Hai Follower !

Pages

Tuesday 22 September 2015

Trip ke Pulau Perhentian (Hari Ketiga & Keempat)

Entry yang ni kita kasi gabung je ... sebab lepas update entry ni aku nak kemas baju nak balik kampung ohoii !


Hari Ketiga 

Hari ketiga adalah merupakan hari kedua kat Pulau Perhentian, dimulai dengan acara sarapan berjemaah ... aku nekad tak mau mandi pagi sebab bagi aku, bila aku busuk sikit nanti masa snorkelling mesti ikan-ikan comel omnomnomnom nak dedekat dengan aku. Hiks. Tapi lepas dah naik atas bot baru terpikir, yang salah satu checkpoint snorkelling nanti dekat Shark Bay ...................... tak apa ke busuk sikit ? heh *kesat peluh*



lepas sarapan, kami tetap setia menanti di jeti sebab semangat untuk snorkelling amat lah membuak-buak di dalam dada. Tapi biasalah, janji melayu...*cakap depan cermin* kata pukul 10 bot sampai, sudahnya sampai pukul 11, nasib baik jugak sampai, kalau pukul 11 tak sampai-sampai tak tahu la pulak nak pukul sape, ehh XD



duduk je kat dalam bot ... aku dah rasa tak sedap dah ... macam tak lama je aku dapat join ni ... alahai ... macam nak berpinar je kepala aku ni ... tapi aku chill lagi .. dekat checkpoint pertama tu semua pakat terjun .... terjun dulu dalam air pastu baru kelam kabut nak pakai peralatan snorkelling berdaki tu ... kahkah



gelombang besar jadikan aku ibarat ranting-ranting pokok yang dihanyutkan ke tepian ...(sebenarnya tak pandai berenang), dah berapa gelen  banyak ntah aku tertelan air laut tu, redha je la kalau ada orang kencing sesenyap dalam air .... =_=



malang nasib, bila aku tengok dalam air ... aku tak nampak hatta seekor ikan pun. sobs. Apa yang aku nampak cuma kaki itik guider tu je .. sebab dia masa tu dia tengah ajor aku camne nak snorkelling ... kihkih , selain dari kaki guider aku tak nampak apa-apa yang menakjubkan kecuali kedalaman yang .... *pengsan*



boring, jadi aku naik semula atas bot. (Cerita ringkas)


(Cerita sebenar) Since aku tak pandai berenang aku kena ikut tali yang terapung tu untuk kembali ke bot kami.. otot-otot tangan mula timbul sebab nak paut kat tali tu dengan kuat dan walaupun takla jauh sangat jaraknya tapi pada masa tu aku rasa macam makan tahun nak sampai dekat bot. pheww



tak ada gambar . Azza Mastura dah mula mabuk ....



naik atas bot, Ain cari cermin mata dia, rupanya dah terpeleot didudukkan seorang sis ni. Kesian Ain, dapat ganti rugi pun tak berpatutan.



dekat checkpoint pertama ni cuma Ira ngn Syahirah Zakaria je yang dapat tengok ikan-ikan comel. Nasib mereka baik sebab ada guide dari abam guider bot sebelah heret mereka kat port ikan comel melepak .....sementelahan aku pula ...... *dedaunan berguguran*



Checkpoint kedua adalah tempat untuk kita melihat kemunculan penyu. Kebanyakan penyu yang akan ada munculkan diri adalah penyu belimbing. Kami berlima tak turun, sebab dalam giloss serta aku dan Ain dah tak berapa nak centre kepalahotaknye.... ramai jugak orang lain yang terjun ... tapi macam kena permainkan dek penyu je ... hakhak. yang tak terjun ni pulak tengok penyu penyu kulit putih yang turut sama snorkelling , ubat mabuk. haha



Checkpoint ketiga di Shark Bay, kami berlima turun ... gelombang kat sini pun agak kuat .. sedar-sedar dah terpijak atas coral. Tajam mak aih, balik je dari snorkeling tengok kaki dah luka. hukhuk



ok, aktiviti snorkeling untuk aku dan Ain berakhir setakat checkpoint ini sahaja. Tak larat daaahh ... dunia ini berpusing ku rasakan ... hahaha, masa rehat tengahari tu terus balik bilik, dan rehat, tidur sampai ke petang tak menyedor. amboi kemain penat ! =='



Za Za, Ira dan Syahirah meneruskan lagi aktiviti snorkelling petang tu ... Alhamdulillah .... adalah koleksi gambar mereka ... uishh, sebak rasa tak ade dalam gambar terutamanya bila ianya blog kita . uwaaaa !


