Hai Follower !

Pages

Sunday 22 September 2013

i'm proudly say dat i'm gay .




Assalammualaikum warahmatullahiwabarokatuh ... !



selamat pagi ahad u ols ... selamat bercuti bagi sesapa yang dapat rasa nikmat bercuti pada hari ahad yang permai ini ... untuk yang berada di negeri yang hari ahad adalah hari bekerja , selamat menunaikan tanggungawab sebagai pekerja atau student yang baik pada hari pertama minggu ini ! :)




ok , *jeling tajuk* , so , ape komen anda ? hmm , komen ape ?




ni nak citer sikit ni .. ok , fine , banyak . banyak jugak lah yang nak dibebelkan kat entry ni . pasal ape ? geram , geram dengan sikap sesetengah orang yang menggalakkkan benda yang mmg hukumnya dah terang terang HARAM ! Allah dah sebut dah dalam Al-Quran . tapi , manusia manusia yang macam ni .............. haishhh ..







Gay Melayu Minta Restu Di Facebook - Ini lagi cerita Melayu punah ranah di Facebook. Entah kenapa, Melayu yang dikatakan Islam bangga menunjukkan mereka berani menyanggahi Islam, lebih-lebih untuk tatapan umum.
Semoga mereka diberi hidayah… – Informasi Dot My



Gay Melayu Minta Restu Di Facebook











copy paste . yup , mmg aku copy paste je .. ya Allah membara bara hati aku tgk admin ni post kat fb pasal entry ni ... melayu weyh ...! melayu ! jom kita usha komen komen dorang ni satu persatu , ape kata ? :p




komen komennya ? doakan kekal ? jeles tgk pasal sweet sangat ? kawen nanti jangan lupa jemput ?? nak kawen kat holand ?? mmg dah jodoh pasal muka dah sama ??????!!! yang part jodoh pasal muka dah sama ni memang ! memang muka aku dah ....... like , what the f bebudak ni ???? mak ayah dorang mana ni ??? anak sape semua ni . 




for like seriously , kalau kite pikir pikir balik , budak gay ni mmg tak bape nak cukup akal , orang yang komen nye ?? mmg tade akal dah ke acane ?? sekarang dengan jujurnya aku mmg hundred percent setuju dengan harith iskandar . HAHA .




ok , habis gay slot pertama , 



gay slot kedua ......... ehhh . ade lagi ??hahaha . nampak sangat kau tade keja semalam za ...... :p









Pasangan Gay Melayu Bangga Pamer Cinta Di Youtube
Pasangan Gay Melayu Bangga Pamer Cinta Di Youtube - Suatu ketika dahulu, hubungan cinta terlarang seperti homoseksual dianggap tabu dalam masyarakat kita.
Pendek kata, memang berani matilah jika ada pasangan gay atau lesbian yang mengaku secara terang-terangan mengenai hubungan mereka.
Namun sekarang tidak lagi apabila ada di kalangan mereka yang sudah semakin berani mencanang hubungan jijik itu seperti yang dilakukan pasangan gay, Qied Nazz dan Syakie Syah.
Video ‘keindahan alam percintaan’ kedua-duanya dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk “Qied Nazz & Syakie Syah – “GAY”licious Yang Terindah Is Love”.
Pasangan ini juga menggunakan panggilan ‘hubby’ dan ‘daddy’ berdasarkan minit ke 0:39.
Tidak diketahui sama ada video itu dimuat naik sendiri oleh pasangan tersebut atau pihak lain, namun kami percaya video itu dibuat sendiri oleh mereka.
Ini dibuktikan melalui sebaris ayat pada minit terakhir video tersebut iaitu, “Thank’s to whacting present video from us ; Syakie Syah & Qied Nazz”.
Abaikan kesilapan ejaan kerana itulah yang mereka sampaikan melalui video yang sangat ‘romantis’ ini.
Penulis percaya, sokongan daripada ramai pihaklah yang menjadikan gejala songsang ini semakin berleluasa.
Jika diperhatikan di laman sosial, siap ada komen-komen yang mendoakan kebahagian pasangan homoseksual kerana merasakan ia merupakan hak mereka.
Hak bercinta, hak kami katanya. Hai, nampaknya semakin hebat teknologi, semakin cetek akal dan fikiran sesetengah manusia. – MyNewsHub




aku copy paste jugakk .. yang ni aku tak larat nak kate ape dah la . pasal admin blog ni pun cakap , 
hak bercinta hak dorang kann ? tapi cuma satu je cakap . kalau bala Allah nak datang ,
 dia takkan jadi hak bala , hak dorang dah .. dia akan jadi , hak
 bala , hak kita semua . nahhh ! time tu , kalau memasing kata 
kubur manusia asing asing  ... aku ..... haihhhh ~



p/s: hari ni masuk kelas kol 2 pasal TITAS tade ... :p 






Thursday 19 September 2013

berlagak ?





hai , Assalammualaikum semua !



apa khabar semua hari ni ? aku , macam gini la , dah masuk 2 hari jadi ella n the boys tak rasmi . wakaka . tapi mmg betul weyh , bila aku test test suara nyanyi lagu standing in the eyes of the world , suara aku saling tak tumpoh macam ella . sungguh ! :p



ok , nak cerita la sikit , apa yang terjadi pada diri aku n roommates masa hari Malaysia yang kita raikan pada tanggal 16 september pada setiap tahun . (happy Malaysia day u olsss ) !


biasa la kan , dekat unibersiti , hari hari cuti tidak akan dibiarkan berlalu dengan sepi tanpa ada apa apa sambutan atau pun eben (event) yang boleh menaikkan nama unibersiti . ye dop ?


