Hai Follower !

Pages

Wednesday 9 September 2015

Semester 5 Bermula !

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah habis pun cuti semester tiga bulan, sekejap je rasa masa berlalu dan dah pun ada semula di UMK. Semoga segala urusan dalam semester ini dipermudahkan Allah Taala.


ceritanya, sem ni aku tersenarai sebagai penghuni blok kediaman lagi. ramai kawan kawan sekepala yang tak tersenarai untuk duduk dalam blok kediaman dan berpindah ke kawasan perumahan yang digelar Pinggiran UMK. Aku tak tau pun aku dapat duduk dalam blok, mindset dah memang kena duk luar ngn member member, nama pun dah bagi untuk serumah dengan siapa. tetiba dapat tahu mengejut dapat duk blok, mental break down gak pasal jauh ngn member. haish


bila dah terpisah tempat tinggal ni mula la rasa sedih gila sebab dah jauh dengan member member yg sebelum ni selalu lepak-ing, wefie-ing sesama. Memang rasa sangat sunyi dia , sedih kekadang ingat kenangan . perhh . poyo sangat eak ? bukannya tak jumpa langsung tapi tu lah , lain rasa dia , memang lain . kalau dulu boleh lagi member datang bilik kita main kad "old maid" sampai pukul 2 pagi pastu bertebaran balik bilik memasing, la ni diorang yang duk pinggiran la kot masih rasa lagi keadaan tu. yang duk dalam ni pulak krik krik je ~  Sedih woo !

contoh wefie-ing kami



tengok selipor croc jiran bilik warna kuning teringat kat dyla , tengok yg warna pink teringat kat zeha , sobs ! lahaii ...

gi kelas pulak member pakat bagi ayat sarcasm, be like:

"tung ahh duk blok kannn , tak berpeluh punnnn ,,, tung ahhh"
"aku tak leh lepak lama wehh , pasal aku tak cam kau dapat duk blok...."
"layak ke lagi kita kawan ni ? aku tak aktif cam kau ... bukan orang penting .. duk pinggiran jeeee"

PERGHH ! PEDIH . SEDIH . hukhukhuk

sampai aku tak suka bila orang bangkit perkataan cam duk blok ni bagus la, orang penting la. and i'll be like
"tak ada bezaaa pun kalau kekawan jauhhhh wehhh !" 

but hey, whose gonna believe that ? :(

nasib ada jugak si syahirah ni sebilik dengan aku lagi . haha , kalau tidak, mahu hilang punca jugak aku. Tapi tak apa la, mungkin memang ada hikmah, macam mak aku cakap la ... ada hikmah aku tersenarai duk dalam blok kediaman ... mak risau kalau aku kena duk pinggiran sebab tak ada transport ...sebenarnya mak risau lettew kalau adek mintak fortuner kan kan ? . kihkih

nasib ada pengubat kekecewaan , hiks


blogwalking je la lepas ni kitaaa ~ 


p/s: klik perkataan wefie-ing kat atas tu, mana tahu boleh menang ^^







4 comments:

  1. sedih kan duk jauh... sy pernah rasa... sorg2 lak tuh.. huhuhu tapi layan jer... kat kelas jumpe jgk.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah , kat kelas memang jumpa tapi dah tak best la ... huhu

      Delete
  2. rugi la baru klik... gua ada magic sim wooo...aduhai..asal lambat bgtau?

    ReplyDelete

Tweet Tweet