Hai Follower !

Pages

Wednesday 2 October 2013

sekadar renungan .. :)




hai guys ! 


assalammualaikum semua , tengah buat ape ? aku baru je siapkan jotter book and also lab report yang supposely kne hantar petang ni , hikhik . biase la pelajar cemerlang kan ? =..=



ok , hari ni , nak kongsikan apa yang aku terbaca mase scroll moment kat wechat semalam , ade la one of my friend yang post kat moment pasal cerita ni . aku dah copy n paste kat moment and also dalam status fb aku , sape sape yang friend in wechat n fb aku , dah bace la kan ? perhaps ? :p



 so , ready la ape yang patut utk kesat hingus atau air mata nanti .. :')




❥ Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." -dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa -aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". 

Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." -pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya -perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru -harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. 

"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi,

 "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.".

 Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya. 

Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" -"Cukup, Terima Kasih ya...".

 Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya -penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

 Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin... KONGSIKAN sbg tanda sayang kita pada ayah ibu...anak zaman sekarang bukan tahu ibu bapa ada wang atau tidak..mereka mahu apa yang mereka mahu jea~ #copypaste# ( SAYE SYG MAK N ABAH) :') 



dah baca ? so , berguna tak tisu yang korang sediakan ? ke kesat pakai lengan baju je ? :')




aku memang sensitif kalau kalau yang melibatkan cerita seorang ayah ni , tatau kenapa , kalau on call pun dengan abah ,  mak aihhh . abah cakap "helo yangg ...." tu pun aku dah boleh jatuh air mata . aduyaiii . tapi sejak dah duduk kelantan ni aku dah boleh on call lelama dah dengan abah , siap mintak mak bagi phone kat abah lagi ! saya dah kuatt ! ecececehhh ! :p




memang touched bila baca citer ni sebab aku pun mak baru belikan lappy ni , jadik menusuk nusuk sangat la kan ? terpikir , aku macam tu ke ? 




sekarang , dah besar , dah masuk u pun , terdedah dengan macam macam gelagat orang yang asalnya dari macam macam tempat , macam macam background , kaya ada , sederhana ada , susah pun ada , kan ? 




jadik , kne pandai pandai la jaga diri sendiri .. tambahan lagi macam aku ni .. yang jauh dari family . jauh dari mak ngn abah ... nak kne belanja , guna kan duit molek ..




memang la kita tgk kawan kita tu ade macam macam , gadget , baju , tudung , pehh semua lawa lawa . tapi , takkan kita nak turutkan sangat kehendak kita sedangkan kita tahu kita tak la semampu dia kan ? (tapi aku kalau beli makanan aku tak kisah ! opss hikhik ! :p)




jadi ... pikirla elok elok ... kita datang sini , mak abah hantar utk belajar , beli tu boleh .. tapi .. janganlah sampai melampau lampau kan ? sendiri kena tahu beza antara keperluan dan juga kehendak , kalau itu memang keperluan kita , kita kena ada that thing ! so , kita beli , tapi kalau kita just tgk orang lain ade dan kita RASA kita nak jugak ada , parohh ! :D . dop gitu ? . lagi paroh kalau mak abah kita ada tanggungan lain selain kita , abang akak kita ke , adek adek kita yang masih belajar .. yang baru nak naik tu semua guna duit .. kan ?



the point is , kalau kita tak dapat bantu mak abah dengan duit , cukup lah kalau kita dapat ringan kan beban dia .. tak susahkan hati dia macamana selama ni dia jaga hati kita ... :) . 



ok , done . sekadar nasihat untuk diri sendiri juga bagi yang dah rajin membaca entry ini ... even kita bukan anak yang baik , tapi kita sentiasa berusaha ke arah itu .. :) aminn . In Shaa Allah , semoga dipermudahkan Allah .. :) 



preparation for lab after dis . happy day ols ! love chaaa ! :-* 



Assalammualaikum .. :)



2 comments:

  1. ada sorang yang berjaya pesan... kalau takde duit pun cukup bagi org tua seringgit je pun takpe...dan selalu balik mengunjunginya..yang penting duit tu tanda ingatan anak dengan org tuanya...inshaaAllah diberkati dunia akhirat...

    ReplyDelete

Tweet Tweet