Hai Follower !

Pages

Sunday 19 March 2017

Latihan Industri di Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) - Kuala Selangor Nature Park



Hai 👀! lama betul tak menaip ni ... last update entry masa bulan 9, Allahu lama sungguh ! 


harap semua nya sihat-sihat sahaja ye ? Alhamdulillah, sebenarnya banyak betul cerita yang nak share dan entah berapa entry la yang nak kena taip . Jadinya aku start dulu dengan entry Latihan Industri ni okay, yang lain-lain in shaa Allah menyusul kemudian 😉


Alhamdulillah setelah berhempas pulas mencari tempat untuk aku jalani latihan industri ni akhirnya rezekinya dapat di Taman Alam Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai Kuala Selangor Nature Park (KSNP). Ya pastinya tidak berseorangan bahkan ditemani oleh Joy dan Ira, bukannya tak nak pisah tapi erm, jodoh :p


cakk ! 👱👱👱


Tarikh lapor diri adalah pada 12 Februari 2017 (Ahad) dan aku dihantar oleh Along (tq along tersayang) , berdua je mak abah tak gi sekali . Bertolak dari rumah along dalam pukul 7 pagi dan sampai Kuala Selangor sekitar pukul 8.30 pagi, lapor diri pukul 9 pagi jadi sempat la aku dan along sarapan dekat kedai depan jalan masuk ke Taman Alam ni.. 😋


gambar diambil dari dalam kereta along je 😃

Hari pertama lebih kepada kelam-kabut menguruskan tempat penginapan, angkut pindahkan tilam bertingkat-tingkat dari chalet yang kami nak diami ke chalet lain, basuh lantai chalet, beli barang-barang keperluan dekat pekan, beli coconut shake sedap kongsi ngan along dan banyak lagi la ... aku pun kalau boleh dah tak nak ingat sebab penat walau hanya mengingatinya haha melampau sangat kan...


Lepas beberapa hari duk jaga kaunter dan jawab phone calls baru la En Ashok, pegawai kami berkesempatan ajak sama-sama masuk hutan dalam Taman Alam ni ala-ala sesi suai kenal la camtu ... riang ria la hati sebab aku sesorang je yang tak dan masuk lagi sebab asyik sangat meneroka Kuala Selangor dengan Along masa hari pertama sampai hari tu...


okay, ini antara gambar yang aku dapat captured sepanjang hari-hari newbies hari tu, dua tiga hari awal tu je sopan bertatasusila ermmm lepas tu keluar dah perangai sebenar.. 💀


galeri berdekatan dengan kaunter tiket

sarat dengan info berkaitan flora dan fauna yang terdapat di Taman Alam ni

dah tengok galeri, boleh ke kaunter tiket dan informasi kalau berminat nak masuk bahagian dalam Taman Alam, bayaran harga tiket adalah seperti yang berikut (cewah):


Dewasa (Warga Malaysia atau Tourist) = RM 4.00 
  Ahli MNS dan Warga Emas = RM 2.00 

Pelajar Sekolah (7-17 tahun) = RM1.00

Kanak-kanak (6 Tahun kebawah) = Percuma


suka la untuk aku tekankan kat sini yang Taman Alam ni BUKAN ZOO OKAY ? korang yang nak masuk Taman Alam ni tak boleh expect yang korang boleh jumpa burung dalam cage, unta dalam kandang dan juga zirafah tengah makan pucuk daun . NO . haha


sebab apa aku bagitau awal-awal dalam blog ni? sebab... ramai orang Malaysia ni suka datang kat certain-certain tempat tu main redah je, langsung tak kaji tempat yang diorang nak pergi terlebih dahulu ... berbeza sangat dengan tourist, tourist ni jenis perangai suka belajor dulu pasal tempat tu pastu ... "oh well, this place seems to be interesting, i would really like to go there." pastu kan dia acah-acah je tanya soalan padahallll dalam paleotak diorang dah ada pun jawapan, huh ! 😓


di Taman Alam ni korang hanya boleh masuk JALAN KAKI  ataupun berbasikal ... tapi basikal TIDAK DISEDIAKAN ye harap maklum. sila bawa basikal anda sendiri kalau fefeeling nak cycling kalau tak engko jalan je ... jarak trek perjalanan adalah 3.5 km dan biasanya kalau kita leisure walk tu adalah dalam anggaran 1 jam 20 minit untuk pusing habis Taman Alam ni. part ni biasa orang Malaysia malas nak dengor orang briefing lepas tu main beli tiket je terus lepas tu merungut kenapa tak boleh bawa kereta bagai masuk dalam, lepas tu nak refund sebab tetiba sedor ada sakit lemah jantung tak boleh jalan nanti takut mati mengejut ehhh geram 👹 aku (sorry memang marah sebab tadi ada makcik vogue ni datang buat perangai gini hm datin kot gaknye la kisah pulak aku HAHA).


nak refund tu biarlah kena dengan caranya ye...boleh nak refund tapi itupun kalau kami yang dekat kaunter ni tak briefing awal-awal pasal Taman Alam ni ... ni kalau orang nak briefing tapi engko yang degil tak nak dengor ha memang kirim assalammualaikum je la ye .....


