Hai Follower !

Pages

Sunday, 13 September 2015

"Bestie Forever" Segmen By Jejak Jutawan Senyap

tertarik pula nak join segmen by Jejak Jutawan Senyap ni sebab aku ada sorang kawan ni yang sentiasa akan ada dengan aku dari zaman belum ada jerawat sehingga la zaman dah pandai nak melawo, waktu tengah taip entry ni pun dia ada dekat katil dia, tengah buat senarai nama bebudak yang nak kena panggil temuduga kelab, aku harap dia tabah buat semula poster tu sebab tadi tetiba poster yang dah siap hilang begitu sahaja tanpa sempat di save. *ketawa jahat*


dah lupa tarikh kenal, tapi rasa nya kenal dia sejak zaman tadika... cuma kelas lain , aku kelas cikgu Mala , dia kelas cikgu Iza. Masa ni tak rapat sangat, masuk darjah 1, kelas tak sama lagi, aku kelas 1 Usaha, dia kelas 1 Tabah.


lepas tu, aku dan dia ni terus bersama-sama dalam ...........:

  1. darjah 2 Harmoni
  2. darjah 3 Amanah
  3. darjah 4 Berkat
  4. darjah 5 Berjaya 
  5. darjah 6 Bestari 

dan diteruskan lagi ke sekolah menengah, sebab memasing tanak masuk asrama, nak ambil darjah khas kata nya, jadi kami sekelas lagi, persahabatan semakin rapat sebab masa sekolah menengah ni dah mula faham erti perasaan. ecececececehhhh :D


  1. tingkatan 1 Arif
  2. tingkatan 2 Arif
  3. tingkatan 3 Arif
  4. tingkatan 4 Arif
  5. tingkatan 5 Arif

dapat keputusan SPM, sama-sama mohon matrikulasi dan dapat tawaran yang sama, Kolej Matrikulasi Johor, dalam modul yang sama, Modul 3, cuma kami dapat Praktikum yang berbeza, aku MT8, dia MT10. Tapi masih lagi akan jumpa dan balik kampung sama-sama. 


habis setahun di matrikulasi, aku punya la ingat dia dan aku akan bawa diri memasing, yela, universiti berlambak dalam Malaysia ni, takkan la kami boleh satu kelas lagi kan ? jadi .. aku dan dia rahsiakan apa yang kami pilih dalam online UPU kami, siap dah minta maaf salah silap selama berkawan sebelum masuk uni, tapi rupa-rupanya keputusan UPU yang kami peroleh ialah kami dapat.......

  1. Universiti yang sama (UMK)
  2. Jurusan yang sama (Sains Sumber Asli)
  3. Kelas yang sama 
  4. Bilik yang sama (sampai sekarang.. 3rd year dah.. HAHA)

cuma yang aku betul betul harap adalah kami berbeza suami. hmm hmmm. kalau itu pun nak sama... memang dia nak kena kaki....>_<


terlalu banyak cerita nak dikongsikan antara aku dan dia.. tak tahu nak mula dari mana dan tak tahu pengakhirannya nak letak apa... yang aku tahu, bagi aku dia bukan seorang sahabat.... tapi KELUARGA. Harapnya hubungan yang terjalin kekal dunia akhirat .... 


Kisah yang Paling Diingati

kisah yang paling aku tak boleh lupa dengan dia adalah waktu zaman-zaman minah rempit dulu. Sampai sekarang ni aku masih tak boleh mencari sebab apa yang kami seronok sangat meronda di petang hari menaiki motor mengelilingi felda sampai ke felda sebelah ditakluknya.


teringat lagi  dia membonceng aku, naik motor kriss masa tu ... jalan tu macam berbukit sikit, jadi aku pun tukar kepada gear 2, di hadapan motor kami ada satu kereta kancil, pemandu kereta tu nampak macam baru ambil anak-anak balik sekolah... ada jugak anak kecil, adik-adik yang gi sekolah tu agaknye .....


aku yang dah tukar gear 2 memang tak boleh tunggu belakang kereta ni ... nak jugak potong kereta kancil ni, apa yang aku kejar pun tak tahu la, aku pun pecut .. potong kereta ni .... siap kerling pemandu tu lagi ... kononnya aku la pemenangnya ... haha


dalam keadaan penuh takbur lepas dah potong kancil tu , ntah macamana motor tu makin ke tepi ... sampai ke bahu jalan .. dan dalam keadaan perlahan .... 


'gedebek' ! 


nasib la lepas potong kereta tu aku dah slow sikit, jatuh pun dalam keadaan slow la ... tak cedera apa-apa. Cuma yang aku tak leh lupa kan budak kecil dalam kereta tu lambai ke aku dengan dia yang dah tergolek ni ... HAHAHA. perghh malu la, rempit boleh jatuh ! 


ada pakcik yang tengah mesin rumput dekat kebun seberang jalan tu siap berenti mesin lagi, bila kami bangun angkat motor baru pakcik tu teruskan mesin ... hahaha. Nak ikutkan, boleh je aku nak buat-buat pengsan kekonon cam jatuh tu sebab gelap mata, tapi kesian pulak pakcik tu nanti kena tolong ... ceh 


tapi tu dulu la ... sekarang ni ... nak bawak motor pun aku tak berapa nak rajin, melainkan ada hal-hal yang urgent je. Contoh perkara urgent adalah macam bergosip kat rumah dia . :D


dia yang aku maksudkan adalah ..... 



Nur Syahirah bt Zainuddin
muda sehari dari aku (25/5/1994)
masih single
gambar ini diambil pada tahun 2007. *tahan gelak* HAHAHA


tapi itu gambar dulu, sekarang ira dah tampil lebih menarik 

semasa di matrikulasi 


di universiti 


dan ini koleksi gambar kami dari zaman selebet hingga kurang nak selebet. 


lepas SPM, dalam proses ambil lesen masa gambar ni...


zaman matrikulasi




gambar masa dinner matrik. suka pic ni, ade dalam purse sehingga ke hari ini. :p



alam universiti, nampak muka semakin matang. ehem. 




ok ni masa buat assignment, kami satu kumpulan gi kilang batik kat jalan PCB, Kota Bharu


nak ikutkan, satu entry je tak cukup untuk ceritakan cerita tentang kenangan antara kami berdua. Sebab tu kalau scroll entry aku yang lepas-lepas, nama Ira memang boleh kata most name being type la... banyak lagi cerita selain dengan Ira, aku 'gedebek' jatuh motor, dengan Ira, aku keluar bandar first time naik bas, dengan Ira la aku cerita semua cinta monyet aku, pastu dengan Ira la aku whatsapp kekonon acah whatsapp pakwe... sedih ! HAHA


harap-harap Ira tak la riak lepas aku up entry ni, aku bukan apa .... sesaje nak join segmen ni ... mana nak tau kot kot ada rezeki? :D hiks , lebiu ira :-*






8 comments:

  1. Semua dah cantik cantik da sekarang...
    TQ join... gudluck ok! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha , sebab tu buh gambar yg legend , baru pandai menghargai , tq sis :D

      Delete
  2. bunyi dah macam jodoh tu, dari sek rendah sampai uni terus bersama :)

    ReplyDelete

Tweet Tweet