Hai Follower !

Pages

Thursday 19 September 2013

berlagak ?





hai , Assalammualaikum semua !



apa khabar semua hari ni ? aku , macam gini la , dah masuk 2 hari jadi ella n the boys tak rasmi . wakaka . tapi mmg betul weyh , bila aku test test suara nyanyi lagu standing in the eyes of the world , suara aku saling tak tumpoh macam ella . sungguh ! :p



ok , nak cerita la sikit , apa yang terjadi pada diri aku n roommates masa hari Malaysia yang kita raikan pada tanggal 16 september pada setiap tahun . (happy Malaysia day u olsss ) !


biasa la kan , dekat unibersiti , hari hari cuti tidak akan dibiarkan berlalu dengan sepi tanpa ada apa apa sambutan atau pun eben (event) yang boleh menaikkan nama unibersiti . ye dop ?


so , UMK juga tidak ketinggalan untuk menjadi tempat yang mana satu event telah dijalan kan .. kalau tak silap ambo , event ride jeli , ntah ape ke namanya . aku dah lupa coz i dont want to post entry about that event . sbb aku tak participate pun dalam eben tu . yang aku tau , ramai yang pakai baju cyclist hok seksi meksi tu , n cycling kat gunung gunung hok ado sekeliling UMK ni , haha . nampak tak sinopsis eben tu ? tak nampak ? =_=




lepas tu , banyak la unibersiti unibersiti lain yang dok anta wakil masuk eben cycling nim . termasuk la , UTHM ... sbb apa aku tau demo masuk ? sebab aku nampak bas UTHM tu la ... kan ke kami ni duk jauh dari negeri tempat kami dilahirkan kan ? jadi bila nampak bas yang ada tulisan johor kat dia , aku , syahirah n zaf yang mmg bidan sambut kat johor ni terus mencari cari port utk menyumbat kan diri kami dalam bas itu so that , kami boleh menyeludup masuk ke johor . perghhh . ayat macam dealer dadah dah kan ? choiii ! :D



tengah tengah menung sambil duduk kat kaki lima sambil melihat tanpa kelip at bas tu , wakil wakil UTHM ni pun datang pada we ols , dan menyapa we ols , tahun berapa , kos apa , asal mana ape semua ..



mula mula memang everything slow n steady .... borak borak cakap rindu nak makan asam pedas la ... ape la .. yang tang asam pedas tu aku tak leh time , abang tu siap tunjuk kat fon mahal dy , asam pedas yang dua orang makan sampai cecah harga 50 riyal kat restoran mana ntah dy cakap but opkos kat johor lerr , aku tak hamek port sangattt .


masa tu aku pelik dohh . apesal ngn diorang ni ? lepas tu they were questioning us macamana kitorang boleh tercampak at sini , memang mohon ke macamana .. then kami jawab la , memang kami mohon , tapi pilihan yang keempat dan kelima , dan ramai jugak yang mohon pilihan terakhir ...


"huh , dah kena lelong dah engkorang ni ...." kata salah satu seorang indibidu tersebut dengan yakin dan bajet macho nye . 


sila dan tolong sangat bayangkan apa yang we ols rasakan pada tika dan saat itu ? *tetiba latar belakang lagu medicine* kan ? sedih tak ? sedih kan ?. so , saya , mewakili rakan rakan saya yang dapat kat UMK ni ingin menyatakan bahawa :


1. kami di sini adalah bukan siswa dan siswi lelongan seperti yang abang katakan , ianya kerana , kami masih membuat pilihan untuk ke unibersiti ini . siswa dan siswi lelongan adalah terdiri daripada orang yang mendapat tawaran daripada unibersiti yang tidak ada dalam permohonan UPU mereka .



 2. saya sendiri mendapat pointer lebih dari tiga . dan terang sekali saya bukan lah mahasisiwi yang dilelong untuk berada di UMK yang sejahtera ini . juga bagi pengetahuan pihak abang , kami di sini ada juga siswa dan siswazah yang mendapat pointer 4 rata tidak kira semasa di matrikulasi , asasi , dan juga diploma . adakah mereka dilelong ? TIDAK ! ini , bukan lelongan , tapi ketentuan tuhan ... :) . perghh ! :D



3. UMK kampus jeli ini baru dua tahun dibuka , maka harapla maklum dengan kekurangan fasiliti yang abang lihat , masjid dalam pembinaan , perpustakaan dalam pembinaan , bangunan seketul dua . tapi kami sebagai penuntut di sini tak pernah berasa kurang dengan apa yang kami ada dan kami sama sama berusaha memperbaik pulih segala apa yang ada di universiti kami ini untuk in shaa Allah menjadi yang terbaik . tapi abang hebat , sebab dalam masa tak kurang 24 jam abang sudah boleh menilai kekurangan yang kami MUNGKIN AKAN rasakan apabila berada di UMK ini . syabas betha ! :p



buat masa ni , tiga dulu usul yang saya bentangkan , mungkin usul usul yang mendatang akan dapat saya bentangkan pada rancangan malaysia ke 100 , sebab nak dapatkan orang yang mudah meranapkan semangat kaum dan anak bangsa sendiri untuk mendalami ilmu pengetahuan adalah amat susah untuk dicari dewasa ini . abang abang la antara orangnya . syabas dan tahniah !



tak usah la abang membanding bandingkan antara UMK dan UTHM , masing masing punya kelebihan dan kekurangan masing masing , tugas kami menuntut ilmu , tak kira mana kami berada , hatta dikelilingi banjaran titiwangsa sekalipun . kami tetap akan belajar , selagi kami ada tenaga pengajar yang mempunyai semangat yang kuat seperti kami . dan tentu sekali yang tidak seperti abang abang sekalian . maaf .



mujur la abang abang johor ni sindir UMK di hadapan kami yang asal dari johor ... agak agak , kalau orang negeri lain yang berdialog dengan abang abang ni guane ? ape la persepsi mereka kat orang johor yang lain agaknye eak ?







muka bosan melayan abang abang yang balik balik nak cakap UTHM lagi bagus dari UMK . hmm . maaf UTHM , saya dop ghoyak awok dop molek , tapi ore hok kijo nge awok buak saya tok sih nge UTHM . 


hahaha . pahe dop ? :p . aku tak kata , semua orang johor gini . biasa lah , kerana nila setitik rosak susu satu loji air ! :p . malu orang johor sebab orang johor yang cam ni .. haihh . :( . 



p/s : berlagak ke orang johor ? hmm ..... welll ... hmm . chill guys ! smile sokmo ! :D lovechaaaa !




2 comments:

  1. hahaha...orang johor memang berlagak.. terutama pasal bola.. ceh..tapi sabar je la .. U bagus pun tak semestinya dapat kerja bagus pun...ada yang dah duduk U bagus pun fail jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas melayan orang besor tapi pangai bebudak ni ... biarlah mereka dengan orang yang seperti mereka mereka ini . :D

      Delete

Tweet Tweet