so , UMK juga tidak ketinggalan untuk menjadi tempat yang mana satu event telah dijalan kan .. kalau tak silap ambo , event ride jeli , ntah ape ke namanya . aku dah lupa coz i dont want to post entry about that event . sbb aku tak participate pun dalam eben tu . yang aku tau , ramai yang pakai baju cyclist hok seksi meksi tu , n cycling kat gunung gunung hok ado sekeliling UMK ni , haha . nampak tak sinopsis eben tu ? tak nampak ? =_=




lepas tu , banyak la unibersiti unibersiti lain yang dok anta wakil masuk eben cycling nim . termasuk la , UTHM ... sbb apa aku tau demo masuk ? sebab aku nampak bas UTHM tu la ... kan ke kami ni duk jauh dari negeri tempat kami dilahirkan kan ? jadi bila nampak bas yang ada tulisan johor kat dia , aku , syahirah n zaf yang mmg bidan sambut kat johor ni terus mencari cari port utk menyumbat kan diri kami dalam bas itu so that , kami boleh menyeludup masuk ke johor . perghhh . ayat macam dealer dadah dah kan ? choiii ! :D



tengah tengah menung sambil duduk kat kaki lima sambil melihat tanpa kelip at bas tu , wakil wakil UTHM ni pun datang pada we ols , dan menyapa we ols , tahun berapa , kos apa , asal mana ape semua ..



mula mula memang everything slow n steady .... borak borak cakap rindu nak makan asam pedas la ... ape la .. yang tang asam pedas tu aku tak leh time , abang tu siap tunjuk kat fon mahal dy , asam pedas yang dua orang makan sampai cecah harga 50 riyal kat restoran mana ntah dy cakap but opkos kat johor lerr , aku tak hamek port sangattt .


masa tu aku pelik dohh . apesal ngn diorang ni ? lepas tu they were questioning us macamana kitorang boleh tercampak at sini , memang mohon ke macamana .. then kami jawab la , memang kami mohon , tapi pilihan yang keempat dan kelima , dan ramai jugak yang mohon pilihan terakhir ...


"huh , dah kena lelong dah engkorang ni ...." kata salah satu seorang indibidu tersebut dengan yakin dan bajet macho nye . 


sila dan tolong sangat bayangkan apa yang we ols rasakan pada tika dan saat itu ? *tetiba latar belakang lagu medicine* kan ? sedih tak ? sedih kan ?. so , saya , mewakili rakan rakan saya yang dapat kat UMK ni ingin menyatakan bahawa :


1. kami di sini adalah bukan siswa dan siswi lelongan seperti yang abang katakan , ianya kerana , kami masih membuat pilihan untuk ke unibersiti ini . siswa dan siswi lelongan adalah terdiri daripada orang yang mendapat tawaran daripada unibersiti yang tidak ada dalam permohonan UPU mereka .



 2. saya sendiri mendapat pointer lebih dari tiga . dan terang sekali saya bukan lah mahasisiwi yang dilelong untuk berada di UMK yang sejahtera ini . juga bagi pengetahuan pihak abang , kami di sini ada juga siswa dan siswazah yang mendapat pointer 4 rata tidak kira semasa di matrikulasi , asasi , dan juga diploma . adakah mereka dilelong ? TIDAK ! ini , bukan lelongan , tapi ketentuan tuhan ... :) . perghh ! :D



3. UMK kampus jeli ini baru dua tahun dibuka , maka harapla maklum dengan kekurangan fasiliti yang abang lihat , masjid dalam pembinaan , perpustakaan dalam pembinaan , bangunan seketul dua . tapi kami sebagai penuntut di sini tak pernah berasa kurang dengan apa yang kami ada dan kami sama sama berusaha memperbaik pulih segala apa yang ada di universiti kami ini untuk in shaa Allah menjadi yang terbaik . tapi abang hebat , sebab dalam masa tak kurang 24 jam abang sudah boleh menilai kekurangan yang kami MUNGKIN AKAN rasakan apabila berada di UMK ini . syabas betha ! :p



buat masa ni , tiga dulu usul yang saya bentangkan , mungkin usul usul yang mendatang akan dapat saya bentangkan pada rancangan malaysia ke 100 , sebab nak dapatkan orang yang mudah meranapkan semangat kaum dan anak bangsa sendiri untuk mendalami ilmu pengetahuan adalah amat susah untuk dicari dewasa ini . abang abang la antara orangnya . syabas dan tahniah !



tak usah la abang membanding bandingkan antara UMK dan UTHM , masing masing punya kelebihan dan kekurangan masing masing , tugas kami menuntut ilmu , tak kira mana kami berada , hatta dikelilingi banjaran titiwangsa sekalipun . kami tetap akan belajar , selagi kami ada tenaga pengajar yang mempunyai semangat yang kuat seperti kami . dan tentu sekali yang tidak seperti abang abang sekalian . maaf .



mujur la abang abang johor ni sindir UMK di hadapan kami yang asal dari johor ... agak agak , kalau orang negeri lain yang berdialog dengan abang abang ni guane ? ape la persepsi mereka kat orang johor yang lain agaknye eak ?







muka bosan melayan abang abang yang balik balik nak cakap UTHM lagi bagus dari UMK . hmm . maaf UTHM , saya dop ghoyak awok dop molek , tapi ore hok kijo nge awok buak saya tok sih nge UTHM . 


hahaha . pahe dop ? :p . aku tak kata , semua orang johor gini . biasa lah , kerana nila setitik rosak susu satu loji air ! :p . malu orang johor sebab orang johor yang cam ni .. haihh . :( . 



p/s : berlagak ke orang johor ? hmm ..... welll ... hmm . chill guys ! smile sokmo ! :D lovechaaaa !




Wednesday 18 September 2013

T-SHIRT I Love Blogging Giveaway !

hai ols , cik blogger tanpa suara berkeinginan pulak menerjunkan diri yang comel lagi kiut miut dalam contest ni , mana tahu dapat tambah follower dan rakan rakan blogger . nak join jugak ? moh lerr kiteeee !

Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013
p/s : ouh , my voice ...

Tuesday 17 September 2013

condition .




hai ols , Assalammualaikum .



so , wassap ebelibadi ? any new gossip or story dat u wanna share with me ? but , i think , better not now ...


because , i really facing some problem with my own self . i lost my voice ! i let she went shopping but till now , she didnt come back !


