Hai Follower !

Pages

Wednesday 11 September 2013

UMK (Universiti Malaysia Kelantan)



ok , Assalammualaikum semua .



sihat semua ? entry kali ni bertujuan utk berkongsi pengalaman aku yang telah mendaptarkan diri secara resminya sebagai siswazah di unibersiti malaysia kelantan kampus jeli . kampus taman dalam hutan . itu trademark tu , trademark ! (err...macam terlampau semangat pulak , k abaikan ...)



malam ahad 31/8 masa dekat homestay at tanah merah tu abang ipar aku tanya , daftar dari pukul berapa sampai pukul berapa ? dengan muka inesen nye aku menjawab bahawa pendaftaran akan dijalankan pada jam 8 pagi sehingga 5 petang . lepas tu dengan yakinnya abang ipar aku jawab "laa ... pukul 4 setengah petang pun boleh gerak dari sini..." (maksud beliau tu bergerak menuju jeli dari homestay kitorang yang at tanah merah tu lerr .)



dengar dek abah , terus abah cakap ... "kita ni nak daftarkan budak masuk u , bukan nak pergi berjalan , buatnya adek kau dapat bilik kat tingkat 4 ngn 5 tu , haaa menjawab !" ... HAHA


fuhh .. seb baik abah faham , memang kalau boleh aku tanak gi lelambatt . memang la gi ngn tiga kereta , tapi untuk daptarkan aku nii gerak satu kereta dulu pun bolehh kan ? bukan nak mementingkan diri .. tapi memang kena pentingkan aku pasal aku yang nak kena DAFTAR ni ! grr . eh , teremo pulakk , ni semua pasal tak dapat shopping dgn family dulu la ni ! hmphh ! hmmpphh ! =..=


tido pukul 1 setengah pagi , sambil melayan anak sedara tgk citer epic . tapi aku dah tak layan sangat citer tuu , kan ke aku dah cakap .. otak aku at tempat lain , roh tempat lain , badan at atas tilam depan lappy . itu yang aku sure la , yang tang badan tuu . (,")


pukul 2 stengah pagi dah terbangun , bertekebas (kelang kabut) aku bangun pasal igt dah subuh , sebab semalam abah dah kata nak gerak lepas subuh . and if so pun nak gerak lepas subuh ke jeli , takkan aku nak bangun lepas subuh jugak ?? dengan lappy, extension , hard disk , powerbank tak simpan lagi ! haha . jadi aku yang pikir bebetul dah terlambat ni terus bangun lipat selimut ! carik fon , sekali tgk ... 2.35 a.m ! cetttpodaaahhhh ! haprak betul mindset nii . hahahaha .


after dat , amek keputusan utk bukak balik lipatan selimut tadi . dan menyelimutkan kembali badan yang semakin berasa dingin dek kekejutan waktu sebentar tadi . puihh ! nasib baik takde sape nampak ... story yang dalam entry ni takpe , pasal kita cerita sendiri an .. kalau orang lain yang nampak lain pulak cerita dari sudut pemikiran orang yang tersebut ... chewahh . HAHA



masa pukul 5 tu mak ngn abah dah siap mandi dah ... aku pulak lepas bangun terkejut pukul 2 setengah tadi terus tidur tidur ayam je ... jadi dengar la abah suruh mak kejut aku . tapi sebelum mak berbuat demikian , dengan pantasnya aku terus terpacak macam zombie . bhahaha.



dah siap siap semua , baru teringat ! telekung aku dekat dalam bilik along ! nak tak nak kena kejut gak ni.. adehh , kalau tak aku , mak ngn abah mesti dah dapat rasa macam lari dari rumah macam dalam drama tu . haishh . rugi betul tak dapat rasa melakonkan scene scene mencabar seperti itu . nak jugak cakap macam maya karin ... "alhamdulillah .. saya dapat melakonkan watak di ranjang dengan baik bersama aaron aziz.." puihh ! hahahaha . tapi aku tukar la ayat tu ... "alhamdulillah .. akhirnya dapat jugak saya bersama ibubapa saya melakonkan watak lari dari homestay tanpa diketahui oleh abang n kakak saya" bhahaha !