sedapnya buat masak singgang ... ermmm 


Za Za, Syahirah dan Syahirah . untung la tak mabuk laut . tsskk tsskk 


video mereka. huhu sobs


happy je kan tak ada masalah kesihatan. sedih rasa, nak kena pergi lagi next time weh ... aku kena atasi mabuk laut aku ... ada sesiapa tahu caranya atau petua tak ? share la .... bantu saya yang suka dengan keindahan laut ni ... 



yang aku pasti, bila masuk je kepala dalam air ... terus rasa tenang je ... sedangkan dekat permukaan bukan main kasar lagi ombak , bila tengok belah bawah ... subhanAllah .... tenang setenang-tenangnya ... rindu sangat perasaan tu ...



malamnya pulak ada aktiviti barbeque ... tapi sebenarnya ada yang bakarkan ayam untuk kita ... kita datang ... tinggal ngap je ... brppp ..


sotong, ikan, ayam untuk 5 orang 


ok, hari mabuk dah tamat ....



Hari Keempat (last day)

oh indahnya panorama alam nirwana u la la ~


bangun pagi pagi, lepas sarapan ..kami menjelajah lagi pantai kat kampung nelayan ni ... kami berendam lagi untuk kali yang terakhir sebelum balik .. lokasi rendaman kali ni .. adalah kawasan atas bendera tu ... sila rujuk gambar di atas ye..


splashhh ! 




main gamat . macam nak penyekkan je .. huhu


dah puas mandi, balik bilik ... kemas kemas barang untuk dibawa pulang... pukul 11 setengah pagi .. dah tunggu bot dekat jeti .. dalam pukul 12.50 tengahari ... sampai dah ke jeti kuala besut ... :)

bubye ! banyak duit kang jumpa lagi ! :D


dah hari last baru nak ambil gambar selamat datang ... kuikui



saja aku besarkan gambar ni ... supaya korang boleh nampak peta kat belakang tu ... kau bayangkan kami berjalan dari YOU ARE HERE tu sampai ke CORAL BAY masa first day tu . sila bayang, sila !



bila dah sampai Kuala Besut tu, kami lunch dekat T kafe lagi sekali ... sebelum naik teksi menuju ke Jeli ... nasib kali ni dapat pemandu teksi pro PM pula ... kami hanya mampu mendengar celotehnya dan kami hanya mampu berhuhuhuhuhuhuhuhuhu ~



jam 4 petang, tiba dengan selamatnya di UMK .. Alhamdulillah selamat perabih duit ... Alhamdulillah .... *nangis*



p/s: lepas bercuti terus jadi CAMNI . HUKHUK, doakan keselamatan aku balik kampung malam ni ye ? 








Monday 21 September 2015

Trip ke Pulau Perhentian (Hari Kedua)

Setelah mengharungi liku-liku getir perjalanan ke Kuala Besut pada Hari Pertama, maka muncul lah mentari pagi pada hari kedua di Kuala Besut, mengikut perancangan, kami akan bergerak menuju ke Pulau Perhentian pada hari tu (16/9) dan kalau boleh nak pergi dengan bot laju yang paling awal. Tapi kita hanya mampu merancang kan ? mana nak mandi, nak gosok baju, nak make up nak bersiap lagi ... sudahnya, kami terpaksa tunggu trip bot laju yang ketiga untuk menuju ke Pulau Perhentian .


sambil menunggu bot sampai tu, akak kat travel agency tu suruh la kami ni sarapan dulu, mungkin terpancar betul muka lapor .. hahaha 


ni masa daftar and settle payment 


ni masa sarapan dekat T cafe 


memasing order roti canai ... pastu tengah makan, akak travel agency tu call kata suruh get ready sebab bot dah nak gerak and suruh kami gerak ke jeti ... nasib jeti tak berapa jauh . 


tiba kat jeti, beli pass untuk ke taman laut .. RM 5 seorang ... lepas tu baru la buh beg baju dalam bot .... lepas dah letak beg dalam bot, kami pun wajib la wefie duluu :D
kaunter pass taman laut 



kaunter anak dara *batuk* pingitan *batuk*


bila bot dah nak gerak tu kami pun ambil la tempat masing-masing, yela ... kalau stay je kat jeti, tak duduk dalam bot bila nya nak sampai pulau ye tak ? hahaha , hambar. 


yeayyy, ready to go !