HAHA . act , at the first time , tekak buat hal , hidung selsema tahap hingus kaler hijau hijau tu , macam ... ermmm .. ha , cendol . slurppp . srotttt ! wakakaka


lepas tu , roommate dah bagi makan soluble , makan pil selsema , makan actifast . (tapi tak berapa nak fast aku rase) . i ate all dat till i thought dat i was the tikus makmal . HAHA . macam bahan eksperimen kan ? +_+


nasib baik aku tak overdose . Alhamdulillah , mudah mudahan sempat la balik johor raya aji ni , pasal dah beli tiket train pegi balik kan ? raya aji bulan depan , tapi punye la takut tak dapat balik sampai dah beli awal awal . serangga betul !


and now , im lying on my bed ...... havin' my badly cough . (means yang takde kahak tu) . with a lot of tissue surround me , with a sad background music , here i am .. waiting for the holiday next month . HAHAHA . sedih gila cipta sentences ! macam dah nazak bebeno !


so , its already 3 days since my voice is missing . honestly , i miss him her so badly . stress tau macam ni , cakap pun nak kena yell yell ! macam hape tahh ..


"tu la za ... bila ade suare cakap tak hingaaattt . dah jadik macam ni baru nak menyesal ? tak de guna . sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian suare anda akan tiada . saya , karam tak timbul timbul melaporkan ." -bicara hati , 2013-   =..='


ok , aku nak gi selongkar robok , kot kot ade cebisan suara aku dalam tu . k take care ols . bagi kiss sikeeettt . :*** . biar korang jangkit ! baru tau seksa tade suara macam aku . wakakaka !

 bye , take care , ilovechaaa !


p/s: kepada my fan , im sorry , aku tak dapat perform untuk event minggu ni , suruh je syed shamim duet ngn tasha manshahar . k bai . :D . doakan aku cepat sembuh ya bu gurukkkkk ! :p


Thursday 12 September 2013

Orientasi di UMK .




hai semua ! assalammualaikum ..




pagi yang indah ini akan lebih terasa keindahannya apabila diri ini masih dapat menaip entry lagi di laman blog tercinta , dengan ditemani angin yang yang sepoi sepoi bahasa,  diperhiaskan lagi pandangan mata dengan kabus yang meliputi banjaran titiwangsa yang mengelilingi UMK kampus jeli ini . ditambah lagi dengan aturan schedule yang menunjukkan dengan terang terangan kelas hanya akan berlangsung pada pukul 6 petang nanti ... fuhh , memang permai betul la kan ? *paksa tukang baca angguk angguk kepala* :D



huyoo , berbola bola betul aku punye pendahuluan hari ni ... :p . biasalah , udara segar kan ? bila kampus taman dalam hutan ni mmg fresh la oxygen dia . dapat terus dari pokok pokok yang bebesor kat blakang kolej kediaman ni . hemo hemo hemo ~



nak cite pasal ape eak tadi *tengok tajuk* haa ! igt dah , OR ... OREN .. eh bukan ! ORIENTASI ! haa , ini baru betul . :p



orientasi yang dialami adalah tidak terlalu membebankan , kami just follow the flow je .. ala .. macam anak anak tadika yang comel dan sentiasa menurut arahan tanpa banyak soal tu , ha ... macam gitulah kami .. tapi bezanya kami adalah , kami boleh basuh sendiri apabila melepaskan hajat besar dan kecik kami . harap tuan puan sedia maklum apa yang saya maksudkan . HAHA



tapi tak semua budak tadika tak pandai cuci sendiri kan ? anak sedara aku tu dah pandai la . tapi cuma kne ade getah panjang ah . dia tak pandai guna gayung . kalau aku tgah mandi kat umah dulu , n dia tengah ehem , mmg takkan tenteram ah dia lepas kluar dari tandas , terus ketuk pintu bilik air .


"mushu , aye nak basuh ni ... aye beghakk tadi .."

"ala , kimi basuh je la at tandas tu , kan ke ada air ngn gayung... maksu nak mandi pun tade feel la !"

"aye mana pandai ... aye kan kecik agi .. aye pandai gune yang getah tu aje .. "

*evil laugh* kikikiki ! "panggilkan tok wan , cakap tolong cibokkan . maksu tengah mandi nii ... "


bila mak dah tolong basuhkan , selesai la drama pendek depan bilik air . HAHA . 


ehh , apa yang citer pasal orang berak pulak ni ! hahahaha , tak leh blah betul ! hmm hmm . tadi benornye nak citer pasal orientasi kan ? pengaruh persekitaran betul aku ni .. =_=


orientasi berlangsung dengan jayanya , tapi yang paling aku tak boleh lupa bila abang abang fasi ni buat slot cungkil bakat tu , tapi idok lerr namanya slot cungkil bakatt ... diomputihkan la .. cube korang omputihkan .. haaa ... talent talent ? haa .. betullah yang korang cuba sebut tu ! :D 100 markah buat yang pandai sebut tuu . :p



jadi , aku ni minat pengacaraan , tulis la nama dekat kebudayaan ... dah tulis nama kat pengacaraan , yang mengendalikan majlis tu cakap , digalakkan letak nama at kategori lain pulakk . pikir punye pikir , masuk la at nyanyian , pasal kat situ je yang tak ramai orang beratur nak bagi nama . hemo hemo . dengan muka penuh iltizam beserta dengan semangat kesukanan yang menebal dalam diri ini , aku tulis jugak nama beserta email juga bakat aku yang terpendam dan hanya terluah apabila berada di tempat tempat karaoke . 


lepas je tulis nama dekat kategori nyanyian tu , hati terus rasa tak sedap .. mak aihh ... aku kalau tak sedap hati nii , ni mesti nak jadi ape ape ni , aduhh ... dalam hati dah mintak sangat jangan nama aku yang pengendali majlis tu panggil utk pamerkan bakat . kalau pamerkan bakat pengacaraan aku boleh ler lagi tibai apa apa pasal boleh dikatakan de experience jugak dalam keadaan orang yang ramai . kalau nyanyi ? gulppp ! 


tapi , tepat sekali , hati aku mmg tak pernah menipu , dari dulu lagi .. aku dah boleh rasa dah if something wanna happen to me . i will know it , but takkan la aku nak cakap ngn budak sebelah aku yang kejap lagi nama aku dipanggil an ? kang dituduhnya perasan bagus pulak . nak glamer lebih .. aduhhh ! sudahnya .........