Ada apa dalam Taman Alam ni ? okay so dekat sini kita ada TIGA ekosistem. Memula yang korang akan jumpa adalah Hutan Sekunder, dah nama pun hutan so kira nasib la kalau kau jumpa kera (yang memang banyak gila) dan juga lotong, kekadang bonus akan jumpa wild boar jugak... hehehe tak tau wild boar apa gi google k ? Ekosistem yang kedua adalah Tasik Buatan dan ketiga Hutan Paya Bakau 😊



nampak tak peta ni ... laluan yang kita akan guna adalah yang warna kuning keliling tasik tu dengan ada mangrove walkway tu je tau 


sebab banyak burung yang migrate akan singgah ke sini dulu pekena ikan dan kerang bakar #ehh :D



tadaaa! ni adalah penanda untuk permulaan trekking korang



ini laluan mula-mula, jangan risau jalan rata je tak ada bukit bukau 



lepas 5-10 minit jalan dekat Hutan Sekunder ni korang akan jumpa satu jambatan macam gambo kat bawah ni. boleh ikut suka la nak ikut jalan kiri atau kanan , kalau korang go straight akan jumpa satu menara tinjau diperbuat dari concrete, kalau masa tu air dekat tasik tengah pasang bentuk tasik bila kau tengok dari atas menara tinjau concrete ni macam bentuk hati ❤... kata Kak Wani la .. sebab aku gi hari tu air surut, usah kata hati bentuk jantung pun tak nampak....



jambatan warna biru


ni masa kat atas jambatan kekadang boleh nampak biawak air tengah borong ikan kat bawah tu




aku cadangkan amek jalan kiri la sebab sejuk sikit redup lepas tu cepat sampai kat menara tinjau kedua yang diperbuat dari kayu tapi hati-hati ye MAKSIMA 4 ORANG je boleh naik dalam satu-satu masa sebab dia tak kukuh sangat macam concrete...dari atas ni boleh nampak la jelas tasik tu ... lepas tu boleh tengok helang (pelbagai jenis) duk terbang cari makan, oh ye rumah api Bukit Melawati pun boleh nampak dari sini jugak 😄




menara tinjau kedua yang diperbuat daripada kayu



pemandangan dari menara tinjau



Encik Ashok dan Nad 


Akari dan Joy (memasing ringan makanya bolehla turun tangga sekali berdua 😑)


lepas tu kita jalan depan sikit lagi dari menara ni kita akan jumpa lorong masuk ke laluan bakau (mangrove walkway). Jujur suka sangat dekat sini dah la cantik pastu sejukk je ... rasa macam terus nak 💤 je bila sampai laluan ni ...


cantik kannnn 😍

memang cantik sangat dan menenangkan bagi aku, cantik juga kalau nak buat photo shoot wedding kat sini tapi berkuah la pengantin nak nyampaikan kat lokasi ni, kena pulak yang taknak tanggal heel 😂


keluar dari laluan bakau ni dah start panas balik la ... pastu jalan lagi jumpa la dengan tempat kunci air keluar masuk tasik ...


bila air pasang kita bagi laluan air untuk air masuk untuk tarik perhatian burung-burung cari makan kat tasik ni 

ini waktu tasik dah kering air semua dah keluar

kalau pakai but berjalan atas platform masa air pasang memang best .. rasa macam water strider .. hahaha sian



tengok ada banyak tapak kaki, ada monyet, ada memerang, ada biawak air ...


banyak siput sedut, siput barongan, ikan belacak, ketam dan apa lagi yang kita boleh jumpa kat kawasan paya bakau ? ha pokok nipah pun ada


habis dah satu pusingan, kalau dahaga boleh beli air berhampiran kaunter tiket ye.. haha sempat promosi ! oh ye lupa nak bagitau tolong jangan bagi makan kepada monyet-monyet yang berkeliaran tu ye lepas tu kalau ada bawak apa-apa plastik ke botol ke jajan ke tolong la jangan buang merata-rata 😟 kalau ada yang photo shoot tu bawak belon bagai tolong la lepas penat bergambor jangan buang atau tinggal merata... sila bawak keluar dan buang di tong sampah ... tong sampah ada kat kaunter tiket je ye ... kat sini tak boleh ada tong sampah merata nanti monyet 🙈 selongkar habis , harap maklum 😊


saje je aku tak buh gambo-gambo lain sebab kalau nak tengok bebetul datang la saksikan sendiri keindahan alam yang Allah dah cipta ni dapat jugak pahala sebab memuji ciptaan Allah kann ? 💞
aku je kekadang terberdosa melawankan nyet-nyet yang kekadang Astaghfirullahalazim tak terkawal perangainya ... 😅


ok jumpa lagi in the next entry in shaa Allah, semoga urusan kita semuanya berjalan dengan lancar dan dipermurahkan rezeki, Amiinnnn 😊



notapurple: nampak tak aku dah link instagram? hehe, melampau sangat gambo makanan je yang banyak 😆, maaf kalau kekadang nak eja nak jadi na dan tak jadi ta, keyboard ni huruf k kena tekan kuat sikit 😌 bukannya acah-acah hipster. lols








Tweet Tweet