mencabar betul naik bot ni, lagi lagi masa dia terbang lepas belah ombak tu ,... uishhh ... kuss semangat ! aku yang cool ni pun kekadang boleh keluar gak suara terkejut tu sampai membuat kan hakak hakak vogue yang duduk depan kami pandang lain macam je ... eleeeehhhhhhh , peduli hape aku ! :p


setelah hampir 45 minit membelah ombak ... kami semakin mendekati kawasan yang semakin cantik airnya .. subhanAllah ....indah sangat ciptaan Allah ... 

cantik



model terlampau gembira sebab dia tahu nanti gambo masuk blog . heh


mabuk dah aku masa ni ... lahai... =_=



setelah menurunkan penumpang-penumpang vogue tadi di coral bay (tempat mahal sikit), kami pun diturunkan di kampung nelayan a.k.a fisherman village . Alhamdulillah ... :) Settle check in di Sealife Inn, baring - baring buang letih dan turun makan ... makan dah include dalam package .. senang. 


lepas Zuhur, kami decide untuk jalan je ke kincir angin ...a.k.a windmill, sebab abang yang bagi kunci bilik tu kata kalau nak naik bot teksi tambang pergi balik RM 40 seorang ... kalau jalan ikut track ... dalam sejam dah boleh sampai ... mengenangkan percutian kami pun percutian bajet ... kami putuskan untuk berjalan je ke kincir angin ... 


bila nak start perjalanan tu .. kami pakai selipar jepun je .. sebab pikir nak mandi dekat Long Beach ... sambil jalan sekitar kampung tu, kami tanya dengan penduduk dekat situ track nak ke kincir angin lalu mana...dari budak sampai ke orang tua kat situ cakap .. kincir angin jauhhh kalau nak jalan kaki ... kami cakap tak ape ... kami memang nak jalan ...lagipun kalau satu jam ok je ... kan ? *sigh*


laluan dari kampung nelayan .... 

mula-mula stamina kuat lagi ... sekali dah dekat satu jam .. tak nampak pun tanda tanda kami dah nak dekat sampai ke windmill... hati dah mula ragu-ragu, kaki dah mula rasa sakit, baru sedar yg tu track hiking ... bukan track jalan-jalan ke pasar pagi ... alahaiii .... 


pantai alunan

masih di alunan 


sebenarnya alunan ni dah boleh tahan jauh dah tau dari kampung nelayan tu ... tapi masih boleh tahan lagi masa ni, boleh lagi ambil-ambil gambar....jalan lagi....sampai la kami tiba di pantai petani ... ha .. kat sini baru terdedah yang sebenarnya .. kincir angin tu memang jauhhhh ! sobs 


brader kat pantai pattani ni cakap sepatutnya kami amek je water taxi tu ... bayar RM 40 pergi balik ... sebab kalau nak jalan memang jauh .. tapi apa nak buat ... terlajak perahu boleh di undur .. terlajak perbuatan ... hukhuk, ingatkan nak naik je water taxi dari pantai tu tapi brader tu kata kena jalan sampai coral bay ... kat sana ada banyak water taxi ... jadi .. mahu tak mahu ... kami teruskan lah lagi berjalan .... huhu


sebenarnya kalau pikir-pikir balik, memang menyeramkan perjalanan tu sebab kami tak ada guider langsung, main redah je berlima ... semua perempuan lak tu ... haishhh ... nasib la tak jadi apa-apa .. Alhamdulillah .... memang seram terutama bila lalu dekat kawasan chalet dan bar yang usang tu ... dekat pantai lanun kalau tak silap ... kat situ kalau tiba-tiba ada yang terjah ! memang ALLAH, Kassimmmm ! XD


jalan punya jalan .. akhirnya sampai juga ...


coral bay *kesat peluh*

kami terus pergi beli air dekat kedai... gulp gulp gulp .. pastu terus pikir nak naik water taxi je untuk ke windmill tu ... tak larat nak jalan dahhh ...! 


naik water taxi dengan bayaran RM 30 pergi balik ... tak berbaloi sungguh jalan 2 jam setengah ... dapat jimat RM 10 je ... huh . 