"bakat seterusnya yang kita nak dengarkan nyanyiannya adalah ..... ermmmmmm .........."

(jantung aku macam nak pecah masa ni)

"NURUL AZZAH MASTURAH BINTI ABD RAHMAN !"

jenggg ! *faint almost faint *


ini bukan gurauan ok , beliau suruh aku menyanyi kat atas stage tu ! again , atas stage , depan ratusan mata ni ! kegilaan apakah yang sedang beliau langsungkan ni ? =_=


sambil berjalan penuh gagah dan sambil membelai belai misai , aku melangkah ke atas stage . ambik mic , dalam pada masa yang sama sel sel dalam otak terus berhubung dengan laju ibarat dalam iklan iklan susu formula yang sering disiarkan di talibesen . hmm . 


'AKU NAK NYANYI LAGU APA NIIII ' 

 (sambil hentak hentak kepala kat meja atas stage tu) *ok , ini gurau . >,<*

takkan la nak nyanyi lagu twinkle twinkle little star ? takkan nak nyanyi lagu anak itik tok ki ? takkan nak nyanyi lagu suriram ! ahh , keanakkan betul kau za , hmm . 


abang yang jaga audio dah sibuk nak pick lagu utk karok . ehh , ape ni . benda benda macam ni kita tak leh pakse bangg .. it will come to youu .. slowly ... mana boleh paksa , macam abg nak gi toilet , lepaskan hajat . ade ke orang paksa abang ? ha .. simple je anologi nye tu kan ? ehh . emmm .. nak nyanyi lagu ape ek ... 



tapi aku cool je la , sambil tersenyum senyum manis dan melemparkan senyuman ala ala tasha manshahar atas stage . ha ! tasha manshahar ! yeayy yeayy . dah tau dah nak nyanyi lagu apa .. :p



after i decide what song i wanna sing... (chewahh macam retis yang dah banyakk lagu) . i gave signal to the audioman dat i dont need the music . in simple , i will sing without a music . ngeh ngeh ngeh . gaya macam dah expert kan ? :D



ok ... ready ......? three .. four ! 



"bermula di facebook u IM i dulu tak tahu malu , 
i malas nak layan n i buat tak tahu,
u terus cuba dan mencuba 
sehingga i jatuh cinta 
gatalnya diri u 
membuat i terjatuh ....

bila kita dah start mengada 
kita selalu kluar sama
borak panjang panjang
makan dan tgk wayang 
sikit sikit je i merajuk 
u selalu sabar pujuk 
tapi sebenarnya 
i cuma test u saja 

let me tell u dat i love you
n i never wanna wrong u 
take my hand baby 
come go through with me 
let me tell u 
that i miss u n i never wanna lose u 
ur my heart baby ... 
my life isnt complete without u ... "
(aku nyanyi sampai sini je pasal dekat tulisan senget tu aku lupa lirik !HAHA)


memang ada sambungan .. haha , lantak la .. yang penting masa aku lupa lirik tu audience dah tolong coverkan pasal dorang mmg dah nyanyi sekali dari awal . :DD . thanks guys ! enjoy betul . cuma nebes still ade . hahaha . nasib baik tak basah baju kurung tu , mana tau tak sedar terkencing . hahahaha. 



satu la nasihat utk diri sendiri , kalau dah bidang expert tu pengacaraan , fokus je la kat yang satu tu . *tahan gelakk* pfftttt . 


ingat dah dapat duduk boleh la rasa lega sikit , tapi boleh pulak abang fasi pilihkan orang yang nak nyanyi seterusnya . katanya nak panggil ikut email . nak carik yang unik unik sikit katanya . last last disebutnye email aku . HAHA . takkan nak suh aku nyanyi lagi kot ? :p . lepas aku inform orang tu aku jugak , dia carik nama lain pulakk . haha , siot . cecepat je carik . serik ah tu dengar aku nyanyi . BHAHAHA !


aku pkir tade la yang rapat ngn aku nampak aku buat perkara memalukan ni , tapi rupanya .... roommate aku .. ye Alhamdulillah .. rommate aku , Zaf . menonton dengan jayanya persembahan aku . puihh . tak berguna ! 


kat bilik , memasing nak mintak jadi bodyguard aku la ape la . haishh , susah jadik retis ni , sampai nak gi berak pun ada yang nak jagekan ! hmm . hmm . tapi aku tak la kecewakan roommate aku , aku bagi la chance kat ira ngn zaf ni jaga aku . dah nak sangat kann . chewahh . bhahahaha


tapi mmg aku perasan atau mmg perasaaan aku je yang orang tgk aku atas bawah bila aku gi kedai siswa malam tu . sobs sobs . u ... jangan la tgk i macam tu .. even i ni artis lupa lirik terbaru , u kalau nak mintak autograph u cakap je .. i tak marah .. :DD 



sepanjang minggu orientasi .......:




 

ni masa mula mula daftar , bilik ni sempit kan ? muat muat je . kalau sorang kentut mmg berkesan la dia punye absorption . hmm hmm . 





nak kne susun atur semula bilik nii . tgk la esok ... esok kan cuti di pantai timurr .. :D





hari kedua , jari tersepit pintu . roommate , kak mira tak perasan jari comel aku ni kat pintu .. apa beliau igt jari aku ni cicak ke ? =..=




masa ni aku dah macam biru mata hitamku dahh , mana satu nak cekut pun tatau , ade dengan abang abang ni aku angkut kangg . ehh ? :p





ha .. tu brader tu tgah kopekkan .. gagah kan ? :D





banyak duriannn kannn ?? yippi .. yippiii ... aku bawak balik bilik sebijik . lain ah rase durian jeli ni . sedak ! sedak sengoti ! :p




memasing kebuloq .. berpanas pun takpe .. asalkan dapat makan ! 





ini semua mengadap phone , tak dengor pun ucapan naib canselor . huh ! aku lain ... aku ... errr aku snap pic , main dengan kamera phone je . gulp ! ke sama eak ? err



till then love . take a good care ! :-*


p/s: ingat nak turun tanah merah , zaf balik pukul 10 .. tapi aku tak mandi n basuh baju agi .. errr . hahahaha !

