGA tu nak sampai jam 2.30 petang. setelah tersalah simpang sebab sepatutnya masuk simpang kanan tapi kami masuk simpang kiri, sebab ikutkan yang waze tunjuk jalan alternatif yang kecik gilaaa, boleh muat laluan motor sahaja (stress dah masa ni sebab driver bas dah mula membebel ). rileks la pakcik, kami pun bukannya tahu jalan sini kan ?


kalau korang nak tahu, aku memang dah penah ada pengalaman menggunakan waze dekat entry INI


sebenarnya tak ada perlu nak kecoh ape sangat pun, cuma bas tu kena u-turn je pastu jalan straight ikut papan tanda .... huhu, tu pun susah nooo.....


Akhirnya kami sampai jugak di Gaharu Tea Valley Gopeng ni, memang dia ada masuk macam jalan kecil dan kawasan perumahan sikit tapi jangan risau, memang itu la jalannya untuk sampai ke tempat ini.

cantik kan ? ni pintu masuk dia ...



dekat sini Liang yang berurusan sebab dia yang contact dan deal dengan pihak HOGA ni dari awal, aku just hulur jumlah duit yang diperuntukkan utk bayaran masuk dan souvenir dari HOGA je. kalau tak silap aku la Liang cakap hari tu pakej ada dua , satu RM 25 dan satu lagi RM 5 sahaja. oleh sebab ramai sangat yang nak berjimat cermat, ramai yang mintak kami proceed dengan pakej RM 5 tu sahaja...



hai






kumpul sekejap lepas tu datang la van-van yang telah disediakan oleh pihak HOGA untuk memunggah menmbawa kami semua ke tempat di mana taklimat akan diberikan... aku memang salute dengan pemandu-pemandu van yang ada dekat HOGA ni. aku syak mereka ni dulu pernah mengemudi roller coaster. pfftt.



aku tak ada dalam van ni, aku van lain 


dalam 5 minit perjalanan mendaki bukit dengan menaiki van, akhirnya kami sampai di sini 


tempat taklimat diberikan


Taklimat diberikan dekat aras bawah tu, aras satu dan dua tu lebih kepada tempat nak bergambor dan menikmati pemandangan je ... hehe. Sewaktu kami sampai tu, En William sedang memberikan penerangan kepada pelajar dari tempat lain jadi sementara menunggu, kami ambil peluang untuk bergambar duluuu :D



Natural Resoures 3rd Year girls




Geng Sudu ! *wink*



cantikkkk sangat ! 


snap snap snap ! too much photo actually, haha. ok, selesai mengambil gambar, giliran kita untuk mendengar taklimat pulaaa ...



 \
Encik William dengan kayu gaharu nya 


sesi soal jawab



ok, apa yang aku paling ingat sekali dalam penerangan yang Encik William ni beri adalah, pokok gaharu dekat HOGA ni akan dirosakkan dengan sengaja untuk membolehkan kita mendapatkan gaharunya, sebab pokok gaharu ni akan menghasilkan gaharu dia hanya bila ianya cedera, secara semulajadinya macam dahan dia patah ke .. batang dia kena patuk dek burung ke ... ha .. macam tu. baru la dia ada harga :) ... oooo.. baru tahu  ... haha


habis sesi penerangan dari Encik William kami teruskan lagi meneroka tea valley ni ... luas gila ..


lover park :D



kat lover park lagi :)
korang boleh la kunci cinta korang dekat sini, mangga siap, lepas tu esok break-up. HAHA
SINI adalah antara contoh cara tunjukkan cinta engkorang kat pasangan korang :D



Pokok Cinta a.k.a The Century Lover Tree



sweetkan ? dengan mata juling gitu .. haha






HOGA's Tea
sebotol RM3, aku beli satu botol.. rasa dia ? tak ada gula langsung la opkos kan..kata nak sihat., ala-ala rasa Clenx Tea tu ... sedap la jugak :)





lukisan panda pada batang pokok gaharu :)
ada jugak lukisan singa dan sebagainya lagi , nak tahu kena datang tengok sendiri ! hehe amboi banyak percent kau za? :p