atas bot dah sampai windmill. lain macam survival naik bot ni ... hahaha


sebenarnya muka letih disembunyikan dengan ketawa dan senyuman riang.. merah merah kaki sebab cengkam selipar jepun kuat sangat masa hiking tak rancang tu, gila punya hebat ! haha

pemandangan dari windmill


tapi ... tapi kami tak naik pun ... ni gambar ihsan dari member yang dah naik sampai atas ... hukhuk, kami putuskan akan naik lain kali bila datang lagi .. (so, ada la sebab kan ? kehkeh)


aku dah geramkan nak mandi je ... tengok je la air dia kan ... fuhhh , menggoda iman la ! jadi, kami inform kat driver bot tu , kami nak mandi dekat tepi tu ... dia kata boleh, tapi jangan tengah sangat .. dia bagi pinjam life jacket sekali ... memang baik la abang tu :-*


nampak tak ain bahagia sangat ? kihkih



besor kan penyu ni ? tengok ... aku cuma watak tambahan je kat belakang tu ... hihi, peace ! :p


kami je yang mandi dekat sini, yela ... sebab orang datang kincir angin sebab nak naik atas tu bergambor ... yang kami ni pulak nak mandi .. rugi tak dapat naik ... tapi tak ape, lain kali la ... (ayat pujuk hati)


aku besorkan sikit gambor ni 

ngeri kan tangga nak naik tu ? dah karat-karat ... risau kat keselamatan kami ... tu yang tak naik tu ... haha ... padahal dah tak larat ! nampak tak kincir angin tu ? menurut info ... kena daki 900 anak tangga untuk sampai ke atas ... fuhh ... ye ke ? 


lepas dah puas mandi ... kami bergerak pulang ke kampung nelayan ....pukul 6 petang macam tu ... kat sini kalau nak guna perkhidmatan water taxi pada sebelah malam, kena charge double the price tauuu ! jadi, bersegera lah anda pulang sebelum hari malam ... masa dekat jeti Kuala Besut pun abang dekat travel agency tu ada cakap ... kalau ada yang nak bawak naik bot pergi Long Beach malam malam , baik tak payah pergi ... sebab kebanyakannya tak sediakan life jacket ... jadi .. keselamatan pun tak terjamin ... lagipun banyak maksiat ...huhu...bahaya .. lebih-lebih lagi perempuan .. so better stay je kat bilik ye ... siang hari barulah kita berjalan-jalan... 


hari pertama di Pulau Perhentian amat lah memenatkan ... hahahaha ... so, balik je ke kampung nelayan, naik bilik .. siap-siap turun makan malam dan terus berehat, bersedia untuk aktiviti snorkelling esok paginya ! Tunggu next entry eah ? hiks 


p/s: klik SINI







Sunday 20 September 2015

Trip ke Pulau Perhentian (Hari Pertama)

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak masa untuk menaip di ruangan entry ni. Hari ni nak cerita mengenai trip yang dah lama berada dalam wishlist, Trip ke Pulau Perhentian... :)


dalam perancangan kami, nak pergi 4 orang, aku, Ira, Za Za dan Zaff, tapi last minute ada penambahan anggota, Ain dan Syahirah Zakaria .. dan yang paling sedih sebab Zaff tak dapat turut serta trip ke pulau kali ni sebab Zaff ada program daki gunung ... jadi sudahnya, kami berlima sahaja yang join trip kali ni , (takpe zaff, tahun depan bulan 5 kita gi lagi nak ? demi kau ... kihkihkih)


oleh sebab kami perlu daftar di travel agency pukul 10 pagi hari rabu (16/9), jadi kami mengambil inisiatif untuk menuju ke Kuala Besut sehari sebelum iaitu pada (15/9), kami berkumpul tunggu bas dekat bus stop depan UMK ni lebih kurang pukul 2 setengah petang ...


tadi ada mention tentang bas kan ? ha ... tapi kami akhirnya menggunakan perkhidmatan teksi. Setelah kaw-tim dengan pakcik teksi mercedes tu, kami dapat la harga seorang RM 6 untuk menuju ke Tanah Merah (TM). Kiranya, satu kereta RM30 la ..


keadaan teksi ni walaupun ianya mercedes amat lah menyedihkan ye sohabat sekalian... kalau tak nampak itu teksi, kalau dengar bunyi enjin je ... memang boleh sangka motobot atas darat.. risau rasa ... sampai ke tak , sampai ke tak ... tapi Alhamdulillah ... sampai ke TM dan aku minta pak cik ni terus la hantar ke Machang ... harga tambah lagi RM 4 seorang ... (masa ni dah yakin tau yang teksi ni boleh pergi jauh, haha). Pengudaraan dalam teksi amat lah baik sebab tingkap sebelah aku (sebelah driver) dah memang lompong ... jadi angin menderu masuk tanpa sebarang masalah ...