jadi oleh sebab kelalaian aku tu , maka dengan jayanya aku telah berjaya mengejutkan along , kak long , angah dan abang shah utk sama sama menyaksikan dengan gemilangnya pemergian aku . sobs ! along dengan abang shah tanpa sempat mandi terus pakai baju , nak hantar mak abah ngn aku ni gi umk . takut sesat katanyaa . (tapi seriously i said dat tak susah pun nak ke sini ...)



kami gerak dari homestay pukul 6.30 pagi ... tinggallah angah aku , kak long , alang serta anak anak yang dicintai di homestay tersebut . tinggallah anak . mokcu mu ini harus berjuang .. kepergianku mengharapkan syahid di jalan ALLAH ! tskk tsskkk !


ecewahhh ! mcam nak berjuang kat mesir je gayanya ! wkaakakaka !



jeng jeng jeng ! antekk takk ? ^_^

family i ols adalah family kedua yang sampai at dalam umk ni tauu . hehik hehik ! time ni aku sesampai je terus aku snap pic ni , berkabus kabus . perghh . sejukk dy memang tak terbatas dek tulang temulang la kann . terserlah ke-hiperbola-an ayat aku ye takk ? :p . oh ye , tak lama punn , 45 minit dah sampaii , jalan pun besar n lengang waktu aku gerak kan ? so .. tade masalah lagi . 





nampak brader baju merah ni ? dia sabahan tauu . tu dia dok pegang beg adek dia tu . adek dia yang nak daptar masuk sini . tapi masa ni adek dia gi toilett . hmm . sedih sedih dak sabahan ni still lagi abang dia teman , lagi sedih budak cina lelaki perak yang aku berborak mula mula aku sampai tu . dia naik bas dari selangor , hajat nye tak la nak sampai ke kota bharu kan ? kalau dari grik terus turun depan umk . senang , tapi apakan daya , beliau tertidur sampai ke tanah merah . sedor sedor je dah kat tanah merah dahh . kelang kabut dia kata dia gi carik teksi . lepas tu kne charge 40 riyal . perghhh ! siann dia . aku kabo ke dia , nasib baik tak tertido sampai ke KB . tak ke kes naya ? haha . tak memasal kne daptar kat kampus pengkalan chepa atau bachok pulakk . 


abang yang pakai vase tu masa ni aku igt beliau just fasi biasa je , tapi kebenarannya adalah beliau adalah ketua fasi dalam program mesra mahasiswa UMK ni , haha . ilek je beliau kan ? hehe . tapi beliau bukan final year student la . eh , ni nape introduce brader ni lelebih ni ? haha . :D ehem ehemm . sila abaikan kemiangan ini . tme kasih .


abah i ols pun termasuk dalam gambar tu jugak . hmm . kacak nye ! :D





seriously ! cantikkk ! sejuk sangattt ! masa ni dah pukul 7 setengah pagi dahh . aku ni berkobar la kan nak dapatkan bilik aras bawah dan katil bawah sebab senior cakap katil dua tingkat ada dua . takkan la aku nak dapat kan katil tingkat atas ? aku tanak la budak yang duk katil bawah tu mengalami kecederaan yang melampau disebabkan bentuk badan aku yang gagah ni kan ? hmm . maka dengan itu , dengan kesungguhan yang jitu . aku telah memutuskan untuk memilih katil bawah . itu lah yang sebaiknya . biarlah orang nampak macam aku ni mementingkan diri sendiri , tapi hakikatnya , tidak seperti itu . ecewahhhhh ! :D (silakan terpesona dengan ayat ini .. ) hewhew .



