Hai Follower !

Pages

Wednesday 23 October 2013

KENANGAN - T*HI KUCING


Assalammualaikum .




apa khabaran semua ? aku harapkan korang baik baik aja dan masih lagi dapat membaca entry entry aku dengan jayanya sambil menghirup oksigen yang telah dibekalkan oleh yang Esa di samping membuat apa apa yang berkaitan seperti makan keropok , berak atau sebagainya . *huh ? =='*




aku telah kembali semula ke jeli yang aman sejahtera ini setelah menghabiskan cuti eidul adha di kampung ku yang permai dan indah di kluang johor . untuk pengetahuan semua , aku mengalami kesengalan tulang setelah menghabiskan masa selama 14 jam dari stesyen tanah merah ke kluang . dan juga 12 jam masa perjalanan sewaktu aku pulang ke sini .





dua tiga hari lepas balik ke sini semula memang tiap malam rasa macam tidur dalam kereta api . mungkin kah ini dinamakan mabuk kereta api ? hmm . mungkin juga .



ok , ni bukan kepala keta api yang benor . ni cuma olok olok je , dekat stesyen tanah merah . 




sebenarnya , lepas smpai ke jeli ni , macam macam kenangan mula diingat balik , dari aku tadika , sekolah rendah , sekolah menengah , sampaikan ke matrik .. semuanya ada ! pahit manis semua campur campur .. tapi ... bila dikenang kenangkan , yang pahit pun boleh jadik manisss tauuu ! 




antara yang manis bagi aku dan pahit bagi member aku adalahh ... teng teng teng ! 





Tragedi Tahi Kucing





seingat aku ..... kita pernah bertemu duluuu ..... di satu pesta keramaian .. 




ehh , maap maap . ternyanyi pulak ! ok ok . seingat aku , kisah ini berlaku sewaktu aku masih di tingkatan 4 . waktu tu , kami ada tuisyen math mode . kami ni , memang suka kan math mode , mungkin sbb cikgu pauzi punye dorongan jadi , math mode tu jadik amat amat interesting . math mode laa  ... bukan add math ... kan ke lain bunyiknye tu kann ... hahahaha 





waktu tuisyen , kelas kami tak tertumpu pada kelas kelas tertentu , kami mungkin akan pergi ke mana mana kelas je , ikut cikgu dan keselesaan masing masing la . tuisyen kan , jadi memang santai santai sikit . 




sebelum kelas , memang kebiasaan la kan , semua duk kumpul kumpul , borak borak , cuma aku je tak join , aku buat je latihan math yang bakal dibincangkan sebentar lagi tu . tidak syak lagi , aku memang seorang pelajar yang rajin dan budiman . percayalah ! hmm hmm . 





tapi tu semua sementara , terkadang , aku turut terpengaruh dengan pangai sesetan member member yang duk sibuk ajak bergosip tentang keruntuhan akhlak remaja masa kini atau juga percintaan hangat artis artis . sunggguh tak berpekdah aktiviti tersebut . aku join pun sebab aku kenangkan kawan kawan je , kalau takkk .... ecewahhh ! :D






tetiba, member aku , nurul hidayah binti abdul aziz muncul tah dari mana . turut menyertai kami bergosip setelah meletakkan beg kat ats meja . ianya menunjukkan beliau baru je sampai dan peluh peluh renek di dahi nya membuktikan lagi tekaan aku yang mana beliau berjalan kaki menuju ke sekolah . 





jangan bersimpati sangat . pasal rumah dia memang letaknya dekat berek cikgu kat belakang sekolah ni haaa .. jadi , takkan nak kesekolah nak naik heli pulak kan ? 'huh ! dah la rumah dekat !' - gumam aku dalam hati . :p





sedang berborak borak , tetiba hidung nurul terkesan dengan satu bau aneh . dan beliau turut menyuruh kami mengesan bau tersebut . ntah dari mana datangnya , pada saat itu , angin sepoi sepoi semakin menolak bau itu menusuk nusuk ke dalam rongga hidung kami . 





kami tidak lah mengeluarkan apa apa komen ketara dan lantang , tidak seperti nurul yang mulutnya asyik membebel :




" perghhh ! mana datang pulak bau taik kucing ni ! peghit (perit) dah hidung aku nahan baunya dari tadi nih !"


"memang tak syak lagi , memang ada yang mijak taik kucing ni !"



"tgk selipar semua ! yang ada kuning kuning tu mesti dia yang pijak ! cepat angkat , nak nengok !"




beliau pun cek la selipar sorang demi sorang budak kelas aku . tapi hampa . mulut beliau memang aku tak leh lupa asyik mengomel je ... tah apa yang dia marah sangat tah masa tu . macam beliau sorang je yang bau natang tu . beliau tak sedar agaknya yang kami pun turut ada deria bau . huh ! hahahaha





sampai la satu ketika , mungkin ada yang sudah tidak sabar lagi sehingga ada suara yang memecah keheningan ......





"cuba tengok kat kaki kau pulak nurul ! tah tah , kau yang pijak tak ?? kitorang kau dah cek kan ... tgk selipar kau !"





nurul tah rasa tercabar agaknye , terus angkat kaki dan menunjukkan tapak selipar nya dengan bangga . jelas kelihatan pepejal yang berwarna kekuningan yang sedikit cair dan sudah penyek . serentak dengan itu , bau yg menyengat tadi semakin kuat ! 





nahh kauu ! kahkahkah . bising sangat tadi mulutnye bebelkan orang , rupa rupanya dia yang pijak ! cettt ! mesti pijak masa otw nak ke sekolah la ni . sabar je la ... !





semua pakat gelak tahap putus urat merih , termasuk la dengan nurul sekali . HAHAHA . mesti dalam hati nurul menyesal sebab tak cek tapak selipar dia dulu . kalau tak mesti awal awal dah boleh kaber kan ? 




sebelum kelas mula , nurul dah berjaya basuh selipar beliau dan menyertai kelas tuisyen tersebut , dan yang penting , hidung kami tidak disengat oleh bau itu lagi . mujur , Alhamdulillah ! :D




sampai sekarang , aku memang akan tergelak bila ingat tragedi ni . dalam hal ni , aku tak salahkan nurul langsung , kucing tu yang salah ! dah tau nak melepas , carikla tempat yang boleh diterima akal sikit ... tandas ke ... ini tidak , ade ke patut di lepas nya kat laluan orang nak berjalan ? huh ! tak bertatasusila sungguh . dah puas , main tinggal je , takde inisiatif langsung nak timbus dalam dalam sikit , guna la cangkul kalau dah perlu . haihh . ni yang aku nak bebel ni !




sebenarnya , banyak lagi cerita yang manis manis aku nak kongsikan , takpe . kita cite slow slow ... benda tak habis sayang .. ;D




ok , thanks <3 sudi jenguk ! boiboi . take care ! lovechaaa . :-*






2 comments:

  1. nasib bukan tahi orang.. hish..hish..hish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun tak bape sure betul ke taik kucing ... kahkah !

      Delete

Tweet Tweet