ok berbalik kepada entry fieldtrip kat SINI . Hari pertama tu 2 buah bas bertolak dari UMK jam 8 pagi dan pukul 11 pagi berhenti sekejap dekat Grik untuk makan tengahari. 11.30 pagi sambung perjalanan dan pukul 1.30 masuk dah highway perak menuju ke Ipoh tapi jalan sesak sedikit disebabkan kemalangan. Tapi sekejap je la .. dalam 15 minit macam tu.
sampai dekat Ipoh terus menuju ke Gopeng, cuak jugak la sebab takut tak sempat sampai since dah janji dengan pegawai kat HOGA tu nak sampai jam 2.30 petang. setelah tersalah simpang sebab sepatutnya masuk simpang kanan tapi kami masuk simpang kiri, sebab ikutkan yang waze tunjuk jalan alternatif yang kecik gilaaa, boleh muat laluan motor sahaja (stress dah masa ni sebab driver bas dah mula membebel ). rileks la pakcik, kami pun bukannya tahu jalan sini kan ?
kalau korang nak tahu, aku memang dah penah ada pengalaman menggunakan waze dekat entry INI
sebenarnya tak ada perlu nak kecoh ape sangat pun, cuma bas tu kena u-turn je pastu jalan straight ikut papan tanda .... huhu, tu pun susah nooo.....
Akhirnya kami sampai jugak di Gaharu Tea Valley Gopeng ni, memang dia ada masuk macam jalan kecil dan kawasan perumahan sikit tapi jangan risau, memang itu la jalannya untuk sampai ke tempat ini.
cantik kan ? ni pintu masuk dia ...
dekat sini Liang yang berurusan sebab dia yang contact dan deal dengan pihak HOGA ni dari awal, aku just hulur jumlah duit yang diperuntukkan utk bayaran masuk dan souvenir dari HOGA je. kalau tak silap aku la Liang cakap hari tu pakej ada dua , satu RM 25 dan satu lagi RM 5 sahaja. oleh sebab ramai sangat yang nak berjimat cermat, ramai yang mintak kami proceed dengan pakej RM 5 tu sahaja...
hai
kumpul sekejap lepas tu datang la van-van yang telah disediakan oleh pihak HOGA untuk
aku tak ada dalam van ni, aku van lain
dalam 5 minit perjalanan mendaki bukit dengan menaiki van, akhirnya kami sampai di sini
tempat taklimat diberikan
Taklimat diberikan dekat aras bawah tu, aras satu dan dua tu lebih kepada tempat nak bergambor dan menikmati pemandangan je ... hehe. Sewaktu kami sampai tu, En William sedang memberikan penerangan kepada pelajar dari tempat lain jadi sementara menunggu, kami ambil peluang untuk bergambar duluuu :D
Natural Resoures 3rd Year girls
Geng Sudu ! *wink*
cantikkkk sangat !
snap snap snap ! too much photo actually, haha. ok, selesai mengambil gambar, giliran kita untuk mendengar taklimat pulaaa ...
\
Encik William dengan kayu gaharu nya
sesi soal jawab
ok, apa yang aku paling ingat sekali dalam penerangan yang Encik William ni beri adalah, pokok gaharu dekat HOGA ni akan dirosakkan dengan sengaja untuk membolehkan kita mendapatkan gaharunya, sebab pokok gaharu ni akan menghasilkan gaharu dia hanya bila ianya cedera, secara semulajadinya macam dahan dia patah ke .. batang dia kena patuk dek burung ke ... ha .. macam tu. baru la dia ada harga :) ... oooo.. baru tahu ... haha
habis sesi penerangan dari Encik William kami teruskan lagi meneroka tea valley ni ... luas gila ..
lover park :D
kat lover park lagi :)
korang boleh la kunci cinta korang dekat sini, mangga siap, lepas tu esok break-up. HAHA
SINI adalah antara contoh cara tunjukkan cinta engkorang kat pasangan korang :D
Pokok Cinta a.k.a The Century Lover Tree
sweetkan ? dengan mata juling gitu .. haha
HOGA's Tea
sebotol RM3, aku beli satu botol.. rasa dia ? tak ada gula langsung la opkos kan..kata nak sihat., ala-ala rasa Clenx Tea tu ... sedap la jugak :)
lukisan panda pada batang pokok gaharu :)
ada jugak lukisan singa dan sebagainya lagi , nak tahu kena datang tengok sendiri ! hehe amboi banyak percent kau za? :p
HOGA's ice cream
sapa nak beli sendiri, RM 2. sedap ! rasa teh :D
sini boleh shopping barangan HOGA :D
For Sale and For You to Buy . Haha
HOGA's Souvenir
Ini yang ada dalam pakej RM 5 tu, kalau yang RM 25 punya pakej tu siap dengan aiskrim selaki sekali dia include kan. ops, amek sorang satu uncang dan satu potong kayu je ye ... HAHA
All of us :)
nanti kita sambung next part okayyy ? ;D
bye folks :-*
DSLR picture credit to: Yaya Gojes dan Amey :D (yg lain tu mintak ihsan member member)
mana gambar full pokok gaharu?
ReplyDeleteyang hijau semua tu pokok gaharu la ... gambar full sepokok tu tak ada la pulak ... gambar panda kat batang pokok ade la ... nak kena gi balik ke camana ? haha
Deletebanyak jugak fungsi kayu gaharu ni..buat produk kosmetik pun boleh.
ReplyDeleteitu la , banyak manfaatnya ... lepas ni nak cuba la ektsrak sendiri pulak . haha
Delete