Hai Follower !

Pages

Friday 7 August 2015

Biasiswa JPA

Assalammualaikum , hai semua ! dah lama tak menaip entry di blog ni membuatkan aku sedikit berasa janggal, bukan janggal kerana baru sahaja menerima wang derma RM 2.6 billion daripada anonymous tapi kerana baru sedar aku ni blogger, blogger yang suam-suam kuku dalam arena blogging ni. Blogger yang merepek banyak tanpa peduli orang nak baca atau tidak. Hewhew. Amat rendah diri ini kurasakan. :p. oleh sebab itu, entry kali ini aku nak share something yang might be beneficial for those who demand to know okay … :3. (tetiba rasa first time buat entry yang bermanfaat. HAHA)


                Ok la, dipendekkan ceritanya aku telah ditawarkan biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Keputusan yang aku telah ditawarkan biasiswa ni aku semak di laman web JPA sendiri. So, pada sesiapa yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah sangat digalakkan memohon ye, syaratnya CGPA wajib 3.50 ke atas. Aku ni memang sendu sikit, dah masuk tahun 3 baru la berkelayakan untuk memohon. But still, Alhamdulillah sebab berjaya dalam permohonan. :D. jangan korang tak memohon pastu tetiba nak semak samada korang ditawarkan atau tidak. Hehe. Untuk semakan keputusan permohonan ni, kena alert, selalu la kunjungi laman sesawang JPA pastu tengok dekat pengumuman terbaru samada keputusan dah keluar atau belum. Bagi aku, since aku bubuh no handphone, jadi ada la text yang masuk.

Penyediaan Dokumen

Bila dah ditawarkan tu, terus ikut je panduan yang disediakan. Memula kena buat pilihan samada kita nak terima atau tak tawaran tu, lepas tu kalau kita terima tawaran tu baru la arahan-arahan lain akan keluar. Ikut je la apa yang diminta untuk dicetak. Di sini aku nak tekankan beberapa perkara penting la waktu penyediaan semua dokumen. Antaranya: 

1)   Pastikan semua dokumen yang perlu dicetak adalah dicetak terus dari computer dan BUKAN DIFOTOKOPI. (walaupun dia nak kan tiga Salinan, pastikan semuanya print out(!) ok)

2)    Peka berapa Salinan yang diperlukan (ada yang kena ada 2 salinan ada yang 3 so be alert, semak banyak kali)

3)      Guna paper 80gsm (sebab aku print out dekat cc, so kena cakap nak guna paper 80gsm, kalau takde, ada yang 70gsm je, bubye !) –dalam case aku, aku bawak kertas sendiri

4) Tulis sebarang maklumat dalam dokumen menggunakan pen berdakwat hitam dan bermata bulat. (aku guna mata pen tak bulat. Tapi jangan ikut aku k? hewhew)

5)      Baca dan ikut arahan. Baca dan ikut arahan. Baca dan ikut arahan. (jangan berlagak pandai mentang-mentang dapat biasiswa. BACA ARAHAN YANG DIBERIKAN)

6)      Bila dah last last minute, kunjungi semula laman sesawang JPA dan login masuk. Check samada ada update terbaru atau tidak (dalam situasi aku, yes, ada update dari JPA)


      Dalam situasi aku, aku tengok bahagian lampiran dulu apa yang diperlukan sebagai lampiran bila nak serah dokumen ni. Surat Tawaran Kemasukan Universiti, Salinan IC Penjamin dan Penjaga (disahkan), Salinan Slip Gaji Penjaga (disahkan) dan Salinan Transkrip Peperiksaan yang terbaru (disahkan). Masalah aku adalah, surat tawaran masuk university aku, aku tinggalkan dekat Kelantan. Yang aku bawak balik Cuma perjanjian PTPTN aku je. Itupun berguna tau, untuk pembatalan PTPTN (nanti kat bawah cerita pasal pembatalan PTPTN). Masa tu dah cuak jugak la sebab aku ni jenis liat sikit nak berurusan, menelefon staff UMK bagai. Tapi setelah didesak oleh penjamin a.k.a akak aku , ku gagahkan juga menelefon fakulti untuk mintak dia emailkan surat tawaran kepada aku. Masa tu dah dekat nak raya, nasib baik Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah :D


Tandatangan Saksi

          Selesai menyediakan semua dokumen dan menulis semua maklumat dalam dokumen tu, masa untuk minta pengesahan dan tandatangan daripada saksi. Untuk saksi ni pun ada kriteria-kriteria saksi yang perlu di ambil berat ye, jangan main taram je nanti jadi masalah. Yang aku paling sure adalah saksi yang kita nak cari adalah saksi yang mempunyai gred 41 dan ke atas sahaja. Contoh, pengetua sekolah menengah kerajaan. Jadi, gagahkan la diri untuk melangkah kembali ke sekolah anda untuk meminta pengesahan dari pengetua dan meminta tandatangan tuan pengetua di bahagian saksi.
Sediakan semua lampiran yang hendak disahkan dan letak lable di ruang yang perlu ditandatangani oleh saksi bagi memudahkan dan menjimatkan masa mereka. (diorang pun ada keje lain jugak yee, jadi mudahkanlah mereka) .