HOGA's ice cream
sapa nak beli sendiri, RM 2. sedap ! rasa teh :D



 
sini boleh shopping barangan HOGA :D



For Sale and For You to Buy . Haha 



HOGA's Souvenir 
Ini yang ada dalam pakej RM 5 tu, kalau yang RM 25 punya pakej tu siap dengan aiskrim selaki sekali dia include kan. ops, amek sorang satu uncang dan satu potong kayu je ye ... HAHA




All of us :)



nanti kita sambung next part okayyy ? ;D

bye folks :-*

DSLR picture credit to: Yaya Gojes dan Amey :D (yg lain tu mintak ihsan member member)












Saturday 21 November 2015

Fieldtrip DONE !

hai


sebenarnya dah lama dah rindu nak berperasaan lega macam ni... semenjak start semester ni aku dah tak senang duduk ...memikirkan banyak program yang nak kena undergo, pertama sekali UNESCO yang dah berjaya menutup tirai 6 Nov yang lepas, aku selaku ketua unit untuk unit protokol dan jemputan.. (tak berapa penting tapi amanah tetap berat gaiss).



Kedua pulak, adalah fieldtrip untuk subjek kesihatan ekosistem .. elektif yang aku ambil untuk semester ni .. dan entah macamana nama aku yang bertuah ni telah dipetik untuk menjadi penolong pengarah projek fieltrip ni .. kuss semangat , sejak kena lantik tu ... rasa serba tak kena je selagi tak lepas tarikh fieldtrip ni ..



dan Alhamdulillah ... setelah mengalami banyak onak dan cabaran ,.. dengan penundaan tarikh, dengan pengangkutan yang macam akan ada akan tiada , dengan perangai lecturer yang agak childish dan agak mengada-ngada, semuanya amat menguji kesabaran aku ... huhu, betul weh, aku jujur ni sebab ni blog peribadi ... memang aku hanya penolong pengarah, tapi pengarah projek ni adalah chinese student bernama liang... jadi aku jugak bertindak sebagai penterjemah dan pemudah cara utk semua pihak. fuhh



fieldtrip kami telah dirangka dengan aktiviti yang melibatkan dua tempat selama 2 hari 1 malam. Destinasi pertama di HOGA (Gaharu Tea Valley) di Gopeng, Perak dan destinasi kedua adalah Kuala Sepetang Eco Tourism (Matang Mangrove Forest) di Kuala Sepetang. Kami bermalam di homestay di Kuala Sepetang yang sangat berhampiran dengan destinasi kedua kami dan juga hampir dengan kedai makan terkenal di Kuala Sepetang, Restoran Mee Udang Mak Jah....



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar ...  betul la sesungguhnya di sebalik kesusahan itu ada kesenangan .. rasa lega sangat-sangat bila kerja dah dapat dijalankan .. terima kasih diucapkan kepada semua AJK-AJK yang terlibat .. Liang, Iffah, Yaya, Alex, Juhazman, Faiz, Khazanah, Alia, Farihah, Wani, Alya Qistina dan Kak Una. Tak dilupakan jugak kepada kawan-kawan rapat, Ira, Shak, Joy, Amani, Za Za dan Dyla (walaupun Dyla lain subjek elektif) yang menjadi pendengar setia dalam keadaan rela mahupun terpaksa, sentiasa menjadi pendorong dan penaik semangat sepanjang aku berperang dengan emosi dan rasionaliti sewaktu menguruskan fieldtrip ini .. terima kasih mak abah sebab sentiasa mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar .. terima kasih :) *lap hingus*, ops, tidak lupa kepada lecturer, walaupun nampak macam kurang enjoy dan agak moody sepanjang kita semua berkerja lapangan ini .. HAHA azza jahat .


nanti aku buat entry lain untuk cerita setiap tempat yang kami pergi ok ? stay tune uolss ! :D



TEASER:


-Matang Mangrove Forest-






Sunday 15 November 2015

Kerepek Belinjau

Hai semua !


hari ni kita cerita tentang kerepek belinjau ok ? apa itu kerepek belinjau ? ada sesetengah orang yang panggil dengan nama lain, melinja, melinjo, malinjau ... tapi semuanya merujuk kepada kerepek yang sama.


