Bismillah … hai semua !
Setelah sekian lama menyepi sampaikan last entry yang aku taip pun aku tak ingat apa tajuk dia :D tapi
yang jelasnya aku rasa aku taip last
entry tu masa aku masih intern
dekat KSNP muahahaha lama gila senyap tetiba update entry my graduation day LOL 😆
Alhamdulillah setelah berhempas pulas menuntut ilmu dan
bersengkang mata belajar setiap hari (ye ke ?) akhirnya seorang azza mastura telah
berjaya meraih segulung ijazah dalam bidang sains sumber asli. Walaupun aku
masih tak sure apa yang Prof Hamid
ajar dalam subjek ekonomi alam sekitar tapi alhamdulillah la prof,
#sayagradjugak . sebab prof la saya tak capai target saya hm eh salahkan orang
pulak ek haha
Pada tarikh 10 Oktober 2017, dengan rasminya aku telah
menjadi alumni UMK huhu tak tau la nak rasa apa , perasaan bercampur aduk suka,
sedih, macam tak percaya, happy dah
boleh kawen dan semuanya la ! jadi bersempena dengan tarikh hari ni 10 November
2017 dengan kata lain genap sebulan aku grad
, maka terbuka la hati aku nak sematkan gambo (s) konvo ku di ruangan blog pulak walaupun hakikatnya telah aku banjiri
segala jenis ruangan media sosial lain sejurus selepas gambo diambil 😁
photographer ni lelaki tu je nak bagitau 😜
Sebelum bertolak ke kelantan
tu, dan jugak la nak acah-acah pre convo
photoshoot dekat Gunung Berlumut. Dengan semangat yang jitu aku dengan Ira
pun kemain la dengan jubah memasing ek nak shoot kat gunung …. Kisahnyeee sampai
depan pintu masuk , senyap sunyi sekali baca notis
ISNIN : TUTUP
HAHAHA kesian dua makhluk
Allah nak bergambo 😂
Tak nak kelihatan sedih
sangat, di tengah kehangatan mentari siang hari, ambik la jugak gambo tapi dekat
anak-anak sungai je alahai sedih hahahahahahaha semua yang lalu pakat nengok je
dah kenape hengkorang ni pepanas berdenting ni duk berjubah topi bagai , tapi ….
kami bijak , bila dah rasa macam tak tertanggung sangat malunya tu kami sembunyi
la di balik rimbunan pepohon sawit 😂 ya tohan tetiba rasa sayang dan
menghargai felda sangat pre convo dengan
pokok sawit HAHA
tetap bergaya ok
seram sejuk masa ni takut keceplos 😁
gaya macam degree first class 😝
nampak air sungai
tak nampak dah 😁😂
aah memang semua tempat ada dia , kenal dah kan sape ? 😗
muka rileks je kan tapi kuss semangat dia punya panas 💨
Balik dari gunung sambung
pulak photo shoot kat rumah sebab iols tak ada bajet nak bergambo dekat
kedai gambo, jadi aku mintak je la tolong kakak ipor snap kan gambo dengan mami dedi hahaha kemain likat peluh ek memang
panas masa ni, memula abah gigih jugak pakai baju lengan panjang dah last-last tu tukor baju terus tak tahan
panas 😂. fyi , aku pegi konvo
sesorang tumpang family Ira sebab mami dedi tak sihat sangat nak jalan jauh
lepas tu adek beradik pulak tak ada yang sayang aku . hm sedih kan HAHAHAHA
versi tak formal.........
...... dan formal 😂
muka tu 😂
suka mak abah buat muka gitu tadi 💜
(perasan tak baju dah lain 😂)
Sampai kelantan selepas 12
jam perjalanan , fuhh pukul 3 setengah petang bertolak dari rumah sampai
kelantan 3 pagi lepas tu pukul 8 dah bersiap nak pegi konvo dah hahahahaha
barai eyebag sampai panda pun boleh
kompius macamana orang boleh tiru mata dia.
Yeayyyy jadi konvo la kita
berteman kan kasut yang menyakitkan dan muka yang menyedihkan 😅
my gajah(s) 💜
my zazs 💜
💖
Alhamdulillah semua dah settle cuma hutang pt je belum hewhew , last but not least nak ucapkan terima
kasih yang tak terhingga untuk mami dedi yang selalu ada dan terutamanya selalu bagi
duit belanja buat makan kat kedai abe sambil tengok gegor vagaza dan semua
kerabat, adik beradik yang dah bersusah payah hantar dari memula nak masuk U
dulu walaupun lepas hantor terus tak menjenguk dah macam buang anak kucing 😅,
kepada kawan-kawan baik yang rapat, yang tak rapat, yang perangai tah ape ape,
yang memula kawan lepas tu tetiba macam tak kenal bila last-last, korang kena tahu, tanpa korang hidup aku tak ceria. Kepada
lecturer(s) terima kasih sebab ajar walaupun
ada yang tak kenal pun sape saya. Kepada boss
KSNP terima kasih luluskan saya dan terima kasih belanja makan cendol serta
makanan-makanan lain hiks. Last
sekali, terima kasih yang tak terhingga buat diri sendiri yang tetap cool and steady tempuhi zaman degree dan tetap gemuk dari awal hingga
akhir 😢 (nangis)
Purplenote: semoga Allah sihatkan mak abah sentiasa 💗
thank youu uda ngn kak nor tak tido malam buatkan bunga 😢
Purplenote: semoga Allah sihatkan mak abah sentiasa 💗