jangan kau ingat bila tingkap dah lompong tu, pakcik ni tak nak buka air-cond tau ! ehh ... still bukak .... bila berhenti dekat traffic light tu rasa la sepoi sepoi angin air-cond ... tapi yang jadi persoalan aku sampai sekarang ni ... apesal banyak sangat semut keluar bertiti-titi dari air-cond pakcik tu ... gulp ... gaya nya macam dah lama tak digunakan je teksi ni .... >_<


tapi pakcik ni baik ... asyik cerita dia ada anak menantu kerja dekat Universiti Malaya (UM)... pegawai agama kat sana .. selalu bawak pelajar-pelajar pergi seminar dekat Pulau Perhentian ... sedih pulak tengok keadaan pakcik tu .. nak cari rezeki berhempas-pulas ... tapi tetap berbangga dengan anak-anak dia ... harap anak -anak dia hargai la pakcik ni ... sobs ...


ok, sampai Machang, cari teksi lagi yang boleh hantar kami berlima ke Kuala Besut dengan tambang yang mampu milik bayar... sembang punya sembang... ada pakcik ni boleh hantar kami ke Kuala Besut dengan harga RM 40 satu kereta ... makna kata RM 8 la seorang ... ni kereta proton saga, jadi kekawan yang duduk belakang tu memang sempit la sikit ... berbanding dengan mercedes tadi ... untung berbadan besar seperti aku, secara tak langsung dipilih untuk jadi co-driver ... ini yang membuatkan aku sangsi dengan keputusan untuk diet ni .. hmmmm, HAHA


pakcik ni lain sikit, cara bawak dia ... bikin penumpang mabuk ! jenis yang bawak kereta tekan minyak main henjut .... henjut ... tak habis .. faham tak ? tak ? tak kisah la, yang penting kami mempunyai kecenderungan mabuk yang tinggi la sebab pakcik ni bawak macam ni ...


akhirnya dalam pukul 5 setengah petang , kami sampai la ke Kuala Besut ... Alhamdulillah ... kami terus cari penginapan yang kami dah tempah sehari sebelum ... RM 15 seorang semalaman di Nan Hotel ... hotel bajet je untuk percutian bajet bagi student yang bajet kaya ... *nangis*






lepas lepak-lepak dalam bilik hotel, kami keluar semula untuk mengisi perut yang sudah rancak berirama senandung semalam, kami pilih warung yang paling dekat dengan pemandangan laut ... untuk makan sambil menghayati pemandangan indah waktu senja (masa setan banyak).


-pemandangan dari warung-



-Air Batu Campur (ABC) Special dari warung-


-Nasi Goreng USA dari warung-

Makan Makan Makan !
(kaya la pengusaha warung, dan pokai la seorang Azza) *lap hingus*


perjalanan hari berikutnya akan menyusul dalam entry berikutnyaaaaa ..... :D


p/s: cerita yang telah diceritakan bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa ... tetapi sebagai renungan untuk kita bersama ... dan juga sekadar catatan memori terindah dalam hidup seorang blogger untuk dikenang pada waktu yg akan datang...

p/s lagi: klik word lepak-lepak kat atas tu ... aku pun baru tahu ... hebat kan ?? hahaha




Saturday 19 September 2015

Jerebu

hai semua ! 


macamana progress jerebu di kawasan korang ? di Jeli ni, nampak macam teruk jerebu nye ... tapi tak pulak aku cek lagi berapa kadar bacaan IPU di sini... 


cuma yang dapat dipastikan , balik je daripada kelas hari selasa hari tu, tekak rasa pahit pedih je, mata pun merah, kepala pun bengal je ... tau tak bengal ? haha . 


tengok je la gambar yang aku ambil sebelum jerebu melanda ......:



masa ni waktu pagi tau, yg kat perbukitan tu kabus ... tenang je rasa kalau tengok pemandangan dari aras 4 ni ... a'ah ... aras 4 .... *muka redha*


ni pulak gambar petang hari selasa, lepas aku balik dari kelas ...





teruk kan ? bahaya untuk kesihatan ni ... sebab tu la kena bercuti di Pulau Perhentian untuk lari dari jerebu ni .. hiks :p

Sunday 13 September 2015

"Bestie Forever" Segmen By Jejak Jutawan Senyap

tertarik pula nak join segmen by Jejak Jutawan Senyap ni sebab aku ada sorang kawan ni yang sentiasa akan ada dengan aku dari zaman belum ada jerawat sehingga la zaman dah pandai nak melawo, waktu tengah taip entry ni pun dia ada dekat katil dia, tengah buat senarai nama bebudak yang nak kena panggil temuduga kelab, aku harap dia tabah buat semula poster tu sebab tadi tetiba poster yang dah siap hilang begitu sahaja tanpa sempat di save. *ketawa jahat*


dah lupa tarikh kenal, tapi rasa nya kenal dia sejak zaman tadika... cuma kelas lain , aku kelas cikgu Mala , dia kelas cikgu Iza. Masa ni tak rapat sangat, masuk darjah 1, kelas tak sama lagi, aku kelas 1 Usaha, dia kelas 1 Tabah.