-kerepek belinjau yang telah siap digoreng-


sesiapa yang baru dengar atau baru tahu tentang kewujudan kerepek ni boleh klik pada perkataan kerepek belinjau yang aku bold kan kat atas tu kalau berminat nak tahu lebih mendalam tentang cara pembuatannya boleh la google sendiri... banyakkan membaca , jangan semua nak harap orang suap je ilmu tuu . haha


kenapa aku nak cerita tentang kerepek belinjau ni tiba-tiba ? sebabnya aku ada kenangan , tak tahu la nak kategorikan dalam kategori kenangan pahit ke manis. tapi peristiwa yang aku alami membuatkan aku fikir berkali-kali untuk masukkan kerepek ni dalam mulut aku lagi lepas kejadian tu . :'D


alkisahnya, aku suka sangat makan kerepek kerepek, kerepek belinjau adalah salah satunya yang aku gemar jadikan cekedis ringan sewaktu menonton tv. aku dah lupa bila kejadian ni berlaku tapi seingat aku ianya terjadi lebih kurang masa kita masih dalam musim raya aidilfitri .


adik beradik aku memang cukup suka belikan emak kerepek kerepek untuk dibuat sebagai kuih raya, bukan setakat untuk menjamu tetamu yang datang je tapi lebih kepada untuk kudapan kami sendiri sebenarnya. haha.


jadi, dalam banyak banyak kerepek yang dibeli adalah juga terselit kerepek belinjau ni ... kerepek belinjau ni orang cakap, (mak abah cakap) "jangan makan banyak-banyak nanti mabuk"-tapi aku sebagai anak biasa la, selagi tak kena batang hidung sendiri selagi tu tak dengor nasihat =_='. tambahan pulak, kerepek belinjau yang abang aku beli tu siap ditabur dengan serbuk pedas lagi .. fuhh, punya la sedap ... hilang pahit belinjau tu .. rasa macam jajan biasa je ... perghh , memang mantap la rasa dia !


yang aku ingat, berbekalkan secawan air nenas yang mak aku buat dan sebekas tinggi kerepek belinjau pedas, aku melarikan diri ke ruang tamu depan, keluarga aku pulak tengah berkumpul dekat ruang tamu tengah, kiranya aku ni macam nak feeling makan sesorang la, tanak kongsi ngn sesiapa .... benda sedap weh nanti cepat habis, dah la tinggal satu tupperware ni je ! mana boleh kongsi ! *hati busuk*


dan... makan lah seorang azza mastura akan kerepek belinjau tersebut tanpa tahu erti berhenti sampai la dah nak habis satu bekas tu ... sebelum ni , aku akan berenti makan sebab pahit rasa kerepek belinjau yang original tu ... tapi kali ni dah rasa macam jajan biasa, melantak tak hingattt !

kunyah kunyah kerepek, minum air nenas, kunyah kunyah lagi, minum air nenas, tengok TV, pergh heaven rasanya. sampai la satu ketika .....


aku rasa pening-pening lalat, ntah la, rasa macam siling rumah tak statik.. semua benda aku nampak bergerak je secara perlahan lahan ... eh dah kenapa aku ni ? rasanya ok je tadi .. tapi waktu tu aku tak fikir pun sebab kerepek belinjau yang aku pelahap banyak tu ... aku fikir air nenas tu yang buat aku alah ...


