Assalammualaikum semua :)
dah lama tak update, dan hari ni nak cerita sikit tentang pembatalan PTPTN yang aku janji nak update dalam entry INI .
sempena cuti deepavali, aku telah pulang ke kampung pada hari ahad yang lepas untuk melepaskan rindu dendam terhadap mak dan abah serta menyelesaikan persoalan tentang situasi pinjaman PTPTN aku ni samada sudah batal ataupun tidak. tapi sebagai langkah berjaga-jaga, aku bawa je balik sekali fail-fail yang berkenaan mana lah tahu kot-kot ada yang tak selesai lagi.
walaupun dah sampai kampung hari isnin, aku ambil keputusan untuk pergi ke cawangan PTPTN di Kluang tu pada hari khamis je since hari jumaat aku dah balik semula ke kelantan, dalam hati ni berharap sangat cawangan PTPTN kat Kluang ni boleh bantu selesaikan permasalahan aku ni dan tak suruh aku untuk further lagi hal ni dekat cawangan besar PTPTN.
mak dan abah nak ke pasar pagi, jadi aku pun ambil kesempatan ikut sekali sambil angkut semua fail yang brkenaan dan ambil borang pembatalan yang ira dah tolong printkan untuk aku dekat rumah dia (thanks ira!), isi semua maklumat dalam kereta je ... tak jadi masalah sebab maklumat tu simple je dan cuma kita perlukan surat tawaran jika alasan kita batalkan PTPTN tu sebab menerima tajaan dari pihak lain. dalam situasi aku, aku kena isi maklumat dalam borang pembatalan tu dan sertakan sekali salinan surat tawaran biasiswa dari JPA. link untuk dapatkan borang pembatalan PTPTN:
korang jangan lupa klik SINI juga :p
cawangan PTPTN dekat Kluang ni terletak dekat tingkat satu, bangunan depan Balai Bomba Kluang, satu bangunan dengan Pejabat KWSP Kluang. eh berapa banyak Kluang daaa .. haha
sampai kat situ, dengan lafaz Bismillahirrohamanirrohim .. aku naik tangga dan beri salam, tak ada sesiapa kecuali staff kat situ, 3 orang .. sorang lelaki dan dua orang perempuan. oleh sebab tak ada tetamu lain selain aku , ketiga-tiga semacam berharap aku berurusan dengan mereka tapi oleh sebab aku ni perempuan, aku lebih tertarik kepada lelaki :p
aku: Assalammualaikum encik, saya nak tanya tentang prosedur pembatalan PTPTN.
staf: Waalaikumussalam , duduk la .. boleh mintak no kad pengenalan ?
(aku pun bagi no kad pengenalan aku dan dia key-in dalam sistem, sambil tunggu loading, dia tanya ..)
staf: borang pembatalan dan surat tawaran dah isi ?
aku: dah dah ... (sambil nak keluarkan borang)
staf: (tengok screen computer) eh ... tapi ni dah batal ni awak .....
aku: oh, maksudnya pihak JPA dah tolong uruskan la ye ? saya cuma nak pastikan sebab PTPTN saya still masuk semester ni ..
staf: ye ... ini semester terakhir ... semester depan tak masuk dah .. :)
aku: kalau macam tu, terima kasih encik :)
kalau baca dalam entry lepas, aku ada mention, aku dah sediakan borang seperti yang diatas dan serahkan kepada pihak JPA sewaktu penyerahan dokumen perjanjian. tapi waktu aku tanyakan tentang pembatalan ni, kakak tu cakap, kne confirmkan sendiri dengan PTPTN, kena tanya mereka sendiri sebab kakak tu tak pasti ... tapi aku tak ade masa nak gi tanya ... nak call pulak segan .. pula tu ada sorang saudari ni komen soal PTPTN ni, beliau kata perlu settle sendiri .. jadi aku pun amek keputusan untuk pergi je lagi sekali ...
Alhamdulillah , maksudnya pihak JPA dah tolong batalkan PTPTN untuk saya dan kawan-kawan yang tertanya-tanya tentang PTPTN ni samada kita masih dapat pinjaman atau tidak :)
Tahniah buat semua, biasiswa yang kita dapat adalah hasil dari usaha kita selama ini, gunakan peluang yang diberikan ini untuk terus mencipta kecemerlangan di masa hadapan ! (di samping supaya biasiswa tak kena tarik semula ... HAHA)
bye folks :)
kejap lari topik ! siapa yang masih single? hehe, boleh tengok kelebihan single dekat SINI
tahniah dik!
ReplyDeletethanks angah ! :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletepastu ptptn yg kita dh guna sebelum ni kene byr balik ke
ReplyDeleteof course dear, sebab tu nama nya pinjaman ptptn .. hahaha , tapi lepas habis belajar la baru kena bayar ...
Deletekalau tak dapat biasiswa tapi kite nak berhenti amek ptptn kite kene byr sekali gus ke pinjaman yang kite dh buat tu?
Deletesaya tak pasti , tapi rasanya tak la kejam sampai macam tu .. hehe boleh call ptptn atau tanya terus ke office yang berdekatan dengan awak 😊
DeleteJadi maknanya pembatalan tu kit takyah buatla. JPA akan batalkan, gitu?
ReplyDeleteye , kita serahkan borang pembatalan ptptn dan satu salinan surat tawaran biasiswa jpa waktu penyerahan dokumen perjanjian penerimaan biasiswa jpa dekat kaunter berperingkat yang diberitahu. lepas kita dah terima biasiswa kita yang pertama , kita boleh confirmkan balik tentang pembatalan pinjaman ptptn kita di office yang berdekatan ... just to make sure la yang ianya benar benar dah dibatalkan ... :)
Deletekalau kita dah batalkan ptptn tu maksudnya brapela yg kita kena bayar balik?
