Hai Follower !

Pages

Friday 29 May 2015

KEK LAPIS

Assalammualaikum, hai ! :D



Di akhir-akhir semester ni aku sibuk sikit, semenjak join program BEEHIVE UMK hari tu , semangat keusahawanan ni semakin menebal dalam diri . Dr Kumara yang sama group dengan aku masa program BEEHIVE tu pun tanya kami, kami ada apa-apa barang tak utk dijual. Aku pun terus teringatkan business kek lapis abang dan akak ipar aku. Jadi, aku pun usulkan la boleh tak aku berjual? Pertanyaan aku tu pun mendapat sambutan yang menggembirakan hati aku. Dan dari situ bermula la kehidupan aku sebagai seorang peniaga . ecewah !:-p




Ha… menarik kan pendahuluan cerita aku ?




bermula dua minggu lepas aku start la ambil order untuk kek lapis ni … itupun setelah mengadakan rundingan rasmi dengan andak. Alhamdulillah segala perbincangan dipermudahkan oleh Allah dan persetujuan dapat diperolehi tanpa berlakunya pertumpahan darah. Uhuk uhuk





tempahan tak banyak sangat sebab masa tu taster tak de lagi. Antara orang yang order rummet rummet hakak, ira ngn zaf, dila dan miza je..… miza sorang pos ke kampung, bg keluarga mentua sebuku … keluarga sendiri sebuku … (hmm , belum kawen pandai kau tackle ye miza ?) yang lain semua C.O.D je dengan sis . ehh … masuk bab bisnes terus jadi sis … :p . perlu ke ek mention nama customer ni ? jawapannya perlu ! sebab diorang adalah customer terawalll sis sepanjang hidup sis bergelar peniaga … jadi me-mention-ing mereka semua adalah salah satu penghargaan ! kihkih , thanks chuolsss :-*

Taraaaaaa !!! ini la kek-kek yang available utk dijual :D ! (pssttt… sis suka pelangi and choc Cadbury tu .. SEDAP! Seriously !)




kelmarin dapat dah parcel yg mengandungi taster dah tempahan awal. Dah siap deliver dan bagi market potential rasa … Alhamdulillah .. ramai yang suka air tangan abang n akak ipar sis … tempahan pun meningkat, tak berenti whatsapp masuk tanya pasal how to order…how about the price … bla bla bla … hehe , sampai tak sempat sis nak study … ops ! heh heh heh .


Isi perut parcel setelah sis dengan gelojoh merobek sampulnya ! HAHA . sebenarnya sebab takut kek kemik !




minggu ni last order, hari ni.. jumaat... itupun ada kek yang dah closed order for this week… sorry sayangs sayangs yang nak order tapi dah closed order utk kek tu … chuols order jenis lain lak ye .. confirm sedap jugakkk :D . hihi , Feedback cust setakat ini boleh tgk bawah nii :D

:)

 smpai nk mengugut ... haha

sesapa yang berminat nak order, nak tanya harga , nak tanya bagi tempahan ke … hari raya ke .. jamuan ke … makan makan ke ….. dan apa jua ke la … jangan duk segan silu ye … whatsapp je sis . In Shaa Allah fast reply . :)


Whatsapp: 017-7935439 (Azza Mastura)
Facebook: Azza Mastura Abd Rahman
Email: mermaid94@gmail.com (ikan duyung , hengko hadoo ? kahkah)



p/s: supposedly I’m having my fieldtrip tonight and also next week, going to Zoo Negara and Chenderoh but unfortunately, transportation is kind a big problem here in UMK Jeli. *sigh



BEEHIVE-UMK

Assalammualaikum and hai uols ! :D



Nak cerita sikit tentang program keusahawanan yang aku join ermmm …. Errr……ha ! 6-9/5 yang lalu ..:D



This program that I’d entered focusing on brainstorming of how we can build a centre of knowledge that can provide the skills and support in business and entrepreneurship for people and the community. This is because, UMK is the one and only university that having entrepreneurship as the motto and the university that try to produce students that are not just good in their studies but also can take a part in business activity.



So, UMK in collaboration with WowLabs from US, telah mengadakan satu program utk mencari idea idea dan kreativiti bagi menubuhkan centre yang dikenali sebagai BEEHIVE di UMK Jeli. Percubaan pertama menubuhkan BEEHIVE di UMK kampus Pengkalan Chepa dah berhasil.. jadi, ini masanya untuk mengorak langkah menubuhkan BEEHIVE di UMK Jeli pulak :p




BEEHIVE ni sebenarnya lebih kepada ruang yang diidami oleh setiap orang … macam … tempat kita yg rasa selesa bila kita berada kat situ… pastu .. tempat yang membolehkan kita generate pelbagai kreatif idea dan tempat di mana kita boleh berkongsi idea… pengalaman dan banyak lagi sesama individu yang berada dlm BEEHIVE ni.