lepas tu, aku dan dia ni terus bersama-sama dalam ...........:

  1. darjah 2 Harmoni
  2. darjah 3 Amanah
  3. darjah 4 Berkat
  4. darjah 5 Berjaya 
  5. darjah 6 Bestari 

dan diteruskan lagi ke sekolah menengah, sebab memasing tanak masuk asrama, nak ambil darjah khas kata nya, jadi kami sekelas lagi, persahabatan semakin rapat sebab masa sekolah menengah ni dah mula faham erti perasaan. ecececececehhhh :D


  1. tingkatan 1 Arif
  2. tingkatan 2 Arif
  3. tingkatan 3 Arif
  4. tingkatan 4 Arif
  5. tingkatan 5 Arif

dapat keputusan SPM, sama-sama mohon matrikulasi dan dapat tawaran yang sama, Kolej Matrikulasi Johor, dalam modul yang sama, Modul 3, cuma kami dapat Praktikum yang berbeza, aku MT8, dia MT10. Tapi masih lagi akan jumpa dan balik kampung sama-sama. 


habis setahun di matrikulasi, aku punya la ingat dia dan aku akan bawa diri memasing, yela, universiti berlambak dalam Malaysia ni, takkan la kami boleh satu kelas lagi kan ? jadi .. aku dan dia rahsiakan apa yang kami pilih dalam online UPU kami, siap dah minta maaf salah silap selama berkawan sebelum masuk uni, tapi rupa-rupanya keputusan UPU yang kami peroleh ialah kami dapat.......

  1. Universiti yang sama (UMK)
  2. Jurusan yang sama (Sains Sumber Asli)
  3. Kelas yang sama 
  4. Bilik yang sama (sampai sekarang.. 3rd year dah.. HAHA)

cuma yang aku betul betul harap adalah kami berbeza suami. hmm hmmm. kalau itu pun nak sama... memang dia nak kena kaki....>_<


terlalu banyak cerita nak dikongsikan antara aku dan dia.. tak tahu nak mula dari mana dan tak tahu pengakhirannya nak letak apa... yang aku tahu, bagi aku dia bukan seorang sahabat.... tapi KELUARGA. Harapnya hubungan yang terjalin kekal dunia akhirat .... 


Kisah yang Paling Diingati

kisah yang paling aku tak boleh lupa dengan dia adalah waktu zaman-zaman minah rempit dulu. Sampai sekarang ni aku masih tak boleh mencari sebab apa yang kami seronok sangat meronda di petang hari menaiki motor mengelilingi felda sampai ke felda sebelah ditakluknya.


teringat lagi  dia membonceng aku, naik motor kriss masa tu ... jalan tu macam berbukit sikit, jadi aku pun tukar kepada gear 2, di hadapan motor kami ada satu kereta kancil, pemandu kereta tu nampak macam baru ambil anak-anak balik sekolah... ada jugak anak kecil, adik-adik yang gi sekolah tu agaknye .....


aku yang dah tukar gear 2 memang tak boleh tunggu belakang kereta ni ... nak jugak potong kereta kancil ni, apa yang aku kejar pun tak tahu la, aku pun pecut .. potong kereta ni .... siap kerling pemandu tu lagi ... kononnya aku la pemenangnya ... haha


dalam keadaan penuh takbur lepas dah potong kancil tu , ntah macamana motor tu makin ke tepi ... sampai ke bahu jalan .. dan dalam keadaan perlahan .... 


'gedebek' ! 


nasib la lepas potong kereta tu aku dah slow sikit, jatuh pun dalam keadaan slow la ... tak cedera apa-apa. Cuma yang aku tak leh lupa kan budak kecil dalam kereta tu lambai ke aku dengan dia yang dah tergolek ni ... HAHAHA. perghh malu la, rempit boleh jatuh ! 


ada pakcik yang tengah mesin rumput dekat kebun seberang jalan tu siap berenti mesin lagi, bila kami bangun angkat motor baru pakcik tu teruskan mesin ... hahaha. Nak ikutkan, boleh je aku nak buat-buat pengsan kekonon cam jatuh tu sebab gelap mata, tapi kesian pulak pakcik tu nanti kena tolong ... ceh 


tapi tu dulu la ... sekarang ni ... nak bawak motor pun aku tak berapa nak rajin, melainkan ada hal-hal yang urgent je. Contoh perkara urgent adalah macam bergosip kat rumah dia . :D


dia yang aku maksudkan adalah ..... 



