Hai Follower !

Pages

Friday 16 September 2016

Sarapan Pagi di Johor Bharu



Hai, selamat tengahari dan SELAMAT HARI MALAYSIA semua !


dah lama tak berceloteh dekat dalam blog ni, rindu, tapi terlampau banyak komitmen untuk didahulukan ... banyak cerita sebenarnya nak dkongsikan tapi tiada berkesempatan... cewah ! 


sepanjang ketidak-penulisan dalam blog ni banyak sangat benda yang jadi sampai tak tau nak start dari perihal keluarga atau pelajaran ... dari waktu sebelum puasa, sampai puasa, sampai dah raya, dah raya haji  dah pun ... Allahuu ... cepat benor masa meninggalkan kita . 


ringkasan cerita nya, sewaktu cuti semester tiga bulan yang lepas, aku balik ke kampung dan abah pula tak sihat ... rawatan untuk abah cuma ada di Johor Bharu ... jadi berulang la anto abah ke Hospital Sultan Ismail (HSI), selalu anto abah ikut jalan lain ... tapi bila along aku yang drive, dia bawa ikut jalan sebelah Tesco Tebrau dengan Aeon Tebrau ni ... dah perasan dah masa first time lalu sini ada gerai menarik kat bawah fly over sebelah Tesco tu .. tapi baru berkesempatan pergi hari esoknya ...


ramai sangat kat kedai pakcik ngn makcik ni ... selalu kami sampai sini dalam pukul 8.30 pagi macam tu, memang sedang elok la ramai orang beli sarapan kat sini kan ... macam macam ada jual ... karipap kentang, sardin, donut, cucur, mee goreng, nasi goreng, dan yang paling special kat sini, NASI LEMAK dia ... perghhh .. meleleh air liur kalau bayangkan balik semula ... 


lokasi betul betul bawah fly over sebelah Tesco Tebrau .. dan seberang jalan Aeon Tebrau... harap maaf, photographer amek gambar dalam kereta je uols, tanak bawak handphone keluar sebab nanti nak pilih menu payah ... hahahaha



Aeon di seberang sana 




fly over di sebelah atas 




Tadaaaa ~ gerai makcik pakcik Nasi Lemak Special ! (pepandai je aku buh nama kedai dia :D)




iols baru nak selfie dengan scene belakang tu sekali along dah jenguk "lambat no adek, pehal sempat selpie lagi ni !"




*drooling*


ok kat sini macam macam lauk tambahan ada ok, ayam goreng ada, telur mata, tempe goreng, tahu goreng, sayur goreng, paru berlado, semua nak campur campur pun bolehh ... its up to your selera la orang kata ... dan yang atas ni selera aku ... kihkih ... geram benor kita nengok isi kerang besor besor cenggini ... hahaha ... pasrah je along suruh makcik tu kira :p .. sambal makcik ni memang PEDAS tau .. lagi pedas dari samyang ... serius , sebab pedas yang macam samyang tu aku boleh tahan lagi .. pastikan air ada di sekitar anda la senang citer . haha 


kuih-muih yang dijual kat sini harganya masih lagi tiga = RM 1 , tiga singgit tiga singgit ~ ok la tu kan ? kira murah ! ramai jual seketul 40 sen dah sekarang ni ... sedap pulak tu kuih nya semua ... hahaha bukti sedap sebab aku tak sempat nak snap gambor pun ... abah yang cerewet bab makanan pun kata kuih karipap kat sini sedap ... both ! kentang dan sardin :)


pakcik ngn makcik pemilik gerai ni ramah ... siap kenakan aku lagi bila aku tanya kuih satu berapa , eh dijawabnya "satu ... kalau dua .. dua la ..." dengan along menambah ayat pakcik tu lagi ... geraammm je kiteeeer . HAHA


jangan risau tentang harga bila membeli kat kedai makcik ni ... omputeh cakap affordable and reasonable sangat ... aku puji ikhlas okay, makcik ngn pakcik ni tak tau pun aku promote gerai dia kat blog aku ni ... sesiapa yang pepagi tu ada melintas jalan ni atau sedang bercuti di Johor Bharu dan tak tau mana nak cari sarapan yang sedap dan murah amat lah aku syorkan ke gerai makcik ni ... sama sama kita bantu perniagaan orang kita ;)


semoga dapat lagi aku makan nasi lemak makcik dan pakcik ni ... semoga perniagaan kekal dan terus maju :) 


bila dah balik Kelantan ni, rasa rindu sangat Johor, bila dekat Johor, rindu masakan Kelantan ... haha .. biasa la kan .. perantau ... sobs . 






p/s: mari kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas pemergian Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din di hari Jumaat yang mulia ini, semoga roh beliau dicucuri rahmat :')



2 comments:

Tweet Tweet