aku pun bingkas bangun, letak air nenas yang aku amek tadi dalam peti ais, buh tupperware berisi kerepek tadi kat rak dan aku terus minum air masak banyak banyak. rasa memang tak sedap je kepala, perut semua ... rasa nak muntah.


masuk bilik air ... bluerkkkk ! habis keluar semua yang aku makan tadi, ah sudahh .... aku dah fikir agaknya tak leh makan kerepek belinjau sambil minum air nenas kot ... (hakikatnya tak boleh makan kerepek belinjau banyak banyak ! HAHA). lepas muntah, rasa dah ok sikit tapi still terawang awang lagi badannya.


aku pun bakar satu labu bawang putih ... konon nak makan bagi hilang angin dalam badan, selesai bakar ... aku bawak masuk bilik sebab aku fikir nak baring je ... tak larat nak berdiri lama lama dah ... tengah tengah kupas kulit bawang putih yang aku dah bakar tu ... bau bawang putih menyengat masuk hidung ... rasa loya kembali lagi .... masa tu dah pukul 2 pagi kalau tak silap sebab mak abah semua dah masuk bilik...


aku dah tak boleh tahan... aku campak je bawang putih yang ada kat tangan aku tu berlari ke luar sambil kedua-dua tangan tekup kat mulut. tak bermaksud aku tekup tangan tu aku dapat tahan dari ter-bluerkkk, tapi aku tekup tangan kat mulut tu sebab aku dahh ter-bluerkkk dah pun ... habis lantai bilik. sampai ke lantai depan bilik mak pun terpalit sama ...disebabkan aku berlari nak ke bilik air tu la...


keluar dari bilik air, aku pandang lesu je ke arah disaster yang telah aku buat, aku terus campak diri aku atas katil dan ZzZzzz >..< tak larat wehhhhhh !


besok pagi nya mak aku tak memasal tolong mopkan isi perut aku dah muntahkan keluor tu... sambil bebel sebab aku makan kerepek belinjau tu banyak sangat ... "tak ingat dunia" mak aku kata. hewhew . kasih ibu ni lain tau , dia bebel bebel dia tolong gak anak dia yang pilekk habis ni . HAHA . nak  buat macamana mak, terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan kerepek belinjau banyak sangat, mabuk jawapannya ! haaa mendapat kau azza !


nasihat aku, cakap orang tua tu dengar la, ada manfaatnya setiap apa yang mereka nasihatkan tu ... bukan saje saje mereka tak bagi ... jangan jadi macam aku, terus serik nak makan kerepek belinjau... haha kalau sebelum ni ... pantang nampak ... sekarang ni, aku nampak je orang makan kerepek belinjau, aku terus cakap, "jangan makan banyak-banyak ...mabuk nanti, betul ... tak tipu".


akhir kata, jaga diri, jaga pemakanan dan klik SINI


bye folks








Starlavenderluna 2nd GiftAway





hai semua, jom join giveawayyy ! :D


*klik banner untuk join !*

Saturday 14 November 2015

Pembatalan PTPTN


Assalammualaikum semua :)


dah lama tak update, dan hari ni nak cerita sikit tentang pembatalan PTPTN yang aku janji nak update dalam entry INI  .


sempena cuti deepavali, aku telah pulang ke kampung pada hari ahad yang lepas untuk melepaskan rindu dendam terhadap mak dan abah serta menyelesaikan persoalan tentang situasi pinjaman PTPTN aku ni samada sudah batal ataupun tidak. tapi sebagai langkah berjaga-jaga, aku bawa je balik sekali fail-fail yang berkenaan mana lah tahu kot-kot ada yang tak selesai lagi.


walaupun dah sampai kampung hari isnin, aku ambil keputusan untuk pergi ke cawangan PTPTN di Kluang tu pada hari khamis je since hari jumaat aku dah balik semula ke kelantan, dalam hati ni berharap sangat cawangan PTPTN kat Kluang ni boleh bantu selesaikan permasalahan aku ni dan tak suruh aku untuk further lagi hal ni dekat cawangan besar PTPTN.


