Hai Follower !

Pages

Sunday 20 September 2015

Trip ke Pulau Perhentian (Hari Pertama)

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak masa untuk menaip di ruangan entry ni. Hari ni nak cerita mengenai trip yang dah lama berada dalam wishlist, Trip ke Pulau Perhentian... :)


dalam perancangan kami, nak pergi 4 orang, aku, Ira, Za Za dan Zaff, tapi last minute ada penambahan anggota, Ain dan Syahirah Zakaria .. dan yang paling sedih sebab Zaff tak dapat turut serta trip ke pulau kali ni sebab Zaff ada program daki gunung ... jadi sudahnya, kami berlima sahaja yang join trip kali ni , (takpe zaff, tahun depan bulan 5 kita gi lagi nak ? demi kau ... kihkihkih)


oleh sebab kami perlu daftar di travel agency pukul 10 pagi hari rabu (16/9), jadi kami mengambil inisiatif untuk menuju ke Kuala Besut sehari sebelum iaitu pada (15/9), kami berkumpul tunggu bas dekat bus stop depan UMK ni lebih kurang pukul 2 setengah petang ...


tadi ada mention tentang bas kan ? ha ... tapi kami akhirnya menggunakan perkhidmatan teksi. Setelah kaw-tim dengan pakcik teksi mercedes tu, kami dapat la harga seorang RM 6 untuk menuju ke Tanah Merah (TM). Kiranya, satu kereta RM30 la ..


keadaan teksi ni walaupun ianya mercedes amat lah menyedihkan ye sohabat sekalian... kalau tak nampak itu teksi, kalau dengar bunyi enjin je ... memang boleh sangka motobot atas darat.. risau rasa ... sampai ke tak , sampai ke tak ... tapi Alhamdulillah ... sampai ke TM dan aku minta pak cik ni terus la hantar ke Machang ... harga tambah lagi RM 4 seorang ... (masa ni dah yakin tau yang teksi ni boleh pergi jauh, haha). Pengudaraan dalam teksi amat lah baik sebab tingkap sebelah aku (sebelah driver) dah memang lompong ... jadi angin menderu masuk tanpa sebarang masalah ...


jangan kau ingat bila tingkap dah lompong tu, pakcik ni tak nak buka air-cond tau ! ehh ... still bukak .... bila berhenti dekat traffic light tu rasa la sepoi sepoi angin air-cond ... tapi yang jadi persoalan aku sampai sekarang ni ... apesal banyak sangat semut keluar bertiti-titi dari air-cond pakcik tu ... gulp ... gaya nya macam dah lama tak digunakan je teksi ni .... >_<


tapi pakcik ni baik ... asyik cerita dia ada anak menantu kerja dekat Universiti Malaya (UM)... pegawai agama kat sana .. selalu bawak pelajar-pelajar pergi seminar dekat Pulau Perhentian ... sedih pulak tengok keadaan pakcik tu .. nak cari rezeki berhempas-pulas ... tapi tetap berbangga dengan anak-anak dia ... harap anak -anak dia hargai la pakcik ni ... sobs ...


ok, sampai Machang, cari teksi lagi yang boleh hantar kami berlima ke Kuala Besut dengan tambang yang mampu milik bayar... sembang punya sembang... ada pakcik ni boleh hantar kami ke Kuala Besut dengan harga RM 40 satu kereta ... makna kata RM 8 la seorang ... ni kereta proton saga, jadi kekawan yang duduk belakang tu memang sempit la sikit ... berbanding dengan mercedes tadi ... untung berbadan besar seperti aku, secara tak langsung dipilih untuk jadi co-driver ... ini yang membuatkan aku sangsi dengan keputusan untuk diet ni .. hmmmm, HAHA


pakcik ni lain sikit, cara bawak dia ... bikin penumpang mabuk ! jenis yang bawak kereta tekan minyak main henjut .... henjut ... tak habis .. faham tak ? tak ? tak kisah la, yang penting kami mempunyai kecenderungan mabuk yang tinggi la sebab pakcik ni bawak macam ni ...


akhirnya dalam pukul 5 setengah petang , kami sampai la ke Kuala Besut ... Alhamdulillah ... kami terus cari penginapan yang kami dah tempah sehari sebelum ... RM 15 seorang semalaman di Nan Hotel ... hotel bajet je untuk percutian bajet bagi student yang bajet kaya ... *nangis*






lepas lepak-lepak dalam bilik hotel, kami keluar semula untuk mengisi perut yang sudah rancak berirama senandung semalam, kami pilih warung yang paling dekat dengan pemandangan laut ... untuk makan sambil menghayati pemandangan indah waktu senja (masa setan banyak).


-pemandangan dari warung-



-Air Batu Campur (ABC) Special dari warung-


-Nasi Goreng USA dari warung-

Makan Makan Makan !
(kaya la pengusaha warung, dan pokai la seorang Azza) *lap hingus*


perjalanan hari berikutnya akan menyusul dalam entry berikutnyaaaaa ..... :D


p/s: cerita yang telah diceritakan bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa ... tetapi sebagai renungan untuk kita bersama ... dan juga sekadar catatan memori terindah dalam hidup seorang blogger untuk dikenang pada waktu yg akan datang...

p/s lagi: klik word lepak-lepak kat atas tu ... aku pun baru tahu ... hebat kan ?? hahaha




1 comment:

Tweet Tweet