Hai Follower !

Pages

Friday, 22 April 2016

Ira dan Hyphema





hai, Assalammualaikum semua ... 


di waktu tengahari jumaat yang mulia ni, aku kasi up la satu entry berkaitan aktiviti sukan dan juga kesihatan tubuh badan ye ? 


Sejak akhir-akhir ini, bersempena dengan event sukan kampus dekat UMK Jeli, ramailah student yang menceburkan diri dalam aktiviti sukan bermula petang hari hingga membawa ke malam. 


Tidak terkecuali la kawan-kawan aku, si Dyla dengan Ira masuk game tenis, Zeha ngn bebudak kelas yang lain ramai masuk futsal (sek-sek atlet belako terrr :p). Maka malam Selasa (19/4) aritu ramai la yang prektis skill memasing nak game kan ... sementara aku, Kiroh ngn Joyah gi petronas jap sebab nak beli bahan-bahan buat kek batik tu kononnya ... Dyla ngn Ira tinggal sebab merajuk bila kami suruh lari sikit tunjuk effort kalau nak ikut gi petronas ... kihkih


balik dari petronas, dalam kereta aku wasep si Ira ni ngadu barang mahal tapi aku dah terbeli, Ira gelakkan je sambil pesan drop by kan kasut dia dengan raket tenis yang ada dalam kereta kat depan court tenis, lepas drop by, aku, Kiroh ngn Joy gi la lepak dekat outdoor gym cuci cuci mata la tengok junior lelaki sambil borak dengan Shazwan pasal fieldtrip Ekologi Industri esoknya (tapi sudahnya tak gi pun) tu. 


Tengah borak-borak tu Dyla call si Kiroh (Shak):

 "Shak, kau ade kat mana ?"
 "dalam hati awakkkkkk .......... <3"
"Shak, tak main main ni ... kau dekat mana?"
 "kenapa?"
 "mata syahirah ni ... kena bola tenis, kereta dekat mana?" 
 "HAA?!"


Maka dipendekkan cerita berangkat la kami berlima ke Hospital Jeli, sampai hospital dah pukul 11 malam ... nasib la hospital ni dia punya lengang tu lain macam sikit ... wad kecemasan pun tak cemas sangat la pasal tak ramai orang ... haha.. jadi memang Ira masuk terus kena cek la dengan MA. MA pun tenang je tanya macamana boleh kena apa semua ... Ira pun cerita la yang bola bukan dari depan tapi dari tepi sampai tepat ke mata siap dengan bunyi ZAPPP (menunjukkan bola tu laju tepat kena biji mata dia), setiap kali orang tanya macamana boleh jadi gitu bunyi tu memang akan ada bila Ira cerita ... hahaha 


lepas cek blood pressure, masuk dalam, cek mata tu boleh baca tak huruf kat dinding ... bila Ira tutup mata kiri dia, Ira kata memang tak nampak. MA tu suruh ke depan sikit, tapi Ira kata tak nampak jugak .... lepas tu MA suh baring pulak sebab nak cuci mata dia ... time ni aku dah ngilu ngilu dah ha tengok ... padahal cuci dengan air biasa je ... 


lepas cuci mata tu, MA masukkan satu strip ni ... dia suruh Ira pejam mata, bila pejam mata, lepas tu nampak dah hijau hijau mata dia sebab strip tu MA cakap detect kalau calar kat mata ... kalau ada calar, colour hijau tu akan stay kat calar tu .. tapi bila rinse mata Ira, tak ada kesan hijau pun.. means bukan sebab mata dia calar..


MA cek rupanya ada bleeding kat mata dia ... aku ni tak puas hati la pasal aku tak nampak, bila MA tu tunjuk semula, lama aku tenung .. siap dia tunjuk bandingkan dengan mata kiri Ira pulak ... tapi aku cam "oooooo" je sebab still tak nampak apa yang MA tu nampak .... *sigh* haha


lepas tu doktor pun masuk, suruh Ira tutup mata kiri, lepas tu doktor tu tunjuk penumbuk depan mata Ira pun Ira tak nampak ...masa ni aku nak comfort Ira pun aku tak tau dah macamana ... sebab ura-ura dah ada dia kena gi Kota Bharu (KB) pulak sebab kat Jeli tak ada pakar mata. 


Maka dengan itu...........


ning nong ning nong ~



masa tunggu ambulans ni sempat jumpa junior course, yang tercedera sebab gas meletup, gas memasak yang kecik tu kalau tak silap habis menyambar kaki ngn tangan budak india dua orang tu ... diorang ada fieldtrip dekat Gua Ikan masa tu ... haishh macam macam ...


 masa tengah amek gambar Ira dalam ambulans ni, ada la pegawai hospital tu bising cakap ... "ha amek la gambar ... amek ... pasal hospital semua nak viral". aku senyum je la padahal dalam hati dah  'Cettt ! aku nak buat bukti la bila pak guard UMK tanya gi mana pukul satu pagi baru balik !' -..- (padahal nak masuk dalam blog ye jugak, tapi sekadar berkongsi cerita je bukan nak mencari kesalahan awak ye encik pegawai )


Dyla yang teman Ira naik ambulans ni, kami yang tinggal ni rancang nak follow sekali tapi felo yang Joy contact tak bagi sebab takut jadi apa-apa.. so kami decide esoknya je la bila Ira dah warded baru gi ... 