Wednesday 11 September 2013

UMK (Universiti Malaysia Kelantan)



ok , Assalammualaikum semua .



sihat semua ? entry kali ni bertujuan utk berkongsi pengalaman aku yang telah mendaptarkan diri secara resminya sebagai siswazah di unibersiti malaysia kelantan kampus jeli . kampus taman dalam hutan . itu trademark tu , trademark ! (err...macam terlampau semangat pulak , k abaikan ...)



malam ahad 31/8 masa dekat homestay at tanah merah tu abang ipar aku tanya , daftar dari pukul berapa sampai pukul berapa ? dengan muka inesen nye aku menjawab bahawa pendaftaran akan dijalankan pada jam 8 pagi sehingga 5 petang . lepas tu dengan yakinnya abang ipar aku jawab "laa ... pukul 4 setengah petang pun boleh gerak dari sini..." (maksud beliau tu bergerak menuju jeli dari homestay kitorang yang at tanah merah tu lerr .)



dengar dek abah , terus abah cakap ... "kita ni nak daftarkan budak masuk u , bukan nak pergi berjalan , buatnya adek kau dapat bilik kat tingkat 4 ngn 5 tu , haaa menjawab !" ... HAHA


fuhh .. seb baik abah faham , memang kalau boleh aku tanak gi lelambatt . memang la gi ngn tiga kereta , tapi untuk daptarkan aku nii gerak satu kereta dulu pun bolehh kan ? bukan nak mementingkan diri .. tapi memang kena pentingkan aku pasal aku yang nak kena DAFTAR ni ! grr . eh , teremo pulakk , ni semua pasal tak dapat shopping dgn family dulu la ni ! hmphh ! hmmpphh ! =..=


tido pukul 1 setengah pagi , sambil melayan anak sedara tgk citer epic . tapi aku dah tak layan sangat citer tuu , kan ke aku dah cakap .. otak aku at tempat lain , roh tempat lain , badan at atas tilam depan lappy . itu yang aku sure la , yang tang badan tuu . (,")


pukul 2 stengah pagi dah terbangun , bertekebas (kelang kabut) aku bangun pasal igt dah subuh , sebab semalam abah dah kata nak gerak lepas subuh . and if so pun nak gerak lepas subuh ke jeli , takkan aku nak bangun lepas subuh jugak ?? dengan lappy, extension , hard disk , powerbank tak simpan lagi ! haha . jadi aku yang pikir bebetul dah terlambat ni terus bangun lipat selimut ! carik fon , sekali tgk ... 2.35 a.m ! cetttpodaaahhhh ! haprak betul mindset nii . hahahaha .


after dat , amek keputusan utk bukak balik lipatan selimut tadi . dan menyelimutkan kembali badan yang semakin berasa dingin dek kekejutan waktu sebentar tadi . puihh ! nasib baik takde sape nampak ... story yang dalam entry ni takpe , pasal kita cerita sendiri an .. kalau orang lain yang nampak lain pulak cerita dari sudut pemikiran orang yang tersebut ... chewahh . HAHA



masa pukul 5 tu mak ngn abah dah siap mandi dah ... aku pulak lepas bangun terkejut pukul 2 setengah tadi terus tidur tidur ayam je ... jadi dengar la abah suruh mak kejut aku . tapi sebelum mak berbuat demikian , dengan pantasnya aku terus terpacak macam zombie . bhahaha.



dah siap siap semua , baru teringat ! telekung aku dekat dalam bilik along ! nak tak nak kena kejut gak ni.. adehh , kalau tak aku , mak ngn abah mesti dah dapat rasa macam lari dari rumah macam dalam drama tu . haishh . rugi betul tak dapat rasa melakonkan scene scene mencabar seperti itu . nak jugak cakap macam maya karin ... "alhamdulillah .. saya dapat melakonkan watak di ranjang dengan baik bersama aaron aziz.." puihh ! hahahaha . tapi aku tukar la ayat tu ... "alhamdulillah .. akhirnya dapat jugak saya bersama ibubapa saya melakonkan watak lari dari homestay tanpa diketahui oleh abang n kakak saya" bhahaha !



jadi oleh sebab kelalaian aku tu , maka dengan jayanya aku telah berjaya mengejutkan along , kak long , angah dan abang shah utk sama sama menyaksikan dengan gemilangnya pemergian aku . sobs ! along dengan abang shah tanpa sempat mandi terus pakai baju , nak hantar mak abah ngn aku ni gi umk . takut sesat katanyaa . (tapi seriously i said dat tak susah pun nak ke sini ...)



kami gerak dari homestay pukul 6.30 pagi ... tinggallah angah aku , kak long , alang serta anak anak yang dicintai di homestay tersebut . tinggallah anak . mokcu mu ini harus berjuang .. kepergianku mengharapkan syahid di jalan ALLAH ! tskk tsskkk !


ecewahhh ! mcam nak berjuang kat mesir je gayanya ! wkaakakaka !



jeng jeng jeng ! antekk takk ? ^_^

family i ols adalah family kedua yang sampai at dalam umk ni tauu . hehik hehik ! time ni aku sesampai je terus aku snap pic ni , berkabus kabus . perghh . sejukk dy memang tak terbatas dek tulang temulang la kann . terserlah ke-hiperbola-an ayat aku ye takk ? :p . oh ye , tak lama punn , 45 minit dah sampaii , jalan pun besar n lengang waktu aku gerak kan ? so .. tade masalah lagi . 