aku call syahirah ... jeng jeng jeng ! 'suara apakah ini ?' bisik hati aku dengan manja . ouh , katakan iyenye tidak benar . takkan la .. takkan laaa takkan laaaa !!! takkan la syahirah ni baru bangun ??? sialan ! wakakaka . sila bayangkan sadisnya keadaan aku masa tu , siap berbaju kurung , bertudung , menutup aurat , memakai stokin dan bersandal mahal , dan beliau yang juga nak mendaftar bersama aku ba .. ba ... baruuuuu bangunnnn ??? dalam hati aku masa tu dah mempersoalkan , beliau ni serangga jenis apa ? mungkinkah sejenis serangga yang boleh berhibernasi di waktu waktu yang dikira penting dalam kehidupan kita ? arghhh !


maafkan aku . aku kalau tgah bengang mmg ayat yang dikeluarkan boleh menyebabkan sang pembaca mengalami kekeliruan identiti . mohon maaf sekali lagi . @_@



akhirnya beliau sampai jugak ke umk ini , masa tu aku dah beratur nak gi daftar je , reti pulak beliau ttbe menyelit dekat belakang aku . hmm . tak berguna .


dipendekkan cerita yang sememang nya tak perlu diperpanjangkan ni , kami berdua sebilik .




.................................................................................................................................................................





maaf , aku muntah tadi . jengg ! aku tak mampu nak luah kan dengan kata kata , tadika bersama , sekolah rendah bersama, sekolah menengah bersama, matrikulasi bersama , dapat u yang sama , kos yang sama , fakulti yang sama , blok yang sama , aras yang sama (aras bawah) dan ... dan ... BILIK YANG SAMA ??? gurauan apa ini ya RABB . -___-


mungkin ini yang terbaik untuk aku agaknya . *muka redha* . sampai andak cakap kat aku ,


"kau tak pe za ... tak beli sabun pun takpe .. pasal kau ada syahirah ...." . 

"kau tak pe za .. jauh pun takpe .. pasal kau ade syahirah...."

"gila ah kau za ! nanti dah kawen , umah sebelah sebelah , anak anak kau main ngn anak anak syahirah , jangan laki sama sudah ! hmm , tak berkembang langsung ... "

n also ... somethingssss like datttt . what theseee meannnnn ? seriously , its cruel ! puihh !



petang tu hajatnya nak ke rantau panjang shopping ngan familyy . tapi tak kesampaiann . pasal orientasi begin at 5.30 p.m . hmm , sudah nye babai babai je petang tu pasal lagi dua kereta tu sampaii . kekonon macam farewell session n something like dat la kann . geli mak dengauu . hehikk . 


yang peliknya , yang meleleh leleh air mata waktu family aku balik tu syahirah . what the ?? ni family aku ke family beliau . cettt . podahhh . maka dengan itu terpaksalah aku berdiri dekat dengan lopak so dat nampak macam aku nangis sampai basah la tanah tu kan . hehik hehik . pandai tak ? pandai tak ? ngee ~ 



ermm ... minggu orientasi ? next entry , perhaps ? hehik . take care ols . ilovechaa ! :D



p/s: perasan takk ? kooosssoooonggg je kan UMK kampus jeli ni ? terimalah .. baru nak membangunkaaannn . baru first phase ... *_* . apaaa ? first phase ???! yup . first phase . IT IS ! i mean it . *monolog*







7 comments:

  1. biasalah kalau kita dah masuk ke tempat baru memang amek masa sikit nak sesuaikan diri..hehe goodluck ya kat sana ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe , betul betul betul ! trima kasihhh . singgah singah la jeli ! XD

      Delete
  2. Tahniah dik, semoga jadi siswi terbaik... Selamat belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah , amiinnnn . terima kasih .. :D

      Delete
  3. eleh... dia pun nak meleleh dah.. cover.. hahaha.. mujur si ira tu dah nangis dulu...

    eh tapi kalau ko duduk sebelah rumah dgn ira nanti..anak2 main2 sesama sekolah sesama.. pastu anak2 dia pun masuk U sesama.. pastu kawen sesama.. pastu duduk sebelah rumah lagi sesama.. eh bila nak abis daa...

    ReplyDelete
  4. sis, klau daftar awal mmg dpt bilik bawah2 ek?

    ReplyDelete

Tweet Tweet