lepas ambulans gerak tu, kami balik UMK.. aku tido umah diorang ni ... tapi konon je nak tido tapi risau jadi tak boleh nak tido .... aku angkut bahan-bahan kek batik tu ... angkut naik ke bilik Joy dan ........





siap ! dapat la si Ira rasa esoknya ... dia nak sangat makan kek batik ni... sobs



Meanwhile, mereka di KB:
kesian Dyla ngantuk sangat ... sempat aje si Ira ni selpie (pssttt tak pe ye Dyla, gambo yg kepenatan gila tu kita simpan kita-kita je ye..... kihkih)



ala kesian kawan ittew ... :(




~.~


lepas tu esok nya kami sampaii ! giliran aku teman Ira pulak malam tu ... tapi Ira cakap aku macam vacay ... =,=' 


masa ni matanya tak boleh bukak sangat lagi ... tapi getting better dah .. :)




dyla punya penat engko tengok .... 


Prof Hashim dan isterinya datang menziarah Ira petang tu .. tapi kami tak de, keluar gi makan ... pastu tak dapat parking kereta , dah sudahnya Dyla ngn Kiroh stay kat kereta ... aku ngn Joy je naik nak jumpa Ira tapi terserempak dgn Prof dekat ground floor tu ... comel sangat bini prof cakap, "awat tinggal pesakit hampa pi makannnn ..." ahahahahahaa , kami lapaqqqqq la cikkk ! :p


naik kat ward Ira masa tu ada kak Yana Rafie ngan roommates dia ...haha , rasa tak guna betul kawan ni tinggal pesakit pastu gi makan ... biar pesakit layan tetamu sesorang .... lepas tu kak yana balik, Joy pun balik gak .... 


dan aku jaga Ira malam tuu ...



bentang kain spital tu ... pastu buh bantal Joy ngn Kiroh bawak ... pastu landing ...




ampaian turut disediakan ... haha



kau tengok .... Ira tenang je tengok aku kat bawah ... hilang semua kekaburan di mata kau kan ra ? kan ra ? senyum je muka ha ... 


tapi yang bagusnya Ira ni, dia tak kejut pun member yang tido ni .. padahal ade satu ubat tu yang kena titis kat mata dia setiap dua jam sekali .. dia bangun sendiri titis kan kat mata dia ... hmmmmmm .... member haram tak sedor sampai subuh ... kahkahkah ... tak guna betul ! 


Ira kompiden cakap tak ade lelaki masuk ... sekali aku dah landing baikk punya, tudung dah mana gi ...datang staff lelaki nak cek blood pressure ..... melekap terus aku pegang besi bawah katil Ira tempat aku sidai seluar tu ! huh ! hahaha


lepas tu esoknya, pagi-pagi, ada la pakcik makcik yang sakit bahagian mata jugak test baca huruf macam Ira ... tapi turn Ira lambat sikit ... masa Ira tengah mandi tu, macam-macam gaya aku tengok ... comel je makcik pakcik ni ... kena tengok melalui alat yang macam cermin mata tu ha ... amenda tah nama alat tu tapi Ira cakap benda tu banyak lubang ... kena fokus satu lubang je ... 


ade pakcik tu kain dia meleret sebab labuh sangat ... pastu bila nurse suruh betulkan kainnya, pakcik tu terus lipat pastu simpul macam samping pengantin tu , bunga simpul kemain besor .. AHAHAHA ... aduh sakit perut aku gelakk ! 


lepas Ira dah lepas test baca huruf tu, masuk bilik jumpa pakar mata pulak ... satu ape pun istilah aku tak faham .. haha ... yang aku tahu bila doktor tu sebut hyphema je ... sebab itulah yg memang disebut oleh Dyla sejak hari pertama Ira kena warded .... Dyla cakap doktor kata Ira ada hyphema pastu mata Ira shock, tapi bestnye la kan jadi doktor ... pandai betul ... nyesal belajo memain masa spm ...*tetiba*


itu kisah semalam la (khamis, 21/4)... petang semalam dah tukar shift pulak dengan Joy .... Joy jaga sampai esok (Sabtu, 23/4) sebab Joy cakap kesian kat kawan-kawan berulang Jeli-KB tiap hari , nanti tukar la lagi ... aku turn petang sabtu sampai Isnin la pulak kot .... kalau Ira tak dapat discharged Ahad ni... tapi harapnya boleh je la discharged ... kesian dia bosan dah .... tapi tak apa, jangan risau ! kawan-kawan ada ! family jauh tapi dekat di hati ...hari-hari inform tumbesaran  perkembangan Ira macamana ... harapnya semakin ok la mata Ira, doktor pun advice suruh rest je ... sebab tak nak bagi pressure sangat ke mata ... tido jela ye ... 


sunyi je bilik kita ni ra, baru sekejap tak jumpa dah rindu ..... sobs :(


kawan kawan doakan Ira cepat sembuh ye .... :'). 


Oh ye terima kasih jugak buat semua yang datang jenguk Ira, Kak Yana and roommates, Kak Rai, Sis Atin, Intan, Amani, Wan Amir and gf, Zeha, Za Za, Shazwan, Loly, Prof Hashim dan isteri. terima kasih tak terhingga buat gajah gajah DAF (Kiroh, Joy dan Dyla) sebab ...sebab segalanya yang awak semua dah tolong :') . Terima kasihh ! :) 































2 comments:

Tweet Tweet