nampak brader baju merah ni ? dia sabahan tauu . tu dia dok pegang beg adek dia tu . adek dia yang nak daptar masuk sini . tapi masa ni adek dia gi toilett . hmm . sedih sedih dak sabahan ni still lagi abang dia teman , lagi sedih budak cina lelaki perak yang aku berborak mula mula aku sampai tu . dia naik bas dari selangor , hajat nye tak la nak sampai ke kota bharu kan ? kalau dari grik terus turun depan umk . senang , tapi apakan daya , beliau tertidur sampai ke tanah merah . sedor sedor je dah kat tanah merah dahh . kelang kabut dia kata dia gi carik teksi . lepas tu kne charge 40 riyal . perghhh ! siann dia . aku kabo ke dia , nasib baik tak tertido sampai ke KB . tak ke kes naya ? haha . tak memasal kne daptar kat kampus pengkalan chepa atau bachok pulakk . 


abang yang pakai vase tu masa ni aku igt beliau just fasi biasa je , tapi kebenarannya adalah beliau adalah ketua fasi dalam program mesra mahasiswa UMK ni , haha . ilek je beliau kan ? hehe . tapi beliau bukan final year student la . eh , ni nape introduce brader ni lelebih ni ? haha . :D ehem ehemm . sila abaikan kemiangan ini . tme kasih .


abah i ols pun termasuk dalam gambar tu jugak . hmm . kacak nye ! :D





seriously ! cantikkk ! sejuk sangattt ! masa ni dah pukul 7 setengah pagi dahh . aku ni berkobar la kan nak dapatkan bilik aras bawah dan katil bawah sebab senior cakap katil dua tingkat ada dua . takkan la aku nak dapat kan katil tingkat atas ? aku tanak la budak yang duk katil bawah tu mengalami kecederaan yang melampau disebabkan bentuk badan aku yang gagah ni kan ? hmm . maka dengan itu , dengan kesungguhan yang jitu . aku telah memutuskan untuk memilih katil bawah . itu lah yang sebaiknya . biarlah orang nampak macam aku ni mementingkan diri sendiri , tapi hakikatnya , tidak seperti itu . ecewahhhhh ! :D (silakan terpesona dengan ayat ini .. ) hewhew .



aku call syahirah ... jeng jeng jeng ! 'suara apakah ini ?' bisik hati aku dengan manja . ouh , katakan iyenye tidak benar . takkan la .. takkan laaa takkan laaaa !!! takkan la syahirah ni baru bangun ??? sialan ! wakakaka . sila bayangkan sadisnya keadaan aku masa tu , siap berbaju kurung , bertudung , menutup aurat , memakai stokin dan bersandal mahal , dan beliau yang juga nak mendaftar bersama aku ba .. ba ... baruuuuu bangunnnn ??? dalam hati aku masa tu dah mempersoalkan , beliau ni serangga jenis apa ? mungkinkah sejenis serangga yang boleh berhibernasi di waktu waktu yang dikira penting dalam kehidupan kita ? arghhh !


maafkan aku . aku kalau tgah bengang mmg ayat yang dikeluarkan boleh menyebabkan sang pembaca mengalami kekeliruan identiti . mohon maaf sekali lagi . @_@



akhirnya beliau sampai jugak ke umk ini , masa tu aku dah beratur nak gi daftar je , reti pulak beliau ttbe menyelit dekat belakang aku . hmm . tak berguna .


dipendekkan cerita yang sememang nya tak perlu diperpanjangkan ni , kami berdua sebilik .




.................................................................................................................................................................





maaf , aku muntah tadi . jengg ! aku tak mampu nak luah kan dengan kata kata , tadika bersama , sekolah rendah bersama, sekolah menengah bersama, matrikulasi bersama , dapat u yang sama , kos yang sama , fakulti yang sama , blok yang sama , aras yang sama (aras bawah) dan ... dan ... BILIK YANG SAMA ??? gurauan apa ini ya RABB . -___-


mungkin ini yang terbaik untuk aku agaknya . *muka redha* . sampai andak cakap kat aku ,


"kau tak pe za ... tak beli sabun pun takpe .. pasal kau ada syahirah ...." . 

"kau tak pe za .. jauh pun takpe .. pasal kau ade syahirah...."

"gila ah kau za ! nanti dah kawen , umah sebelah sebelah , anak anak kau main ngn anak anak syahirah , jangan laki sama sudah ! hmm , tak berkembang langsung ... "

n also ... somethingssss like datttt . what theseee meannnnn ? seriously , its cruel ! puihh !



petang tu hajatnya nak ke rantau panjang shopping ngan familyy . tapi tak kesampaiann . pasal orientasi begin at 5.30 p.m . hmm , sudah nye babai babai je petang tu pasal lagi dua kereta tu sampaii . kekonon macam farewell session n something like dat la kann . geli mak dengauu . hehikk . 


yang peliknya , yang meleleh leleh air mata waktu family aku balik tu syahirah . what the ?? ni family aku ke family beliau . cettt . podahhh . maka dengan itu terpaksalah aku berdiri dekat dengan lopak so dat nampak macam aku nangis sampai basah la tanah tu kan . hehik hehik . pandai tak ? pandai tak ? ngee ~ 



ermm ... minggu orientasi ? next entry , perhaps ? hehik . take care ols . ilovechaa ! :D



p/s: perasan takk ? kooosssoooonggg je kan UMK kampus jeli ni ? terimalah .. baru nak membangunkaaannn . baru first phase ... *_* . apaaa ? first phase ???! yup . first phase . IT IS ! i mean it . *monolog*







Sunday 8 September 2013

trip menuju jeli part 2 . :p




hai semua , assalammualaikum !