Dalam masa aku join program ni, banyak la yang kami dapat fikirkan bersama… macamana nak bagi support kat orang yang nak buat business … macamana nak memperkenalkan BEEHIVE…apa yang BEEHIVE nak capai … kesan keberadaan BEEHIVE ni … macamana nak buat space yang sesuai, condusive, selesa, menarik .. etc…etc …pastu macamana dengan waktu beroperasi… sapa yang bertanggungjawab .. bla bla bla …



Menurut rakan yang lebih berpengalaman dalam BEEHIVE ni… UMK PC dah lengkap dengan gymnasium … wifi yang laju … tempat meniaga dan banyaakk lagi … harapannya agar BEEHIVE UMK Jeli pun dapat lebih mengorak langkah setelah ianya mula beroperasi nanti … amiinnn ..hehe



Nak belanja gambar hari tu … 

Keluarga BEEHIVE . Gambar nak gi Lata Bijeh hari tu … blur sikit kan ? memang …. Memang saja nak bg blur sikit gambarnya …. Lalalala ~



Ok, itu je perkongsian kali ini … tak berani cakap lebih lebih sebab diri sendiri pun baru kenal BEEHIVE … berdasarkan input input hari tu … ini yang dapat digambarkan mengenai BEEHIVE dari sudut pandangan aku … hehe



p/s: BEEHIVE ni dah popular di luar negara … seperti di Paris … tapi masih baru di Malaysia dan UMK adalah university pertama di Malaysia yang mempunyai BEEHIVE ! *clap clap*

Monday 25 May 2015

Birthday

Assalammualaikum , hai !


Alhamdulillah, hari ahad yang lepas, tanggal 24 Mei 2015 telah ganjil umur aku 21 tahun , Alhamdulillah dengan izin Allah , dapat lagi aku menyedut oksigen ke dalam paru paru aku dan dapat lagi jantungku mengepam darah agar mengalir ke seluruh anggota tubuhku .



Aku tidak berapa rajin utk mengulas panjang berkenaan ucapan , jadi sudilah kiranya anda merujuk sahaja gambar rajah di bawah :




kita paste je gambo kat sini. kihkih. 


Bukan sebab malas ... Cuma ini tetap dikira sebagai luahan hati kan … sbb ianya dikarang oleh aku jugak … pehh .. kalau la mak follow blog adek ni mesti mak terharu … heh ... agaknye la … ==’


Aku ingatkan mak lupa besday aku , aku saje saje jela call ingat nak buat ayat klise cam ni “mak, terima kasih sebab dah lahirkan adek hari ni 21 tahun yang lepas, terima kasih sebab dah besarkan adek … terima kasih mak .. abah …”


konon la …. Konon nak cakap macam tu … kejap lagi baru nak bukak mulut…….. mak aku dah nyanyi …. “Allah selamatkan kamu 3x… Allah selamatkan anak emak …. Allah selamatkan kamu ….” Ok. speechless. :’(. sobs 


Pastu wat lek wat cool, terus cakap adek ingat mak lupa….! Hek hek hek *gelak gedik*



Ok, pastu malam tu planning tetiba , short escape . konon nak gi cucuk duit kat petronas, pasal ATM Bank Islam kat depan umk ni asyik malfunction je … kitorang tpakse la …(heh terpaksa la sangatkan) gi cucuk duit kat ATM CIMB kat petronas tu …( kena gst RM 1.06) -..-


Bila dah ade duit dalam tangan terus la perut mintak diisi, maka dengan itu, tangan pun gagah memusing stereng kereta sewa … hajat hati nak belanja diri sendiri makan burger bertingkek tingkek kat pekan jeli, tapii .. tapii …… nak makan burger , cari kedai, kedai tak jumpaaa ! WAKAKAKA mohon ketawa , ini punchline . ~..~


Sudahnya , sebab fedap, terus ke ayer lanas . makan roti tempayan . komen aku ? ermmm .. roti dah mantap … cukup lembut la …sayang kari kurang kick … hmm …rindu kedai mamak sebelah bank rakyat Kluang… :(

ini lah ghupeenye ... 


Sebenarnya, keluar bilik sebab dah geram … family masukkan gambor celebrate besday anak anak buah je …. Si aqil makan kfc … si najmi tgah potong kek . mokcu mana leh tahan … mokcu nak kne belanja diri sendiri gakk . tak kiraaa !

besday aqil : 24/5 jugak 

besday najmi : 21/5
.
.
.
Untunggg laaaaaaa ~~~




Ok, settle makan, gerak balik umk … bukak bukak je pintu bilik …………
|
|
|
|
|
|

SUPRISEEEE !




 UWAAAA !! heiii mokcu pun ade kek besdayy la wehhhh … ha … najmi, aqil tengok ni .. siap ade lilin tau … korang ade satu je. Mokcu ade 2 nombor tauuu … pangkal no DUA lagi … ehh … ehh … -_- ape ni .. terbalik ni bubuh lilin tu … sepatutnya satu tu kat depann … *tersipu sipu*



Terima kasih zaf, zaza sebab susah susah buat semua ni … sobs sobs.. *taip sambil kesat air liur hingus*



Masa bukak pintu bilik ni .. tgah gayut ngn abah … abah dengar diorang nyanyi … abah pun nyanyi sekali … sobss … lagi la anak abah bergenangggggg air mata ! :’(




tak yah cakap lelebih  ... apa-apa pun ini kek kami berdua :D



24/5 besday aku
25/5 besday dia

Jangan nak gosip lelebih , aku tak janji pun nak diberanakkan dekat dekat ngn tarikh dia. Tapi yang pasti. Kami selalu bersama. Cuma harap harap suami tak sama. Choiiiiiiiiii ~ amit amit . jangan kacau bakal laki aku ira ! =..=




p/s: RINDU MAK ABAH . RINDU KELUARGA . 

Sunday 10 May 2015

TYPO




hai semua , lama tak update blog ni ..

typo tu normal , kekadang kita amek benda tu sebagai serius tapi kalau kita dapat kekawan yang macam ni ......(termasuk aku) ianya tak lagi normal . typo mengundang bahaya yang tidak terjangkau .








banyak cerita nak diperceritakan , tetapi masa mencemburui segala . 
In Shaa Allah panjang umur jumpa lagi :)

Tweet Tweet