mak dan abah nak ke pasar pagi, jadi aku pun ambil kesempatan ikut sekali sambil angkut semua fail yang brkenaan dan ambil borang pembatalan yang ira dah tolong printkan untuk aku dekat rumah dia (thanks ira!), isi semua maklumat dalam kereta je ... tak jadi masalah sebab maklumat tu simple je dan cuma kita perlukan surat tawaran jika alasan kita batalkan PTPTN tu sebab menerima tajaan dari pihak lain. dalam situasi aku, aku kena isi maklumat dalam borang pembatalan tu dan sertakan sekali salinan surat tawaran biasiswa dari JPA. link untuk dapatkan borang pembatalan PTPTN:



 korang jangan lupa klik SINI juga :p 



cawangan PTPTN dekat Kluang ni terletak dekat tingkat satu, bangunan depan Balai Bomba Kluang, satu bangunan dengan Pejabat KWSP Kluang. eh berapa banyak Kluang daaa .. haha



sampai kat situ, dengan lafaz Bismillahirrohamanirrohim .. aku naik tangga dan beri salam, tak ada sesiapa kecuali staff kat situ, 3 orang .. sorang lelaki dan dua orang perempuan. oleh sebab tak ada tetamu lain selain aku , ketiga-tiga semacam berharap aku berurusan dengan mereka tapi oleh sebab aku ni perempuan, aku lebih tertarik kepada lelaki :p


aku: Assalammualaikum encik, saya nak tanya tentang prosedur pembatalan PTPTN.

staf: Waalaikumussalam , duduk la .. boleh mintak no kad pengenalan ? 

(aku pun bagi no kad pengenalan aku dan dia key-in dalam sistem, sambil tunggu loading, dia tanya ..)

staf: borang pembatalan dan surat tawaran dah isi ? 

aku: dah dah ... (sambil nak keluarkan borang)

staf: (tengok screen computer) eh ... tapi ni dah batal ni awak ..... 

aku: oh, maksudnya pihak JPA dah tolong uruskan la ye ? saya cuma nak pastikan sebab PTPTN saya still masuk semester ni ..

staf: ye ... ini semester terakhir ... semester depan tak masuk dah .. :)

aku: kalau macam tu, terima kasih encik :)


kalau baca dalam entry lepas, aku ada mention, aku dah sediakan borang seperti yang diatas dan serahkan kepada pihak JPA sewaktu penyerahan dokumen perjanjian. tapi waktu aku tanyakan tentang pembatalan ni, kakak tu cakap, kne confirmkan sendiri dengan PTPTN, kena tanya mereka sendiri sebab kakak tu tak pasti ... tapi aku tak ade masa nak gi tanya ... nak call pulak segan .. pula tu ada sorang saudari ni komen soal PTPTN ni, beliau kata perlu settle sendiri .. jadi aku pun amek keputusan untuk pergi je lagi sekali ... 


Alhamdulillah , maksudnya pihak JPA dah tolong batalkan PTPTN untuk saya dan kawan-kawan yang tertanya-tanya tentang PTPTN ni samada kita masih dapat pinjaman atau tidak :) 


Tahniah buat semua, biasiswa yang kita dapat adalah hasil dari usaha kita selama ini, gunakan peluang yang diberikan ini untuk terus mencipta kecemerlangan di masa hadapan ! (di samping supaya biasiswa tak kena tarik semula ... HAHA)


bye folks :)

kejap lari topik ! siapa yang masih single? hehe, boleh tengok kelebihan single dekat SINI


Monday 19 October 2015

Tuta Chim Chum, Rantau Panjang.