Nur Syahirah bt Zainuddin
muda sehari dari aku (25/5/1994)
masih single
gambar ini diambil pada tahun 2007. *tahan gelak* HAHAHA


tapi itu gambar dulu, sekarang ira dah tampil lebih menarik 

semasa di matrikulasi 


di universiti 


dan ini koleksi gambar kami dari zaman selebet hingga kurang nak selebet. 


lepas SPM, dalam proses ambil lesen masa gambar ni...


zaman matrikulasi




gambar masa dinner matrik. suka pic ni, ade dalam purse sehingga ke hari ini. :p



alam universiti, nampak muka semakin matang. ehem. 




ok ni masa buat assignment, kami satu kumpulan gi kilang batik kat jalan PCB, Kota Bharu


nak ikutkan, satu entry je tak cukup untuk ceritakan cerita tentang kenangan antara kami berdua. Sebab tu kalau scroll entry aku yang lepas-lepas, nama Ira memang boleh kata most name being type la... banyak lagi cerita selain dengan Ira, aku 'gedebek' jatuh motor, dengan Ira, aku keluar bandar first time naik bas, dengan Ira la aku cerita semua cinta monyet aku, pastu dengan Ira la aku whatsapp kekonon acah whatsapp pakwe... sedih ! HAHA


harap-harap Ira tak la riak lepas aku up entry ni, aku bukan apa .... sesaje nak join segmen ni ... mana nak tau kot kot ada rezeki? :D hiks , lebiu ira :-*






Saturday 12 September 2015

Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1



tengah tengah BW nampak pulak rakan blogger, cik Mia Liana join satu giveaway ni . kita pun nak try jugakk ! hiks :p


sesape yang nak join, jangan segan silu... last date 25 September 2015 ! 

Friday 11 September 2015

Ulat Gonggok Belang Hitam dan Kuning

hai

rajin betul la azza mastura update pepagi , hiks .

well semalam aku pegi teman Ain ngan Dyla beli basikal dekat Tanah Merah (TM). Kedai basikal yang kami tuju berdekatan dengan stesen bas lama belakang tu, sewaktu mereka ni sedang memilih -milih basikal yang berkenan di kalbu, aku ngn Ira ternampak kedai baju di seberang jalan, jadi kami pun lintas la ke seberang.


Sampai kat kedai tu, mata dan tangan terus la asyik membuat pilihan, beli tak beli lain cerita eh, yang penting cari yang mana lawo dulu (!) HAHA.


Tengah seronok membuat pilihan, tetiba aku terpandang la kat kaki Ira, apa benda pulak yang merayap dekat tepi sandle Ira ni, sekali aku zoom mata aku.......


|
|
|


Harpaphe haydeniana 002.jpg
(sumber:wikipedia)

.
.

(yang ni bila zoom out sikit ...pinjam gambar dari blog ni, mintak halal .... hiks)


(sila baca ayat seterusnya ini dalam nada yang panik ye sohabat) 

Perghh, yang paling aku pasti saat aku terpandang ulat ni terus meremang segala bulu-bulu roma aku ! Seumur hidup aku, aku belum penah jumpa lagi ulat macam ni, dan yang pasti bukan dalam keadaan yang banyaakkkkkkkkk gilaaaa okayyy ! 


ok banyak tu tak ada la hiperbola sangat, tak ada la sampai kau memang pijak atas ulat ni je. Tapi banyak yang macam ke mana pun kau arahkan bola mata kau, mesti ada nampak la kat situ paling paling 2-3 ekor ... . kalau dah satu area kau zoom 2-3 ekor , kau boleh bayang aku zoom kat berapa area ?? ada banyak yang dah kena pijak pulak tu.


umum mengetahui Azza Mastura amat la syerammm dengan ulat (tak kisah la ulat apa pun aku tak sukaaa), serangga yang sebegini, cicak dan juga pacat serta lintah, Di mana jika kita lihat aspek utama serangga ini, mereka ini mempunyai banyak kaki dan juga berkeupayaan tinggi untuk merayap di tubuh badan kita, uiii mak aihh .... 


