Hai Follower !

Pages

Thursday, 18 June 2015

Festival Wau Antarabangsa

Assalammualaikum , hai .


Sihat semua? Semoga semua yg rajin singgah membaca kat blog aku ni sentiasa dipermudahkan segala urusan hendaknya… Aminnnn =)


Buat masa ni , waktu aku taip ni aku dah selesai dah menduduki tiga kertas peperiksaan , tinggal lagi dua paper je yg aku nak amek 22hb nanti … mintak mintak tenang dan rajin la azza mastura  utk menuntut ilmu di awal waktu sementara gap lama ni , kekawan doakanla eah ? :p


Ok , doa tetap doa, tapi kali ni oleh sebab dah tertaip, kita continue je la untuk mencoret kenangan-kenangan terindah yang aku lalui dalam masa bergelar pelajar ni … time ni la nak berjalan and belajar culture kat tempat lain, lain padang lain belalang kan ? bersyukur Allah tempat kan aku di bumi Kelantan sbb dapat dipertemukan dengan kawan-kawan yang Alhamdulillah .. sanggup bergabung menambahkan ‘gila-gila’ yang ada dalam diri aku ni . sayang , sayang semua sampai syurga …. :’)


 Perjalanan kali ni more disebabkan oleh si classmates , Amani dan Dila yang telah menjeleskan aku dengan pergi ke festival wau antarabangsa yang berlangsung kat Pantai Genting, Tumpat hari tu . asyikla wasep aku bagi gambar kekonon #latestupdate gituu. Hampeh . yg aku ni … terus dengan tidak zabarrrr nye mempengaruhi kekawan yg ada , ira (opkoz) , za za dan ain untuk turut sama pergi ke festival tersebut. Kami pun dengan gigihnya berpandukan waze menuju ke lokasi yang dirancang. Bismillah~


Gerak dari sini adalah lepas zuhur gitu .. lepas siap siap gi Jeli … beli tiket bas nak balik … sampai tumpat … dalam pukul 3 la… tengah pepanas tu hokeyh kami smpai …. Ok , dah bayangkan panas dia macamana dekat pantai kan ? itu pun … nak sampai kan ke Tumpat tu kusss semangat nye pun lahai . hahaha


 Sebab apa ? sebab waze tu bawa kami .. I mean pandu arah kami melalui jalan alternative ke Tumpat … yup , memang kami lalu ikut Rantau Panjang (RP)… sbb aku mmg prefer lalu sini kalau siang … cam sejuukk .. cam tenang giteww kan . I loikeee . dah gitu , dah lalu RP tu terus la ikut jalan yang waze tu bagi . tetiba, cam pelik tauu . sebab waze tu suh masuk simpang yang macam …. Err …. Krik krik ~ macam kami je la yg lalu situ …
 (Update: one of my abang cakap , waze mmg akan bagi tau route yang clean and takde roadblock ! hahaha)


Pasal noob, ikutttt ! ikutt kata waze … pakat redah jeee ! hahaha . jalan … kemain menguji iman aku … lobang jangan cakap la … pastu jalan kecik .. selekoh banyak … bonggol banyak …. Line tepon pulak dah kejap ade kejap tak de .. giler kau tak seram ? dah la I ols dalam kereta ni semua pempuan ! ishh … jangan la jadi pape piker mase tu .. tapi Alhamdulillah la Allah permudahkan perjalanan kami … selain daripada ujian pemanduan aku , takde ujian lain sepanjang perjalanan hari tu .. hehe




Sungai Golok memang clear la nampak bila lalu jalan sini .. sebelahhh jeee :p



Dalam 15 minit dah melalui jalan yang penuh pancaroba tu, kami telah dihidangkan dengan satu pemandangan yg amat cantik … bak kata orang … saujana mata memandang … ecewahhh ! Alhamdulillah ya Allah cantiknya ciptaan mu … SubhanAllah … ;)


maksud aku pemandangan eah ... haha


“pakcik, sebeghe (seberang) tu Thailand ko ?”
“ho la , Thailand sebeghe tu !”
(pakcik empunya lembu, 2015)

lembu-lembu dan ultraman .