Bismillah, hai semua !



hari ni nak ambil kesempatan berkongsi short trip ke Rantau Panjang semalam, trip yang tak berapa dirancang sebab biasanya yang kita rancang ni selalu nya last last minute tak dapat pegi, jadi kecewa pula .. haha berdasarkan pengalaman aku la ye....



semalam, habis je kelas kesihatan ekosistem, amani, dyla, joyah, shak, ira dan aku membuat keputusan mengejut untuk jenguk satu tempat makan yang ramai betul dah promosi pada kami tentang hidangan ala-ala seoul garden tapi dengan bayaran yang jauh lebih berpatutan... mana boleh dengar je cakap cakap orang, kena gi sendiri wehhh !



bagi spesies manusia yang tak berkira tentang soal makan ni, memang tak tunggu lama untuk terus memberikan persetujuan, jadi berangkat la kami berenam dalam sebuah kereta kepunyaan amani ... kihkih, Myvi, pandai pandai la bayangkan cane keadaan yg duduk belakang (termasuk aku)


perjalanan pergi mengambil masa hampir 40 minit, tong-tong duit minyak sorang RM 5 akhirnya sampai jugak, mujur tak kena tahan dengan penguatkuasa sebab lebih muatan... kihkih, kami decide untuk solat asar dulu sebelum masuk kedai makan sebab kalau boleh tanak keluar masuk lepas check-in. kemain teruk perangai



masuk-masuk bagitahu berapa orang in total kat pelayan tu pastu dia terus buh dua periuk arang tu siap secoit lemak ayam on top and in the middle of the periuk. hehe , for those yang jakun such as me, myself, benda benda gini pun boleh buat i kagum ... pathetic



dan kamiiii ..... meneruskan penerokaan, semua pakat aktif buh segala macam raw materials dalam pinggan, muka pelahap gila macam tak makan dah seminggu padahal pagi tu jam 10 dah makan nasi kat kafe, memasing kuss semangat besor kantung perut...



tudung merah: dyla
tudung pepel pink: amani



tudung pepel: ira
shawl leopard: joy
tudung hitam: shak 
(ni geng duk seat belakang ngn aku)



antara perbualan waktu ambil makanan ni:


amani : wei, joy, tak yah amek bebanyak weh, tak habis nanti ... nanti kalau nak lagi amek lain la ... 

joyah: ah, aku nak amek ja dulu ... sat gi aku dah duduk aku malas dah nak bangun , aku makan jaaa ! 


dan akhirnya........


taraaaa ~

ini first food trip, there are a lot of tripsss after this one actually. :D


dan pembakaran dan perebusan pun bermula....



gorilla grillers



happy girl and her empty stomach 




drinks server, very multitasking one, talented also



makan time. nampak akak misi belakang tu ? kami dah makan dia baru sampai tapi dia dah balik tapi kami still makan lagi ... nampak kesinambungan ?



perilaku dalam gambar pertama dan kedua sentiasa berulang sepanjang sesi pemakanan berlangsung. bila dah rasa tak boleh nak masuk lagi, cari inisiatif lain, bangun gi parut ais, korek aiskrim dalam bekas dia pasal aiskrim dah nak habis. 



satu benda yang kena pastikan masa kau gi Tuta Chim Chum kat RP ni adalah bila benda yang kau nak dah nak habis kau angkat bekas dia tu pastu kau bersihkan beriya-iya, bagi pekerja kat situ nampak effort kau, sebab kalau kau tak buat camtuh memang dia keje menanguk je laaa ... main handphone... alahai ~



aku tak ada snap pulak gambar joyah angkat tray cendawan, tray sayur sayur tu kaut kasi bersih guna tangan buh masuk dalam periuk ... tapi lepas je joyah buat gitu memang pekerja situ terus bangun gi dapur bawak sayur baru .. HAHA syabas joy ! 