Pengurus Felda tak layak untuk tandatangan sebagai saksi ye anak cucu peneroka sekalian (!)


Mematikan Setem Hasil

Dokumen perjanjian yang telah ditandatangani oleh pelajar, penjamin dan saksi hendaklah dimatikan setem. Macam aku, dokumen perjanjian kena cetak 3 salinan, jadi , ketiga-tiga Salinan tu hendaklah diremit/dimatikan setem. RM 10 setiap satu Salinan dokumen perjanjian yang diremit. RM 30 in total.

 
Semakan Berganda


Dalam erti kata lain, semak semula berkali-kali. Semak laman sesawang JPA dan check latest update macam yang dah aku mention kat atas tadi. Macam aku hari tu, esoknya nak gi serahkan dokumen, dapat missed call dari nombor office mana tah yang aku ingat JPA punye office, aku pun gelabah la check web kot-kot tarikh dah dianjakkan ke apa tapi yang aku jumpa adalah update dokumen yang kita kena print lagi. Nasib baik ada nombor office (insurans kot?) call aku. Kalau tidak memang aku tak perasan tentang update tu dan yakin je dengan apa yang aku dah sediakan. Fuhh . so, semaklah semula walaupun esok kau dah nak serah dokumen dekat pusat penyerahan.


Dokumen yang perlu aku print lagi adalah Perakuan Menerima PTPTN dan Borang Pembatalan PTPTN. Untuk borang pembatalan PTPTN ni, kena masukkan no rujukan PTPTN yang ada dekat surat tawaran PTPTN kita dulu dan jangan lupa sertakan surat tawaran biasiswa JPA ni sekali untuk rujukan pihak PTPTN. Tentang pembayaran semula tu aku tak jelas lagi. Samada kita kena isi borang lain untuk tunda pembayaran selepas habis belajar atau tidak. Ada sesiapa yang maklum tak perkara ni ? sila share ok kalau tahu. Apa-apa tentang PTPTN ni aku update nanti In Shaa Allah.



Penyerahan Dokumen Perjanjian

Dokumen yang telah sedia dan di-compile-kan hendaklah diserahkan ke mana-mana pusat penyerahan yang berdekatan dengan anda. Senarai pusat penyerahan ni ada juga diberitahu dalam web. Jadi, take note tarikh dan lokasi yang berdekatan dengan kita untuk mudahkan urusan kita.


SEMAK lagi semua dokumen, pastikan semua dah sedia ada. (kalau taknak jadi complicated, photocopy semua Salinan, surat tawaran JPA , transkrip peperiksaan dan IC tu. Buat 2 salinan lagi bagus !)


Aku settle penyerahan dokumen ni dekat UTHM Batu Pahat,(5/8/15)  sampai dalam pukul 10 pagi macam tu, dan orang amat ramai (!). pesanan aku yang selalu lambat ni adalah datang awal supaya tak terlepas taklimat dan boleh balik cepat . :D (aku antara yang terlepas masa taklimat dan balik lambat =..=)

FYI, surat tawaran kemasukan universiti yang susah susah aku mintak fakulti email tu dia tak mau pun. CETT !

PTPTN

Oleh sebab aku dah masuk third year, PTPTN pun dah pinjam 2 tahun dah, kena lah batalkan pinjaman tu. Batch kawan aku, kena batalkan sendiri PTPTN tapi batch aku ni , JPA yang tolong submit borang pembatalan tu.