ReplyDeletebergantung la kepada berapa yang kita dah pun pinjam .... ditambah dengan sedikit bunga bunga cinta layu di pusara .. haha
DeleteNak tanya, ada tempoh tak bila kita kena tamatkan ptptn tu? atau bila-bila ja kita boleh pergi ke pejabat ptptn untuk tamatkan?
ReplyDeletelagi cepat lagi bagus rasanya 😅
Deletemcm mna nk tau ptptn dah dibatalkan ataupun belum..
ReplyDeleteawak boleh rajinkan diri ke office ptptn berdekatan pastu tanya pegawai kat situ , dia akan mintak no ic dan cek status kita samada dah batal ataupun tidak 😊
DeleteAssalamualaikum nk tnye mcm mana klu x serah borang perjanjian pd waktu yg ditetapkan adakah permohonan terbatal?
ReplyDeletewaalaikumussalam , maaf saya kurang jelas , perrmohonan yang mana awak maksudkan ye?
Deleteassalamualaikum, selepas kita batalkan pinjaman PTPTN tu sbb dapat biasiswa, kita perlu bayar terus ke wang PTPTN yg dah digunakan?
ReplyDeletetidak ... bayar selepas tamat pengajian ...
DeleteKalau kita xdpat nk tamatkn pengajian kita boleh ke stopkn ptptn? Dn byr jmlh yg kita pnjam tu shaja ye? Mcm tu ? Skalgi gus atau boleh byar ansur seperti biasa?
DeleteHello,
ReplyDeleteIni adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Roseanna Moore, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)
Salam. Saya nak tanya, kalau saya nak apply JPA, kena beri surat pembatalan PTPTN sewaktu dah confirm dapat JPA atau masa nak memohon ya? Ke selagi belum confirm dapat JPA, jangan batalkan PTPTN dulu.
ReplyDeletedah confirm dapat baru batalkan ptptn
DeleteAssalam nak tanya. Kalau nanti dapat offer jpa, kita boleh decline tak.
ReplyDeleteye awak , boleh
DeleteAsslm akk, nak tnya, kalau dah dapat borang offer ptptn tapi tak bagi balik borang lampiran A mksudnya dah kena batal Dan xperlu nak bayar ape2 kan sbb? Sbb xpernah pakai.
ReplyDeletemaaf ye , kurang jelas maksud pertanyaan awak ni , kalau awak tak pernah guna ptptn , tak payah bayar apa² la kan ? 😅
DeleteHai. Assalamualaikum. Saya nak tanya, proses pembatalan ptptn ni dokumen apa yang diperlukan dan ada apa apa bayaran ke yang diperlukan?
ReplyDeletetak perlu nak bayar apa² , boleh contact ptptn sendiri utk cara² pembatalan
Deletehi. nk tnye kalau nak stop ptptn sbb dpt biasiswa lain kena bayar terus ke selepas pembatalan atau ada tempoh yg ditetapkan?
ReplyDeleteBayar lepas habis pengajian
DeleteAssalammualaikum, adakah prosedur masih sama untuk 2017?
ReplyDeleteassalamualaikum... saya ade masalah dgn ptptn saye.. saye lambat hantar borang perjanjian, and then staff ptptn tak terima sbb dah tamat tempoh and lepas tu die suro saye buat permohonan yg baru dgn beii no pin yg baru,,,lpas tu bile saye buat yg baru saye tak lepas sbb permohonan yg lame masih dalam status diluluskan.. mcm mane saye nak batalkan permohonan yg lame tu??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam .saya ada batalkan ptptn haritu sebab dapat jpa ( dalam tempoh sem 3) . Tapi ptptn untuk sem 4 still masuk . Maknanya ptptn tak terbatal lagi or camne?
ReplyDeletehi , awak batalkan tu hantar borang kat ptptn ke ? saya pun dpt jpa sem lepas , tp sem ni dapat juga pt .
DeleteHi.... Saya sekarang masih bersekolah kat kolej,saya nak berhenti dari kolej tu, saya ada pinjaman ptptn, saya perlu batalkan ptptn dulu atau berhenti sekolah dulu baru batalkan ptptn??
ReplyDeletehi.. nak tanya sikit. lama tak prosedur untuk pembatalan ptptn tu?
ReplyDeleteMacam mane nk batalkan pinjaman ptptn ya....berhenti pengajian..
ReplyDeletenak tanya.klu borang pembatalan ptptn tu boleh x kalau pos ja..ke memang kena ke pejabat dy
ReplyDeleteNak tanye..klu surat prjnjian blom smpai lgy dkt ptptn...kte pnye status ptptn tu cm ne? Dah terima atau blom diterima??? N saya nk tnye..wpp yg dpt 1500 tu kte kna bayo balik mcm mne?? N byr balik tu ade kenakn bunga ke x??
ReplyDeletenk tnya klau kite dh appy pt tu... tpi kite benti sem satu ..amaun yg kena kena bayar tu berdasar kn sem ke ..mcm mna ..
ReplyDeleteBoleh tanya tak... Bagi yg berhenti belajar tu dan tlah mendapat surat pengesahan ptptn tu mcm mna ya, sbb sya taknak ambl pnjaman ptptn
ReplyDeleteMaaf nak tanya.. harap dijawab.. lepas kita hantar borg pembtalan ptptn tu kat pejabat ptptn.. kita akan dpt borg baru utk diprint dlm web biasiswa baru kan?? Pastu borg2 baru yg perasmian pengakuan pe sume tu ade perlukan cop dari sape je ye??
ReplyDelete