Hai Follower !

Pages

Friday 11 September 2015

Ulat Gonggok Belang Hitam dan Kuning

hai

rajin betul la azza mastura update pepagi , hiks .

well semalam aku pegi teman Ain ngan Dyla beli basikal dekat Tanah Merah (TM). Kedai basikal yang kami tuju berdekatan dengan stesen bas lama belakang tu, sewaktu mereka ni sedang memilih -milih basikal yang berkenan di kalbu, aku ngn Ira ternampak kedai baju di seberang jalan, jadi kami pun lintas la ke seberang.


Sampai kat kedai tu, mata dan tangan terus la asyik membuat pilihan, beli tak beli lain cerita eh, yang penting cari yang mana lawo dulu (!) HAHA.


Tengah seronok membuat pilihan, tetiba aku terpandang la kat kaki Ira, apa benda pulak yang merayap dekat tepi sandle Ira ni, sekali aku zoom mata aku.......


|
|
|


Harpaphe haydeniana 002.jpg
(sumber:wikipedia)

.
.

(yang ni bila zoom out sikit ...pinjam gambar dari blog ni, mintak halal .... hiks)


(sila baca ayat seterusnya ini dalam nada yang panik ye sohabat) 

Perghh, yang paling aku pasti saat aku terpandang ulat ni terus meremang segala bulu-bulu roma aku ! Seumur hidup aku, aku belum penah jumpa lagi ulat macam ni, dan yang pasti bukan dalam keadaan yang banyaakkkkkkkkk gilaaaa okayyy ! 


ok banyak tu tak ada la hiperbola sangat, tak ada la sampai kau memang pijak atas ulat ni je. Tapi banyak yang macam ke mana pun kau arahkan bola mata kau, mesti ada nampak la kat situ paling paling 2-3 ekor ... . kalau dah satu area kau zoom 2-3 ekor , kau boleh bayang aku zoom kat berapa area ?? ada banyak yang dah kena pijak pulak tu.


umum mengetahui Azza Mastura amat la syerammm dengan ulat (tak kisah la ulat apa pun aku tak sukaaa), serangga yang sebegini, cicak dan juga pacat serta lintah, Di mana jika kita lihat aspek utama serangga ini, mereka ini mempunyai banyak kaki dan juga berkeupayaan tinggi untuk merayap di tubuh badan kita, uiii mak aihh .... 


bila aku dah spot je, aku terus melakukan langkah hentak kaki 10, 1, 2 untuk memastikan kaki tak jejak ke bumi untuk jangka masa yang lama. Biasanya untuk pacat, perlakuan ini berhasil, walaupun agak memenatkan la ... *muka redhaa*


aku tanya kakak owner kedai tu, ulat apa dia ni ? ulat bulu ke apa ? macam ulat gonggok tapi pasal apa tak warna merah lepas tu pasal apa laju gila dia jalan tak macam ulat gonggok yang biasa tu ? dia tak merayap naik atas badan kita ke ? and etc la aku tanya. Masa ni Ira rileks lagi shopping, eh dia buat bodohh je lahai menatang tu banyak dekat-dekat dengan diaa . =_=


"tak la .. tak bahaya pun ... ulat gonggok ..."
"tak naik kat badan kita.."
"memang banyak ... kat tepi tu ada sarang dia .. tu yang banyak tu ..."

chill je akak tu jawab. Cett !

Ira cuba sentuh badan ulat gonggok tu guna hujung sandle dia, tapi tak pulak dia bergulung cam ulat gonggok biasa tu. 


Bila dah berjaya menyelamatkan diri dan pulang ke UMK, aku pun google la pasal ulat gonggok ..


Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga ) {bukan serangga eh? hiks}
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.
(info aku peroleh dari SINI)


 memang spesies ulat gonggok ... Harpaphe haydeniana nama saintifik bagi yang warna kuning hitam ni ...tapi payah nak jumpa penerangan spesifik buat jenis yang ini .. kalau berminat nak tahu lebih pasal ulat gonggok korang boleh klik SINI. Tapi sebelum tu klik la SINI untuk tambah pengetahuan umum !


Bahaya juga kalau banyak sangat ulat gonggok ni .... boleh jadi masalah Serangan Ulat Gonggok tau !

7 comments:

  1. erkkk... ulat gonggok? rumah kitorang penah ada la... tapi sekor je..kat bilik air bawah tu..tapi dah selamat dijirus oleh najmi..sambil ketawa dan berkata...hahaha...ambik ko ulat....(seram ok)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seekor tak apa lagi , ni memang banyak gila laaa .... meremang bulu tengkuk !

      Delete
  2. kalau gonggok yg kaler merah tu takpa lg..sebab biasa tengok.yg hitam kuning ni seram pulak..macam ade bisa je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ingatkan ulat bulu , tapi kalau bukan ulat bulu pun saye seram ... alangkan yang merah biasa tu pun tak berapa nak berani ..... HAHA

      Delete
  3. Macamana nak matikannya kat rumah banyak dekat pokok bunga dan sayur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti la pula .. mungkin boleh guna racun serangga ?

      Delete
  4. Ada ni kat rumah AQ, dlm tanah dlm pasu pokok AQ, memang membiak dan bnyk sngt

    ReplyDelete

Tweet Tweet