Ntah bila pulak aku nak call hotline PTPTN ni tanya pasal bayaran semula, kita kena mohon untuk tunda bayaran sampai habis belajar atau takyah? Tak rajinnye lahai nak call ! >_<


Kemasukan Biasiswa

Ha, yang ni aku tak tahu lagi macamana … sebab belum dapat pun lagi, tapi yang aku musykil ni, hari tu tak mintak pun Salinan buku akaun bank atau no akaun untuk kemasukan duit ni. Tanya kekawan pun dorang lupa dulu dorang ada bagi no akaun atau tidak. Ada sesiapa yang tahu ? share la ye .. hehe (jangan tak masuk duit sudah, PTPTN dah batalkan ni =_=)







Diharapkan entry kali ni dapat membantu sedikit sebanyak, aku pun tak arif lagi tentang biasiswa ni, Cuma terpanggil untuk share pengalaman untuk aku kenang semula bila aku dah tua nanti. Lagipun aku pun google selalu tentang biasiswa JPA ni sebab nak tahu pengalaman penerima biasiswa yang lain. Semoga aku dapat maintain CGPA 3.00 untuk elakkan penarikan semula biasiswa (!) :’D .
Sesape yang ade pengalaman tu sama-sama la share di ruangan komen ye ! aku ni pun newbie jugak, mana yang terkurang tu mohon dimaafkan la ye ? hewhew .



Purplenote: lepas ni kalau nak kawen time belaja kena mintak izin JPA dulu (!) kah ! 

UPDATE : untuk pengetahuan semua, naik semester aku masih menerima PTPTN, dan biasiswa JPA aku terima sebulan selepas semester baru ni . Alhamdulillah, tinggal rujuk PTPTN tentang pembatalan PTPTN aku je la nanti :)

UPDATE (14/11/15): pembatalan telah dibuat oleh pihak JPA. boleh rujuk entry INI

43 comments:

  1. fuh..panjang gila...lagi bagus kalau pembatalan PTPTN tu buat entry lain dik...

    p/s errrr... yg boleh jadi saksi tu gred 41 dan ke atas ye...sila padam G.. G tu refer untuk kementerian gua je la...muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembatalan ptptn tu nak citer sikit sebenarnya, tapi terpanjang pulak . hahaha

      p/s eh , haha , edit edit . Gred 41 ke atas yeee .

      Delete
  2. biasiswa sis dh msuk ke?sy pun bru dpt offer jpa jgak bru nie, jd nk tahu flow dia lepas tu mcm mana, kena pegi bukak akaun dkat bank islam ke? (hehe, malas nk calling pihak jpa) dan utk ptptn tu macam mana?kena pegi pejabat ptptn dan buat penangguhan bayaran ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum masuk lagii ... PT pun masuk dah untuk sem ni , (saye pun tak rajin nak call pihak JPA) hehe , tapi tanye dengan kawan yang dapat sebelum ni , dia kata masuk lambat sikit dan biasanya PT akan batal untuk sem yg akan datang ... sem ni mmg akan masuk lagi ... apa apa sis email je la saye , kita contact k ? :D

      Delete
  3. rasanya kena batalkan sendiri ptptn. sebab walaupun jpa ada minta surat pembatalan ptptn tpi itu hanya utk rujukan diorg je. Hari tu ada tanya jpa dan pihak ptptn. Diorang pun cakap kena batalkan sendiri. Tapi boleh je rajinkan diri tanya status ptptn dah terbatal ke belum

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh macam tu ye ? terima kasih informm :) nanti kalau duit JPA masuk dah, saya tanya ptptn :D

      Delete
  4. Assalamualaikum, sis. nakk tanya, yg utk perakuan menerima ptptn tu boleh dapat dimana ye? pihak pengurusan uni or ptptn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam , awak boleh taip di google surat perakuan penerimaan ptptn, lepas tu print out je :)

      Delete
    2. maaf takde pun suratnya

      Delete
  5. Hi senior , nak tanya sikit saya juga dapat biasiswa jpa dan menghadapi masalah yang sama dengan kamu iaitu surat tawaran universiti letak di Kelantan .... So dalam blog tu kamu cakap pegawai JPA tak terima jugak dengan surat tawaran uni yang e-mail dari fakulti ... So pada masa itu , apa cara untuk menyelesaikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kaiji, surat tawaran kemasukan ke universiti tidak diperlukan dalam urusan permohonan biasiswa jpa ni :)

      Delete
  6. assalamualaikum. Kak. Saya nk tanya, so akak dah stop ptptn, n amik jpa. So, sis ada tak minta penangguhan byrn kpd ptptn? Mesti lah kena byr balik kan yg kita dah guna tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, tak minta penangguhan , tapi bila tanya pegawai di office ptptn , beliau kata pembayaran pinjaman setelah kita menamatkan pengajian

      Delete
    2. Salam. Nak tanye. Lepas penyerahan dokumen amik masa bape lama elaun masuk dalam bank kita?

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. assalamualaikum. Kak. Saya nk tanya, so akak dah stop ptptn, n amik jpa. So, sis ada tak minta penangguhan byrn kpd ptptn? Mesti lah kena byr balik kan yg kita dah guna tu?