*sinsing lengan* nampak ? nampak tak aku dah bebetul punye sedia nak menyambung entry yang tertunggak pasal trip ke kelantan ni ? haa ! tak nampakk ? kalau tak nampaakkk .. alamatnye .... ?

ngehehehe , aku tak cakap .. korang yang memandai mandai sambung ayat aku ... lalalala ~


ok , entry yang lepas kat mana ek kita berenti ? kat kuala terengganu kan ? hehe . oh ye ? malam aku kluar ke mydin tu adalah malam 31 ogos . maksud aku , jalanraya masa malam kitorang kluar tu mmg sesak pasal org nak sambut ambang merdeka kan kat dataran ? tapi aku peduli hape ... oleh sebab aku dah nak didaptarkan masuk unibersiti pada 1/9 , maka tiada lagi napsu dalam diri ini utk menyambut apa apa perayaan . tapi hari kebangsaan tu hormat gak ah . tapi daptar u lgi penting , tapi , aku sayang negara aku , tapi .. arghhhh ! =.=



ok sila abaikan . hehik . kami tak ke mana mana pun lepas mydin tutup tu . hehe , nampak tak yg masa tu dah pukul 11 malam sampai mydin mall pun dah tutup . tapi aku geram gak , apa pekerja pekerja kat mydin tu tatau ke yg lusanye tu aku da nak masuk u ? takkan tak leh nak bg masa utk aku belanja dengan tenang kan ? bukannya selalu sangat ... tu la sekali baru aku sampai mydin mall KT . hmmphh , tak bertimbang rasa betul !



kami balik umah andak , sambil baring dah nak tido tu , dengar la segala bunyik bunga api, meriam .. semua , ye laa .. sambut merdeka kan .. aku je yang dah mcam orang angau .. duk berangan je ... :3



esoknya , gerak dari rumah andak tengahari gakk , menuju ke ibu negeri kelantan melalui jalan pantai .. fuhh , kali terakhir kami mengikuti jalan ni masa hantar andak dulu , dekat poli kok lanas , itupun 7 tahun lepas . tak sangka pulak kami akan ke sini lagi . lagi jauh pulak tu .. =..= . dan kali ni bagi menghantar aku pulakk ...

















cantik sangat ! ni dekat marang ni , tangan tak lepas dari pegang fon je pasal nak snap pic! haha , macam mamarazi pun ade gop . :p .


lupa nak cerita, sebelum sampai ke rumah andak kat KT hari tu , kami ada singgah beli air nira , konon konon la nak merasa air nira tu acane rasenye kannn . amekkau , satu botol mineral kecik tu dah 4 riyal regenyee .. rasenye banyak jugak yang along beli ari tu , tapi rasanya air nira itu adalah indah khabar dari rupa , macam rasa dah nak basi pun ada gop . sampai kat rumah andak , andak kata air nira tu tak asli , n dah lama . means, kakak yang jual tu dah campurkan gula kat air nira tu , tu pasal rasa manis nye tu pelik sikit . 



jadi kami ni idok ler ngabihkan air nira tersebutt ... tinggal je dalam kereta , masa nak daptarkan aku ari tuh botol berisi air nira tu boleh meletop dalam kereta ! oh mangaihhhh ! piawww betul baunya . =_= . abah dah bebel bebel dah , memang la kan , sayang la kat kereta . hmmpphh , kami pun terlupa yang benda camtuh boleh meletop . 



then, kami teruskan perjalanan kami ke besut dan singgah kat masjid dekat dekat ngn kuala besut tu . masjid ape tah aku pun tak bape nak sure . memang bebetul lupa nak snap n take note nama masjid tu . haihhh . *kesal*



masuk ke kelantan , dan terus menghala ke tanah merah , pasal homestay family aku at sana , kami tak dpat homestay yang dekat dgn u . menurut akak aku yang tolong carikkan homestay ni , kat jeli , semua hotel n homestay are fully booked ! mampuihh . tu yang dapat at tanah merah tu . tapi ok la , dalam 45 minit memang dah boleh sampai dah ke u ni , lagipun u ni mmg bebetul dekat tepi jalan besar . (ni cakap u kat mana ni sbb nak suruh korang datang tgk aku ke acane ni ? hikhikhik =..=)



bila dah sampai at tanah merah , aku dah mmg macam tade roh dalam badan dah ... ntah mana mana gi nye roh tu, dah berjalan ke jeli dulu agaknye ... abang abang aku gi berjalan ke pasar malam ke ape semua aku dah tanak ikut dah ... -..- nampak tak perubahan attitude tu ?petang semalamnye kemain lagi teman family gi mancing la ape la , sekali besoknye ? hareemmmm . HAHA



pasal pendaftaran tu kita tunggu entry seterusnya , :)) 



till then sayangs ! :D nak siap siap pi first kelas kol 12 ni , tapi now dah nak kena siap pasal nak gi makan duluu . makan nasi pepagi u ols . ya Allah bahaye ni bahaye . ALARM is ON ! HAHAHA ! 



and again , today is SUNDAY . again . in malay we called AHAD ! dan aku akan mulakan kelas aku pada hari ini . just nak igtkan je , yang tgh bercuti n tade kelas tu tolong la ingat pada insan insan seperti saya yang menghadiri kelas pada hari ini . selamat berjuang utk rakan rakan di IPTA / IPTS di kelantan dan terengganu . sekian . uhukkk ! :-*



Saturday 7 September 2013

trip menuju jeli . :p




ehemm ! cubaan suara , cubaan suara , satu , dua, tiga . :D


assalammualaikum semua .. :)



macam gugup sikit nak taip entry kali ni pasal guna barang baru . ehem , menaip dekat barang baru ni memerlukan sifat berhati hati yang amat tinggi la , pasal tak bape dapat menyesuaikan diri n takut tercalar an ? :p


barang barunya ? hehik ! tadaaaaaaa ~









cuba tengok dalamnya pulak eah ...? hikhik ...