Mungkin kat sungai ni la Aaron Aziz lalu masa nak menikah ngn si Maya Karin dalam cita Ombak Rindu  tu kan ? yg dia bagi jam tangan sebagai tanda perkahwinan tu … hmm … aik ? tak tgk cerita tu ? erm ok abaikan .


Pastu , dah lepas rasa puas posing bagai nak rak dalam keadaan panas terik tu , kami decide utk teruskan perjalanan … drive mmg tenang je … pasal kereta sewa kami tu je la satu satunye yg menggunakan jalanraya tu … kereta orang lain ade la … tapi lat 10 minit baru jumpa .. tu pun satu kereta yang selisih … masa ni mmg kami lalu dekat kampung kampung yang ada tali air sawah depan umah tu kan … siap nampak pempuan baru siap mandi duk lap lap rambut lagi kat tepi tali air tu … MUAHAHA . giler la , macam citer dedulu yg mandi berkemban dekat sungai tu … pastu tetiba lemas ade putera raja tolong selamatkan … macam tu la , tapi akak tu tak lemas la … hahaha , pengaruh media massa betul aku ni .


 Ok , kami semakin meninggalkan kampung kampung yang ada sawah padi tu , mula memasuki belakang belakang umah orang pulak .. ni jalan nak menuju ke bandar Tumpat …. Tapi … bukan jalan utama la .. waze ni mmg saje nak suh kitorang lalu kat belakang belakang umah orang ni … saje je .. huh !


Jalan kat belakang umah orang ni kecik … tapi dah nampak dah muka orang orang yang ade kat sini macam siam siam style gitu … aku pun drive pelan pelan je … takut terlanggar orang yang bawak beskal n motor pulak kat tepi tu …


Tengah tengah bawak slow ni la … aku perasan menatang ni comel je … dari jauh … ekor dia berpintal pintal … gemuk sihat wehh , perut melayut jejak tanah … dan yang penting .. WARNA PINK ! OINK OINK ! aje la waze punye pasal ! sampai ke babi pink kau bawak aku ! *ketawa sambil nangis*. Yang tak leh blah … kekawan dalam keta semua macam …………………………………………. Bila aku cakap wei , babi weiii ! bapak comelll !” . siyes la comel . zeha suka ni …sbb pink . hahaha. tak sempat amek gambo . pasal semua macam terkesima . hahaha


Bagi orang yg noob, baru sampai Tumpat dengan baru nampak benda haram macam kami ni terus kagum la bila dah masuk bandar Tumpat tu , bukan sbb tempat tu dah tumpat dengan penduduk tau , hehe . tapi macam dah sampai Thailand dah , dengan tokong sana sini , patung yg besar besar tuu .. huyooo …..!


 Dah sampai bandar tu tetiba ain cakap , dia penah lalu jalan tu , jalan pengkalan kubor … kalau tau jalan yang sama … boleh je gi tanpa bantuan waze tu … cisss , bedebah punya waze .


Bila dah sampai bandar … sulah tilak ala masalah lagi , ini kerana banyak sudah papan tanda yang menunjukkan arah tuju ke Pantai Sri Tujuh (pasal Pantai Geting tu sebelah Pantai Sri Tujuh) . ^_^



Kami pun sampai dengan gembira dan selamat . Kami mengambil banyak sekali gambar . hahaha

 
dari jauh 

peace ;)


sedih, guna tangan kawan pempuan . sobs. 

ira yg amek gambo time ni :p

Secara kesuluruhannya pasal festival wau ni nice la sebab banyak jenis wau yang ade … dari yang kecik … sampai ke yang besar , dari yang tak berbunyi … sampai ke yang berbunyi … dan lagi satu yang aku suka kalau ade benda benda gini adalah tempat jual jual makanan tu … heaven rase walaupun kena keluarkan duit sendiri . hahaha .