    ReplyDelete
  8. Salam, kalau saksi tu guru sekolah rendah tp dg44.. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti , tapi lagi bagus kalau minta tandatangan pengetua sekolah :D

      Delete
  9. Salam, kalau saksi tu guru sekolah rendah tp dg44.. boleh ke?

    ReplyDelete
  10. Brapa lama ya elaun masuk dari tarikh serhana document tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam kes saya, elaun masuk selepas sebulan semester baru bermula :)

      Delete
    2. salam, lepas habis sem dan dapat result kresult kena bagi kat jpa ke?

      Delete
    3. maksud saya kena bagi result setiap semester kat jpa? camne ek

      Delete
  11. Salam nk tnya,
    Masih layak x kalau nk mohon masa sem 2? Masih tahun pertama kan? Sekarang sedang tunggu keputusan semester 2

    ReplyDelete
  12. salam nk tnya dlm surat tawaran ad ckap tempoh penerimaan biasiswa tu 18-24...so 24hb tu sy dh kena siapkan semua dokumen lengkap k??mcm xsempat j..

    ReplyDelete
  13. salam nk tnya dlm surat tawaran ad ckap tempoh penerimaan biasiswa tu 18-24...so 24hb tu sy dh kena siapkan semua dokumen lengkap k??mcm xsempat j..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasiswa ke pinjaman. bwh program ijazah dalam negeri ke?

      Delete
    2. tak...dermasiswa..dia ckp kat surat tawaran sy diberi masa 18-24 utk samada nk terima atau tak...

      Delete
    3. tak...dermasiswa..dia ckp kat surat tawaran sy diberi masa 18-24 utk samada nk terima atau tak...

      Delete
    4. terima tawaran sampai 24/9 tp dokunen serah pada tarikh yg dimaklumkan di esila. kat mana jpa collect pun ada dinyatakan.

      Delete
  14. sis, macamana nak remitkan setem ? and pengesahan no acc dari bank islam tu , kena pergi bank yg kita buat perdaftaran atau boleh mana2 cawang bank islam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ke pej hasil dalam negeri utk remit/matikan stamp.surat pengesahan acc tu ,ada dbagi masa buat kad bank

      Delete
  15. Assalam hai nak tnya biasa paling lewat bulan brapa jpa msuk ye? rasanya da lama sgt tggu��

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum kak, nak tanye biase nyer biasiswa nie biler ek keluar??

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kak, boleh saya tanya agak2 bila JPA keluar ye? BTW saya pelajar dental.

    ReplyDelete
  18. Salam biasiswa jpa ni ada interview ke?

    ReplyDelete
  19. kak kalau print pkai kertas 70gsm memang kena reject ke?

    ReplyDelete
  20. Saya telah kehilangan banyak masa untuk syarikat pinjaman palsu yang cuba mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak berlaku lagi.

    Nah, saya melihat komen pada blog oleh Marianne Low yang memberi keterangan tentang mendapatkan pinjaman dari seorang ibu Susan bowman, yang saya fikir sebagai salah satu syarikat palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubunginya dan mencubanya semula .... Mengejutkan saya selepas prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahawa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sehingga pinjaman saya diproses dan diluluskan dan kemudian saya mendapat pinjaman saya memohon langsung ke akaun bank saya tanpa bayaran tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk kerja yang indah yang dia lakukan ..... Kebanyakan kawan saya yang memerlukan pinjaman juga dikenakan dan mereka mendapat pinjaman juga ....

    Anda boleh menghubungi ibu Susan bowman dengan e-mel ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
    Juga pada WhatsApp +18597771805
    untuk pinjaman anda sendiri dia tidak menipu saya

    Dan jika anda juga boleh menghubungi saya di email ini jika anda takut: aelok36@gmail.com

    ReplyDelete
  21. jpa masuk setiap satu sem atau setiap dua sem?

    ReplyDelete
  22. Kalau dpt jpa blh gune dulu ke ptptn sememtara nk tunggu tu

    ReplyDelete
  23. memang kene hantar borang dekat universiti eh? selain U boleh hantar dekat mana?

    ReplyDelete
  24. Hi kak, sy dalm kos pendidikan tp dpt sy dpat biasiswa ni.. ada kemungkinan ke sy salah isi masa mohon haritu?

    ReplyDelete
  25. salam , maknanya kalau nak kekalkan biasiswa jpa ni kena cgpa 3.0 keatas la kan?

    ReplyDelete

Tweet Tweet