ok ... sebenarnye ... ni hadiah dari my mom ! hehe ... sempena masuk universiti ni .. uhukk . time kasih makkk ! *sebenarnye nak jerit kekuat hari tu , tapi malu . ehh !* :p




masa update entry ni aku dah rasmi menjadi mahasiswi di universiti malaysia kelantan . Alhamdulillahh , tapi, tak syok lak kan tak cite ape ape ttbe dah sampai kat kelantan bumi bertuah ni , sepatutnye , dari johor kne gi pahang , terengganu dan baru sampai ke sini , dan kalau diikutkan bebetul , maunye entry ni dibuat menjadi 10 part yang mana setiap part mengambil masa 2 jam utk dihabiskan membacanya . hahahaha . melampauu kan ? :p




ok , first of all , aku dah siap packing barang rabu malam khamis 28/8 hari tu , pasal mengikut kepada schedule , kami , (aku , alang, mak n abah) akan bergerak meninggalkan rumah tercinta dalam waktu tengahari pada hari khamis 29 aribulan . aku packing bermula pukul 10 malam rabu tu , sampai ke pukul 11 stengah pagi besoknye .. fuhh ! punye la banyak barang yang aku bawak kan ? :p *actually tunggu baju yang dipakai malam tu kering lepas basuh dulu ..*




sambil nunggu baju kering tu , aku sempat la pi menjolok . sebenarnye teman abah gi menjolok . menjolok .... manggis ! hahaha . abah kata nak bawak pi umah akak n abang aku kat kuantan n terengganu , kesian katanya , sbb akak aku sanggup beli sekilo tiga ringgit . padahal kat belakang umah aku manggis tu tupai buat main rounders je , punye la banyak yang tak termakan . =..= . haha . Alhamdulillah . rezeki Allah bagi .... bak kata abah , kita kena jugak tunjukkan tanda bersyukur pada tuhan , ambiklah buah manggis ni , soal dapat makan sampai habis tu soal kedua , yang penting kita tunjukkan yang kita hargai pokok tu kluarkan buah utk kita .. kan?? :)) 




dah siap kemas semua , terhasillah beg baju aku sebanyak tiga buah ... hehe . campur dgn beg beg org yg nak menghantar aku ni ? haaa ... tak ke mendakk kereta myvi tu . campur lagi dgn belimbing ngn manggis yang sampai 8 kilo beratnye tu ? tak ke ? pffttt . -..- . nak bawak mancing lagi ? nasib baik aku punye berat masih normal .. kalau tak mau je aku korban .. biar aku tinggal je .. tayah ikut .. senang .. ehh ! ni nak hantar sapa masuk u kalau aku yg dikorbankan ni eak ? HAHA 



sampai kat rumah akak aku ... pukul berapa eak ... tapi rase mmg dah petang dah masa tu ... pasal aku drive kat rompin tu . tu pasal lambat sikittttt . da masuk area kuantan , mak aku mmg macam peluru berpandu ah beliau punye mulut . bla bla bla , ulasan sukan sebab cara pemanduan aku ... aku pun macam dah nak kluar ikut tingkap je masa tu pasal tekanan sangat . tapi nasib baik mak hantar aku sampai darjah khas kat skolah agama dulu , dapatlah iman ni menebal sikit ... ehem . 




ok mokcu datang itu soal kedua , yang penting kita pose dulu .. kan una ?? :p




tuan rumah small version . yg medium version berada dalam keadaan half naked , makcu dia hanya sanggup amek gambar half je . :p



gaya nak tidur tepi pantai . ^_^





siap semua , along aku sampai gak .. pukul 2 pagi kalau tak silap , masa tu aku dah ready nak mengaporkan diri kat bilik dahh .. dengar along dah sampai , tapi ... ahh tido je la ! hahaha . 



esoknye (30/8) kitorang gerak ke kuala terengganu , tetengahari buta gerak ke KT . mmg rase terbakor je ... hahaha . sampai kat sana , semua dah macam zombie pasal kebulor . hahaha . tapi take decision utk mancing dulu .. hahaha . umah andak aku dekat je ngn muara laut .. tak silap aku kg ibai kot namanya . eh yeke ? eh ntahh ! tapi .. overall ...mmg terbaik la kan .. :p





setelah diedit oleh abang sulungku ... <3 it !




siap ade sofa agi .. haha .. sadis , tapi nampak cantikkan nilai estetika nye tu ? >,< *estetika eah?*





alang tgah bagi ikang makangg ! :D . gambar ni tak editt ... pasal amek gune phone aku je . 






the only princess yg menyibuk ... :p *wink wink*



sebelum balik umah andak aku , gi carik kepok dulu ... igt nak makan la bila sampai umah , jakgi  mak cakap kunci kereta hilang , membabor babor (menggelabah) aku carik . upenye, dalam beg mak aku .. +__+ . tu yang aku musykil tu , rasenye mmg dah bagi kat mak aku . takkan boleh hilang pulak ? jengg ! hilang mood nak makan ... =_= . 



lepas makan semua , jalan jalan kat mydin mall kat KT . hajat nak beli iron ...dapat lah gakk , iron n capai cadar satu , terlupa nak belanja sabun basuh , mangkuk , cawan , dan sebagainya sbb mase tu dah dekat pukul 11 mlm .. sampai kne halau kluar mydin .. hahaha . :p teruja sangat masuk agaknye ...sbb sebelum masuk n keluar dah menikmati permandangan indah depan mydin tu .. :)





agaknye macamane dorang naikkan besi besi at atas bukit ni eak ? -_-




balik rumah andak balik , dah gelap dah .. anak anak buah semua dah membongkang . haha . tapi memang panas ketik ! umah dekat ngn laut memang macam ni kann ? aku tgk kluarga andak aku , semua dah macam orang pulau dah . haha . sadis kulit anak anak tu .. :3




kita continue perjalanan ke kelantan dalam entry seterusnya boleh ? dunt worry , bilik kali ni , kat ground floor , bebetul dekat highway (jalan besar) menghadap ke pusat wifi UMK . ngeee ~ aku dgn kolej kediaman punye wifi memang mempunyai hubungan yang rapat sejak matrik lagi mungkin ? ewaahhh ! :p 




take care ols ! love you ! :-* 



p/s: masih membiasakan diri untuk terima yang cuti kat pantai timur ni jumaat sabtu . elak aku tak bangun pi kelas je esok nii --'

p/s number dua : aku tak bawak kalkulator , aku just bawak kotak dy je , i mean yg penuh dgn buku panduan how to use the calculator . tapi , worst part is , macamana nak use kalau kalkulator dah tertinggal ? !! uwaaa !



Tweet Tweet