 Maaf la gambor orang yang jual jual makanan tu takde sebab tak dan nak pegang henfon dah … semua pakat ligat je mata nak tengok apa yang dijual.  Huhu


 Dah siap beli makanan , kami gi makan dalam kereta je … bukak aircond pastu makan hasil tangkapan  belian kami … sambil sambil layan view orang naikkan wau … yang ni nak ulas sikit , mmg bahaya bagi orang yg park kereta bebetul menghala ke pantai and open spaces tu … macam aku la , parking kereta menghala ke pantai , sekali orang yang naikkan wau tu bebetul kat depan mata kami , memang la dia jauh kan… tapi waktu naik dan tak stabil tu nampak sangat la wau yg besarrr giler tu nak jatuh kat atas atas kereta yg diparking …. Kami lagi la seram sebab dah la kereta sewa , kami pulak dekat dalam kereta sewa tu ! boleh pulak wau tu main unstabilizing dance kat atas bumbung kereta sewa kami ! alahaiiiiiii ~ >,<


tengah nak naikkan ni .

tengah tak stabil


Akhirnya , tak berapa lama wau tu joget joget tak stabil kena tiup angin tu , wau tu jatuh kat atas salah satu kereta yang di parking , ade lah jarak 2-3 kereta dari kereta sewa kami . mak oiii … seramm , boleh remuk tau !


 Tips yg nak bagi kalau korang semua nak gi festival wau ni lain kali , sila letakkan kereta anda berjauhan dari tempat pertunjukkan wau . sebab memang la kita rasa dah selamat kan , konon dah jauh gila . padahal mungkin akan ada wau yang belum dinaikkan and akan dinaikkan berdekatan dengan tempat kita parking kereta kita . macam yang terjadi pada aku tu. Nasib tak kena kereta kami kan ? Alhamdulillah …


 Lepas kejadian tu , terus gi tempat lain … jalan keluar tu lalu pulak Pantai Sri Tujuh … nampak pulak macam ada yang interesting … parking lagi … sebab nak main kayuh kayuh ! hahahaha . sanggup kau …. Sebab nak fefeeling macam couple yg sweet sweet tu yg macam dalam tv tu .



ihsan google


Kadar bayaran tu ada yang 14 ringgit … ade yang up sikit … depend la pada jenis basikal mana yang korang nak . nah kau guna perkataan basikal . kami yg empat orang ni jadi la couple tak declare sekejap … untuk  20 minit sesi tu . aku ngn ain pilih basikal bentuk arnab , ira ngn za za pilih bentuk angsa. Dah macam jula juli bintang tiga dah dorang aku tengok ! KAHKAHKAH. Amboi azza gelak jantan . muehehehe


ni la puteri kayangannya , satu puteri sulung , satu puteri tunggal . hmm hmm


ni pula puteri comel melampau . ahaks ! 


Sebelum balik , gi Kota Bharu . amboi KB pulak ,hikhik.  solat and makan kat sana and lepas maghrib tu terus menghala balik ke Jeli … Alhamdulillah … selamat sampai dalam pukul 11 malam .


 Pengajaran entry kali ni , nikmatilah zaman korang belajar … zaman belajar berdikari sendiri , zaman hidup dengan kekawan je , family jauh .. kekawan la kawan kau , keluarga kau , kekadang boleh gaduh , tapi nanti baik semula sbb macam adik beradik dah . Time sakit pening , kekawan la yang akan tolong … tak kan demam selsema nak mak datang Kelantan semata dari Johor kan ? :p


Nikmati university life kita , sebab apa , kita tak merancang utk tidak graduate kan ? hehe . jadi , masa untuk kita having fun tu terhad sebenarnya , jadi , manfaatkanlah sebaiknya . supaya nanti kau ada cerita nak story kat anak anak kau kalau diorang tanak belajor, tentang rugi nya kalau tak belajo sampai university , tentang bestnya masuk university even sejauh solok mana pun university kau , even orang tak kenal pun university kau , tapi kau pedulikannn ! bluekkk :p belajar elok elok , study happy , in Shaa Allah result kau pun akan buat kau happily ever after macam cinderella. haha


 Akhir kata , dekat University , belajar untuk memudahkan kerja orang lain , in Shaa Allah kerja kita Allah permudahkan . =) and  tidak dilupa, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAKKK ! tetiba . haha




Purplenote: PRE-ORDER KEK LAPIS untuk syawal yang bakal menjelma ni aku dah bukak wokeyh , tapi pre-order closed 7 ramadhan .. so sape nak , cecepat ! whatsapp aku : 017-7935439 (Azza Mastura)



2 comments:

  1. wow...suka entry ni... promote kat fb eh..

    ReplyDelete
  2. haha , time kasih . time kasih :D

    ReplyDelete

Tweet Tweet