nak dapatkan aiskrim ni memang keja kuat sikit tapi berbaloi sebab lepas tengok kami mengganas dekat peti aiskrim tu mereka terus letak aiskrim baru perisa keladi pulak . sungguh dasyat kesedapan aiskrim warna purple . sllurrppp ~




aiskrim stobori je sempat amek gambar




in the making of som tam. amani dan joy tengah uji talent. lepas ni jangan terkejut kat pinggiran ada stall som tam . hasilnya tak la sedap sangat ... ermmm ... ermm.... boleh la ... tapi sikit sangat ... tak boleh nak bagi pendapat sangat ... next time buat banyak sikit, jangan alang-alang.. ecehh



campuran tomato comel, bawang putih, kasih sayang amani dan keikhlasan dan hentakan padu ibarat menumbuk bakal madu amani lakukan bagi penghasilan som tam



orang yang berani je akan selfie guna iphone sedangkan tuan punya cellphone tersebut tengah working hard nak bagi kami rasa hasil kerja keras dia . kihkih 


dari lepas asar, sampai dah nak habis maghrib kami cuba habiskan makanan yang dah terlebih ambil ... cuba seludup yang mana tak habis tu dalam plastik supaya tak kena bayar double the price ... kihkih.. hasilnya dapat bersihkan ..... tapi celah celah pinggan tu ......... ada la sikit sisa ...masa dah kenyang ni joyah la asyik keja menyuap orang je utk habiskan daging yang last last atas grill tu ...pantang nampak kami berenti mengunyah....+_+ brrpp .. brrppppp ! 


Alhamdulillah ~



Before and after, if u can see the different ..................................HAHAHAHAHA



masa dah nak habis tu joy nak aiskrim, aku gi amekkan pastu masa tu lagu sufi tengah berkumandang di radio... mereka ni terus menyanyi dalam keadaan kenyang ... sekali pandang dah rupa orang mabuk dah ... HAHAHAHA



total price utk 6 orang punya makan RM91.40, maknanya sorang around RM15.00... berbaloi ? bagi aku .. sangatttt berbaloi berbanding seoul garden ... kalau nak makan perapan daging lembu dan ayam yang sedap dan berjusss ... aku highly recommend utk pegi Chim Chum ni instead of seoul garden ... tapi kalau kau nak bandingkan benda lain memang banyak la kurang ... taka da sushi .. tak ada kimchi ... tapi overall puas hati je .. yang penting, masuk je terus buat muka tak malu ok ? rujuk macam joy buat seperti yg telah diceritakan di atas. jangan malu malu. 



TUTA CHIM CHUM
arah tuju: jalan yang lurus (serious, kalau dari Jeli memang straight masuk ikut pintu masuk tu)
waktu beroperasi: yang aku pasti pukul 5.00 pm - 7.45 pm dia tak tutup kedai lagi
rate give by me: 3 bintang
kadar bayaran: dewasa: RM12.90
kanak-kanak: RM7.90
(ais dia charge per bucket, kami mintak 4 bucket ais and ada la apa tah dia charge jugak sampai total RM 14 penambahan dari harga sepatutnya.... hmmm..mungkin dia nampak shak kaut masuk plastik? ops... haha)



solat maghrib kat masjid beijing pastu terus balik .... tapi tak terus balik, singgah pulak pasaraya pantai timur (PT) beli buah buahan ... hahaha aje keje nak makan je .... dalam perjalanan duk karaoke lagu rock jiwang ... semua nyanyi kecuali shak .... ppffttt ... dia tatau lirik .. bajet membesar di oversea. come on la ... Bila Cinta Didusta is quite famous song kottttt .... 



notahujungkukukaki: keluar la weh dari bilik tu, cari keceriaan dengan kawan -kawan ... sebab satu hari nanti mungkin kita akan sangat sangat merindui waktu-waktu macam ni ... pengalaman dan kenangan manis lebih mahal dari nilai duit ... tambahan pula dengan keadaan ringgit yang jatuh dewasa kini . ok bye folks ! 


tunggu !! 

kau jenis takleh nak makan kalau tak berteman ? klik SINI
jenis suka simpan barang sampai expired ? klik SINI
tambahkan pengetahuan sekejapp :D




Tweet Tweet