bila aku dah spot je, aku terus melakukan langkah hentak kaki 10, 1, 2 untuk memastikan kaki tak jejak ke bumi untuk jangka masa yang lama. Biasanya untuk pacat, perlakuan ini berhasil, walaupun agak memenatkan la ... *muka redhaa*


aku tanya kakak owner kedai tu, ulat apa dia ni ? ulat bulu ke apa ? macam ulat gonggok tapi pasal apa tak warna merah lepas tu pasal apa laju gila dia jalan tak macam ulat gonggok yang biasa tu ? dia tak merayap naik atas badan kita ke ? and etc la aku tanya. Masa ni Ira rileks lagi shopping, eh dia buat bodohh je lahai menatang tu banyak dekat-dekat dengan diaa . =_=


"tak la .. tak bahaya pun ... ulat gonggok ..."
"tak naik kat badan kita.."
"memang banyak ... kat tepi tu ada sarang dia .. tu yang banyak tu ..."

chill je akak tu jawab. Cett !

Ira cuba sentuh badan ulat gonggok tu guna hujung sandle dia, tapi tak pulak dia bergulung cam ulat gonggok biasa tu. 


Bila dah berjaya menyelamatkan diri dan pulang ke UMK, aku pun google la pasal ulat gonggok ..


Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga ) {bukan serangga eh? hiks}
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.
(info aku peroleh dari SINI)


 memang spesies ulat gonggok ... Harpaphe haydeniana nama saintifik bagi yang warna kuning hitam ni ...tapi payah nak jumpa penerangan spesifik buat jenis yang ini .. kalau berminat nak tahu lebih pasal ulat gonggok korang boleh klik SINI. Tapi sebelum tu klik la SINI untuk tambah pengetahuan umum !


Bahaya juga kalau banyak sangat ulat gonggok ni .... boleh jadi masalah Serangan Ulat Gonggok tau !

Wednesday 9 September 2015

Semester 5 Bermula !

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah habis pun cuti semester tiga bulan, sekejap je rasa masa berlalu dan dah pun ada semula di UMK. Semoga segala urusan dalam semester ini dipermudahkan Allah Taala.


ceritanya, sem ni aku tersenarai sebagai penghuni blok kediaman lagi. ramai kawan kawan sekepala yang tak tersenarai untuk duduk dalam blok kediaman dan berpindah ke kawasan perumahan yang digelar Pinggiran UMK. Aku tak tau pun aku dapat duduk dalam blok, mindset dah memang kena duk luar ngn member member, nama pun dah bagi untuk serumah dengan siapa. tetiba dapat tahu mengejut dapat duk blok, mental break down gak pasal jauh ngn member. haish


bila dah terpisah tempat tinggal ni mula la rasa sedih gila sebab dah jauh dengan member member yg sebelum ni selalu lepak-ing, wefie-ing sesama. Memang rasa sangat sunyi dia , sedih kekadang ingat kenangan . perhh . poyo sangat eak ? bukannya tak jumpa langsung tapi tu lah , lain rasa dia , memang lain . kalau dulu boleh lagi member datang bilik kita main kad "old maid" sampai pukul 2 pagi pastu bertebaran balik bilik memasing, la ni diorang yang duk pinggiran la kot masih rasa lagi keadaan tu. yang duk dalam ni pulak krik krik je ~  Sedih woo !

contoh wefie-ing kami



tengok selipor croc jiran bilik warna kuning teringat kat dyla , tengok yg warna pink teringat kat zeha , sobs ! lahaii ...

gi kelas pulak member pakat bagi ayat sarcasm, be like:

"tung ahh duk blok kannn , tak berpeluh punnnn ,,, tung ahhh"
"aku tak leh lepak lama wehh , pasal aku tak cam kau dapat duk blok...."
"layak ke lagi kita kawan ni ? aku tak aktif cam kau ... bukan orang penting .. duk pinggiran jeeee"

PERGHH ! PEDIH . SEDIH . hukhukhuk

sampai aku tak suka bila orang bangkit perkataan cam duk blok ni bagus la, orang penting la. and i'll be like
"tak ada bezaaa pun kalau kekawan jauhhhh wehhh !" 

but hey, whose gonna believe that ? :(

nasib ada jugak si syahirah ni sebilik dengan aku lagi . haha , kalau tidak, mahu hilang punca jugak aku. Tapi tak apa la, mungkin memang ada hikmah, macam mak aku cakap la ... ada hikmah aku tersenarai duk dalam blok kediaman ... mak risau kalau aku kena duk pinggiran sebab tak ada transport ...sebenarnya mak risau lettew kalau adek mintak fortuner kan kan ? . kihkih

nasib ada pengubat kekecewaan , hiks


blogwalking je la lepas ni kitaaa ~ 


p/s: klik perkataan wefie-ing kat atas tu, mana tahu boleh menang ^^







Tweet Tweet